Wednesday 31 December 2014

Bonus Akhir Tahun : Penutup 2014 yang indah.

Bismillah Walhamdulillah.

Sebulan, selang tempoh setiap karangan di dalam catatan blog kali ini. Iya saya sibuk. Saya benar-benar sibuk menguruskan dua orang anak yang sedang aktif bersendirian. Saya capek mengurusi diri sendiri yang kini sedang memasuki trimester yang kedua Alhamdulillah. Di sebalik ujian yang datang bertimpa-timpa melanda Malaysia, khusunya dengan Tragedi Banjir Pantai Timur seminggu dua ini, harus saya panjatkan syukur kepada Yang Maha Esa di atas segala nikmat dan kurnia Nyakerana terselamat dari musibah dan ujian seperti itu. Benar hanya mereka yang mampu layak diuji Tuhan dengan pelbagai caranya yang tersendiri.

Segala amanah duit zakat Alhamdulillah dapat diselesaikan satu persatu. Gembira hati tidak terkata, sekurang-kurang nya dapat mengurangkan sedikit beban kewangan kepada mereka yang memerlukan. Kami sendiri, faham benar betapa sukarnya mencari dana kewangan di saat suami isteri sama-sama sedang melanjutkan pelajaran, punyai anak, dan tidak mengharapkan biaya dari orang tua masing-masing.

Sekurangnya, orang lain yang mahu berjariah sama, kami tunjukkan jalannya. Tsumma Alhamdulillah.

Dan demi itu. Satu persatu kenikmatan dan kenikmatan di perolehi. Sehingga ke hari ini saya tidak tahu mahu menggelarkan apakah untuk diri sendiri ini? Jiwa kental? Hati besi? Wanita terlebih upaya? Perempuan berani? Akhowat perkasa? Semua bukan. Saya hanya seorang ummi yang biasa-biasa. Seorang isteri yang biasa-biasa. Yang selalu menangis selesai memarahi anak-anak. Yang selalu mengalir air mata merindukan suami. Yang menahan sebak apabila mendengar muzik-muzik instrumental, mengingatkan mereka-mereka yang tersayang, yang berjauhan dari saya.

Saya hanyalah seorang muslimah yang rapuh jiwa.
Yang hanya, sentiasa mengharap ada teman di sisi buat pendengar segala cerita.

Kadang ada masa mahu saya peluk adik-adik yang setia menemani saya. Dari hujung Hijazi hingga ke hujung Syimali. Yang dari kelompok jemaah yang pelbagai, tanpa mengira siapa saya, sudi membantu tika saya whatsapp mohon bantuan. Ada masa saya sihat, nasi lemak setengah jam boleh siap. Ada masa saya benar-benar letih, letih badan dan letih otak, air kosong pun belum tentu dapat saya berikan buat sarapan mereka sebelum ke kelas.

Allahu. Saksikan lah mereka-mereka ini yang saban waktu menemani saya. Kiralah ikhlas mereka. Kiralah amal mereka. Kiralah dan gandakan lah penimbang amal mereka tika di sana nanti Ya Allah.

Hari ini, setelah bertahun lamanya, di kelas Fiqh Ibadat 2 sementara menanti kehadiran Dr. Sofiyyah Syaro'. Sempat saya membelek WhatsApp. Lain kali ini. Abang hanya menghantar sesuatu gambar berupa surat. Saya mula berdebar. Klik dan besarkan. Isy'ar Qobul Umm Al-Qura!!!!!! Jerit saya di dalam hati. Saya cuba baca sehingga habis. Nyata, hp samsung kecil saya tidak mampu memberi penjelasan sepenuhnya terhadap surat tadi. Tetapi dapat saya menjangkakan ia adalah surat tawaran dari University Umm al-Qura, Makkah. Yang saya nanti, sejak 4-5 tahun dulu. Yang saya impi, sejak 6-7 tahun dulu. Yang kerananya, saya mencari mahram untuk memohon memasuki University ini.

Subhanallah!

Seingat saya, pengambilan terakhir mahasiswi adalah 5 tahun dahulu, untuk kenalan karib saya, Hamizah. Yang kini merupakan satu-satunya mahasiswi Malaysia di Ummul Qura. Ya Robb. Adakah aku mampu? Hidup dikeliling mereka yang bukan dikalangan bangsaku. Adakah aku mampu, seorang diri sekali lagi, demi menggali permata hikmah di negeri kelahiran kekasihMu?

