Tuesday 22 December 2015

Summarization For The Year of 2015

Bismillah.

Tahun 2015 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Menyaksikan hanya beberapa post dapat didokumentasikan di dalam blog ini. Target satu bulan satu post tidak mencapai sasaran. Terlalu sibuk? Mungkin. Catatan lebih banyak tertulis di dinding Facebook di mana ia lebih cepat dan lebih mudah untuk di akses. Apa yang terfikir, itu yang tertulis. Ayat slumber, ayat jenaka, ayat marah, perenggan panjang, cerita pendek. Mudah!

Namun saya percaya, blog lebih melatih seseorang untuk menulis dengan baik :p

2015 yang berlalu.
Ingin saya dokumenkan kisah ringkas yang berlaku, sekadar di dalam ingatan yang lemah ini.

JANUARI
#1 Pemergian sahabat kami di dalam suatu kemalangan di Tabuk, Utara Saudi. Dimakamkan di Perkuburan Baqi' Al-Gharqad, Madinah Al-Munawwarah. Sesungguhnya dia mencintai Madinah, dan Madinah juga mencintainya.

Allahyarhamhu Khairun Nasirin bin Mohamed Nor Al-Hafiz
13 Februari 1987 - 14 Januari 2015

#2 Fenomena drama mendapatkan muwafaqah di Wizarah Dakhiliyah Amman. Hati manusia milik Tuhan. Walau sekeras dan semalas mana pun general mukhabarat yang bernama Khalid itu, akhirnya lembut dengan kuasa Tuhan. Well, sebenarnya dengan campur tangan wazir juga.

FEBRUARI
Pulang ke Makkah seperti yang dijadualkan pada 1hb. Dan kembali semula ke Irbid pada 23hb. Me -with 23 weeks of pregancy- bersama dua orang kanak-kanak riang. Bertabah dan sungguh gigih membawa diri bersama dua orang my super-duper hero dan heroin. La ni rasa macam tak percaya I went through the 24 hours journey by bus tanpa abang!

Jordan dan Saudi dah macam KL dengan Klang.

MAC
Start dengan imtihan awwal. Enam subjek seperti sebelumnya. Nak kejar target grad on Summer 2016. Bi iznillah. Those six subjects were:

1. Bahasa Arab (1) - Dr. Ahlam
2. Ahkam Tarikat - Dr. Yusuf Asy-Syarifain
3. Muamalat Iqtisod Maliyah Al-Mu'asiroh - Dr. Zakariya Shathnawi
4. Fiqh al-Ibadat (1) - Dr. Randah Al-'Umari
5. Takhrij Hadits - Dr. Abd. Rahman At-Towalbeh
6. Sihhah Ammah (General Health) - Dr. Wisam Khatib

APRIL
Early April kita dapat demam-demam, diarrhea yang teruk plus vomitting. Seminggu skip kelas. Finally ke Mustasyfa Ibn Nafis lah saya menghantar diri. Selepas 1 pain iv drip, rasa lega. So the next week datang kelas rasa berdosa dan bersalah habis sebab tak pernah sepanjang hayat di Yarmouk ponteng kelas berturut-turut! This third pregnancy agak mencabar walaupun dah semakin ke penghujung trimester. Kuat! Kena kuat. Baby is coming all the way.

MEI
#1 Pemergian sahabat tercinta, terkasih dunia akhirat di dalam suatu kemalangan di Langkawi. Kisah Qurratu Ain Ketua Bidadari Syurga mula viral di media sosial. Dia istiqomah mengenakan pemakaian berniqab sehingga ke hujung nyawa nya. Dan cerita bagaimana Allah 'memelihara' wajahnya dari dilihat ajnabi dengan kejadian-kejadian yang mungkin secara kebetulan tetapi sebenarnya taqdir Tuhan ketika beliau dikebumikan menambah keyakinan itu adalah 'bahagian' terbaik dari sisi ganjaran sepanjang kehidupannya. Beliau dikebumikan di waktu hening tahajjud, pun begitu ramai jemaah surau yang menyempurnakan solat jenazah buat nya.

Allahyarhamha Nur Hamizah Mohd Shariff Al-Hafizah
29 Disember 1986 - 2 Mei 2015

#2 Kelahiran anakanda ketigaku seorang lagi puteri. Dilahirkan pada hari Jumaat, Subhanallah sebaik-baik kelahiran, memudahkan dan menenangkan. 67 ayat dari Surah Al-Kahfi berjaya di baca dalam diri melawan kesakitan mahu melahirkan. Bersendirian selain Nurse dan Doktor kerana suami memilih untuk pergi menunaikan solat Jumaat berbanding berada di sisiku melahirkan. Alhamdulillah. Tidak pernah kesal dia memilih mendahulukan Robb nya berbanding aku suri pinjaman Nya.

