Tuesday 24 March 2015

Sebulan bertungkus lumus!

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

Sebulan sudah tempoh keberadaan kami di Irbid - semenjak pulang dari Mekah. Sebulan ummi bertungkus-lumus ke kelas berjalan kaki setiap pagi meredah kesejukan, bersama dua orang anak yang tercinta. Ada masa-masanya ummi memohon pertolongan adik se batch untuk bantu ummi. Usia kandungan yang mencecah ke 28 minggu. Berjalan seharian pergi dan balik kuliyyah 4 km adakala melumpuhkan kudrat ummi. Namun Alhamdulillah, walaupun kelas pada semester ini bermula jam lapan pagi pada setiap hari, perlu berperang mengejutkan anak-anak seawal tujuh pagi, tidak pernah lagi saya ponteng ke kuliyyah. Alhamdulillah. Semoga berkat setiap langkah perjalanan kami, dan semoga berkat setiap duit-duit yang disumbangkan kepada kami. Saya bertanggung jawab di atas stiap pemberian yang disalurkan agar digunakan sebaiknya.

Minggu ini telah bermula imtihan awwal / first exam. Saya sendiri telah melepasi dua subjek iaitu Fiqh Ibadat 1 pada Isnin lepas dan Ahkam Tarikat wal Mawarits pada hari ini. Alhamdulillah. Berbaki tiga lagi peperiksaan iaitu Takhrij Hadits pada Khamis ini, Muamalat Maliyah wal Mu'asoroh Sabtu ini dan Sihhah Ammah pada Isnin minggu hadapan.

Kemudian pada bulan April akan bermula imtihan tsani / second exam seawal 11 haribulan untuk subjek Bahasa Arab 101 - berkomputer. Diteruskan dengan lima subjek lain sekitar 20-27 haribulan.

Dan akan menghadapi final exam pada hujung Mei bermula 28/5 sehingga 6/6. Kemudian akan pulang kembali ke Makkah bi iznillah. Hajat semoga dapat menunaikan solat tarawikh dan berpuasa Ramadhan di Makkah. Doakan kekuatan dan kesihatan yang sempurna. Semoga kita sama-sama diberikan rezeki yang luas untuk sentiasa berkunjung ke Baitullah al-Haram :)


1821 hrs | 24 March 2015
Post-Maghrib.
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.

Thursday 5 March 2015

Catatan January dan February

Assalamualaikum readers :)

Semoga sihat hendaknya kita semua di bawah naungan rahmat Ilahi. Dua bulan tanpa apa-apa posting. Banyak cerita yang tidak ter-dokumentasi-kan. 15 January yang lalu kami menerima berita sedih kehilangan sahabat seperjuangan di Darul Quran, Allahyarhamhu Khairun Nasirin Mohamed Nor Al-Hafiz di dalam suatu kemalangan ketika berjaulah ke Tabuk. Sempadan antara Saudi dan Jordan. Meninggalkan Yusmiza Adam Al-Hafizah isteri tercinta nya dan dua orang anak; Ahmad Nawwaf - sebaya 'Ulya dan Athifah Nuwairah - puteri kelahiran Madinah yang dicintainya.

Betapa dia mencintai Madinah dan bumi Madinah juga mencintainya, direzekikan jenazahnya untuk disolatkan selepas subuh di Masjid Nabawi dan disemadikan jasadnya di tanah perkuburan Baqi' Al-Gharqad. Di mana seperti dimaklumi, ada hadits Nabi yang menyatakan syafaat baginda buat mereka yang dikebumikan di perkuburan tersebut. Bersama sahabat terdahulu. MashaAllah. Kesudahan kehidupan yang begitu baik dan diimpikan oleh ramai orang.

Februari mencatatkan 23 hari daripada nya kami berada dan berkampung di bumi Hijaz, Makkah al-Mukarramah. Alhamdulillah Maha Suci Allah yang maha pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya tanpa memilih siapa dia. Dan pada 16 Februari kami mula berpindah dari bilik sewaan yang lama di Az-Zaher, berdepan dengan University Umm Al-Qura (banat) ke rumah sederhana yang penuh kasih sayang kekanda memilih dan bersetuju untuk menyewanya di Shuhada. Sempadan tanah haram dan tanah halal. 5 minit perjalanan menaiki kereta ke Masjid Aisyah atau popular di kalangan kita dengan nama Tan'im.

Kekanda juga berhasil menangguhkan sessi pengambilan pelajar ku ke University Umm Al-Qura (banat) untuk semester ini ke semester akan datang iaitu pada Fasal Awwal yang dijadualkan bermula sekitar 25 August nanti. Dan selesai pada itu maka kami pulang semula ke Irbid bagi meneruskan semester yang berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah jua perjalanan kami tiga beranak benar-benar dimudahkan olehNya. 'Umar dan 'Ulya langsung tidak berkarenah, bersama ummi yang sedang hamilkan adinda mereka. Bertolak dari Stesen Bas Saptco di Jeddah pada 10 pagi 23 Februari dan tiba di Stesen Bas Jett di Abdali, Amman pada jam 5.3 pagi 24 Februari. Disambut dengan salji yang masih berbaki sepanjang jalan dari Amman menuju ke Irbid. Dan cuaca bersuhu 6 darjah celcius.

Tiba di Irbid jam 7.15 pagi dan terus bersiap menghantar 'Umar dan 'Ulya ke hadhonah/nursery. Ummi gagahkan diri dengan sisa kekuatan yang ada, menapak ke kuliyyah Syariah bagi menghadiri kelas pertama pada jam 8 pagi. Walhasil, berjaya menghabiskan kelas sehingga ke jam 12 tengahari.

Tsumma Alhamdulillah!

Segala kekuatan dan semangat datangnya dengan izin Allah dan doa yang tidak putus-putus dari semua yang mengenali samada di dalam diam tanpa pengetahuan saya dan sebaliknya. Semester ini sekali lagi mengambil maksimum enam subjek. Empat pada Ahad-Selasa-Khamis bermula 8 pagi dan tamat pada 12 tengahari. Dua lagi pad Isnin-Rabu dengan dua subjek bermula 8 pagi dan tamat pada jam 11 pagi. Lebih banyak masa dan lebih relax dari jadual 'pulun' semester-semester sebelumnya.

Semoga Allah terus beri kekuatan sehingga ke akhirnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sesungguhnya hanya Allah adalah sebaik-baik pemberi ganjaran di atas kebaikan kalian semua.


Catatan ummi.
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.
2148 hrs | 5 Mac 2015