Wednesday 17 February 2016

Semester Baru / Fasal Tsani : 9 February - 31 Mei 2016

Bismillah Walhamdulillah.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga semakin hari, semakin bertambah keimanan kita kepada Rabb, Pencipta sekalian alam. Alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanah syam, Irbid Jordan pada 13 Februari yang lalu. Kali ini memilih syarikat lain untuk menaiki bas pulang dari Makkah terus ke Irbid. Syarikat Al-Muttahidah yang bertempat di Syari' Hajj menjadi pilihan. Kami bergerak pulang dari Makkah sekitar jam 3 petang pada Jumaat 12 Februari. Singgah di Jeddah dan Madinah untuk mengambil penumpang. Bas yang agak buruk tidak seperti Bas Saptco mahupun JETT. Tandas yang tidak boleh digunakan. Laluan yang berbeza dan selang waktu yang sekejap untuk berhenti makan. Keluar masuk hudud juga bukan hudud yang biasa seperti sebelum-sebelum ini di Hudud Mudawwarah (Jordan) mahupun Hudud Manfaz Halah 'Ammar (Saudi). Kali ini buat kali pertama dan moga kali terakhir, melalui Hudud Manfaz Al-Haditsah (Saudi) dan Hudud Al-'Umari (Jordan). Namun Alhamdulillah, segalanya tetap berjalan dengan baik. Pengalaman baru Alhamdulillah.

Semester ini mengambil enam mata pelajaran, lima daripadanya bermula seawal 8 pagi hingga ke 1 petang, dan satu subjek pada Isnin dan Rabu pada jam 11-12.30 tengahari. Cuaca yang agak baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk semenjak ketibaan kami ke Irbid sedikit sebanyak membantu kami menguruskan anak-anak. Dan semester ini, suami mengambil peluang untuk mustamik / menjadi pendengar di dua kelas pengajian Master dan lima kelas setakat ini di peringkat pengajian Degree. Dan kami mengambil keputusan untuk kembali menghantar 'Umar dan 'Ulya ke Raudhah / tadika dan memasukkan Asmaa' ke Hadhanah. Bangunan yang sama cuma di bilik yang berbeza. Semoga mereka bertiga mendapat manfaat dari sesi persekolahan kali ini terutamanya dapat mendalami Bahasa Arab dengan lebih baik. InshaAllah.

Semester ini pastinya menjanjikan semester yang agak mencabar kerana ia merupakan semester kedua terakhir InshaAllah sebelum saya menghabiskan baki lima matapelajaran untuk semester musim panas pada Jun-Ogos nanti. Kali ini mengambil empat matapelajaran core-course dan dua mata pelajaran lain iaitu :

1. Qawaid Fiqhiyah : Dr. Ibrahim Al-Jawarneh
2. Riadhah Fi Hayatina
3. Usul Fiqh 3 : Prof. Dr. Abdul Jalil Dhamrah
4. Tarbiah Wataniah
5. Asalib Bahas : Dr. Zakaria
6. Fiqh Al-Qadha' : Dr. Musa Al-'Umari

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Tuhan, dengan izin dan rahmat dariNya. Suami dapat menangguhkan pengajiannya sekali lagi untuk semester ini, ta'shirah khuruj audah (re-entry visa) Saudi dapat dipanjangkan tempoh hingga setahun / sanah kamilah berbanding hanya enam bulan sahaja sebelum ini dan iqamah Jordan selesai dengan tempoh expired sehingga December 2016. Mudah-mudahan tiada apa masalah ketika selesai menamatkan pengajian dan bakal pulang 'back for good' pada September nanti :)

Sekian untuk kali ini.
Doakan kecemerlangan kami di bumi anbiya' ini.


Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
17 February 2016 | 1815 hrs