Selamat datang ke dunia, wahai anakandaku ASMAA' BINT MUHAMMAD NUR AMIR.
Semoga barakah, redha dan rahmatNya sentiasa mengiringi seluruh kehidupanmu dan kehidupan kita!

JUN
#1 Berangkat pulang ke Makkah pada 25 Jun, di dalam fatrah berpantang lagi. Demi menyambut keluarga tersayang yang bakal menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.

#2 Mak ayah tercinta tiba pada 29 Jun. Rindu terlerai setelah hampir setahun tidak berjumpa dan bersua muka. Manakan sama skype dan yang ada di depan mata. Umrah Ramadhan kali pertama secara berjemaah. Mak, ayah. Impianku waktu muda telah terlaksana :)

JULAI
Sanah hilwah ya bunayya :
'UMAR 'ABDUL 'AZIZ IBN MUHAMMAD NUR AMIR.
Sweet 5 years :)

Ingat pesanan ummi :

Solat itu tiang agama. Sesungguhnya ia mencegah mu dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Ummi dan abi pasti doakan seluruh kehidupanmu diberkati dan diredhai Ilahi.

Tahun ini rezeki Umar untuk sambut bersama opah dan mbah di Kota Suci Makkah. Walaupun dalam bulan puasa, mbah gagah buatkan Umar nasi biryani berlauk kan kurma ayam. Opah pun buatkan Umar kek. Alhamdulillah.

OGOS
Tempoh bertenang. Meneruskan rutin ke Masjidil Haram setiap Jumaat atau bermalam di sana pada malam Jumaat. Sebelum menyambut kedatangan tetamu Allah untuk musim haji 1437H.


SEPTEMBER
#1 Santuni dhuyuf ar-rahman :
*Pak de Laili dan Mbok de Imah - sepupu ayah
*(Prof. Madya. Dr.) Kak Noraziah Mat Zain - kenalan di FB
*Kak Sumarti Samsuddin dan Ust Nizam - Senior DQ dan UIAM
*Kak Wan Norliza dan Ust Azli - Senior DQ

#2 Musim haji kali ni, smooth dan dipermudahkan Alhamdulillah. Walaupun bawa Asmaa' yang baru berusia 3 bulan lebih, urusan dimudahkan sejak berwuquf di Arafah lagi. Suhu dikatakan mencecah 50 darjah celcius pada waktu puncak. Asmaa' cuma meragam tak mahu diletakkan di bawah dan berdukung sepanjang masa. Bergilir-gilir ummi dan abi dukung Asmaa' sambil menyampaikan hajat-hajat dan doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat dan kaum keluarga,

Allah yataqabbal dua'ana Amiin Ya Rabb!

#3 Kembali semula ke bumi syam Irbid, Jordan. Memacu langkah seterusnya. 2 semester 1/2 berbaki di tahun akhir. 'Booster' di bawa bersama. Satu semester berkorban dia demi isteri dan anak-anak permata hati kami. Terima kasih suami, sanggup menangguh pengajianmu demi kami <3

#4 Subjek untuk semester ini, moga dipermudahkan untuk lulus semua subjek dengan cemerlang.

1. Fiqh Uqubat - Dr. Adam Nouh Al-Qudhoh
2. Syarah Hadits Ahkam - Dr. Khalid Asy-Syurman
3. Usul Fiqh (2) - Prof. Dr. Abdul Jalil Dhomroh
4. Ulum Askari
5. Qodhoya Fatawa Mu'asoroh - Dr. Muhammad Ali Muhammad Ali Al-'Umari
6. Fiqh Muqaran - Dr. Ibrahim Jawarneh

OKTOBER
#1 Ke Embassy of Malaysia Jordan di Amman pada 18 Okt untuk urusan pembaharuan pasport dua orang anakanda, 'Umar dan 'Ulya.

#2 Bermula imtihan awwal, dan... Kali pertama sebagai "the mother of three"

#3 Happy 7th Anniversary, Abang!
You're my sunshine, my rainbow. my heart, my soul!

NOVEMBER
#1 Berakhir imtihan awwal dan bersambung imtihan tsani.

#2 Happy 26th Birthday My Dear Husband. You'll Never Walk Alone.

#3 Happy 4th Birthday Darling 'Ulya. Be strong, dan jangan kuat sangat tantrum. Oh ye, kencing malam juga ;)

DISEMBER
#1 Berakhir imtihan tsani. Tempoh bertenang, sebelum memulakan pecutan terakhir untuk imtihan akhir bermula 31 Disember ini.