Satu-persatu 'kesusahan' dan kepayahan bertamu. Tipulah tidak gembira dengan tawaran ini. Sedang ini yang di impi-impi sejak sekian lama. Akan tetapi, menerimanya di kala saya hanya berbaki 3 semester sahaja lagi untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda saya di University Yarmouk, Jordan adalah bukan sesuatu yang mudah untuk saya pertimbangkan dan melulu membuat keputusan.

Ibarat di telan mati mak, diluah mati ayah.

Suami mana yang mahu selamanya berjauhan dengan isteri? Namun ibu bapa mana yang mahu melihat anak tunggal nya berhenti belajar di pertengahan jalan? Pertimbangan-pertimbangan ini harus dilakukan sebaiknya. Agar tidak menjadi seperti bidalan, yang di kejar tak dapat malah yang dikendong berciciran. Katalah apa sahaja. Kali ini saya baru tersedar dan saya selalu sedar, saya tamakkan kedua-duanya. Memilih yang satu dan meninggalkan satu yang lain bagi saya bukanlah satu langkah yang bijak. Namun memilih kedua-duanya dalam suatu masa juga, adalah sesuatu yang agak mustahil.

Menerima tawaran Umm al-Qura bermaksud, saya (dan kami ) perlu secara teknikal dan luar teknikal nya bersedia untuk :

1)  Bersedia dengan kelengkapan baru, rumah sewa baru (sekarang hanya menyewa bilik kecil di pinggir UQU Banat di Az-Zaher) yang pastinya menelan belanja yang banyak!

2) Bersedia mentally, physically dengan jadual baru saya yang akan mula berkuliyah dari jam8 pagi ke 2 petang. Dalam masa yang sama, suami yang belajar di kampus Umm Al-Qura Abidiyah, perlu bersedia menghadapi keletihan isteri yang sedang mengandung bersama hiruk-pikuk dan pekikan anak-anak yang sedang membesar aktif.

3) Anak-anak yang perlu di atur ke hadhonah/raudhah yang baharu. Di mana harga yang dapat saya simpulkan adalah 2x ganda dari harga di Jordan.(Di Jordan kini membayar JD60 untuk 2 org anak = RM 300) (Dan di Makkah jika tidak silap, seorang RM350)

4) Sewa rumah di Jordan yang kekal dan masih tetap perlu di bayar, kerana aqad yang belum habis. Sebulan JD130 (RM 640) dan juga, InshaAllah saya masih perlu pulang ke Jordan untuk menghabiskan baki semester saya sebelum konvokesyen.

ISTIMEWANYA :

1) Impian saya kini menjadi kenyataan! Iya, impian enam (6) tahun dahulu. Impian sebeum bernikah lagi. Impian ketika di MCIIUM lagi. Impian dan cabaran-cabaran yang telah dilalui semenjak di Darul Quran lagi. Dan kerana terlalu obseskan untuk belajar di Umm Al-Qura ini, saya telah dipertemukan dengan suami soleh pilihan Allah yang sudi membantu menjadi suami dan mahram bagi melayakkan saya memohon belajar di UQ ini.

2) Saya menerima tawaran ini, di kala usia 28 tahun. Dua tahun selepas suami menerima tawaran di UQ. Selepas mempunyai dua orang anak, dan bakal masuk tiga dengan izin Allah. Dan sungguh, selepas segala-gala cabaran yang dilalui, Allah lebih mengetahui. Jika sebelum ini undang-undang pernah menetapkan had umur untuk di terima belajar adalah pada usia 25 tahun. Pernah juga, 25 tahun mengikut kalendar Hijri. Dan sungguh? Kuasa Allah mengatasi segalanya. Saya menerima surat tawaran ini di usia 29 tahun mengikut tahun Hijri. Dan 28 tahun mengikut kalendar Masihi. Yakin dengan kuasa Allah yang menentukan segalanya.

3) Sekaligus menetap di Makkah, bersama suami tercinta, dan anak-anak yang dikasihi. Apakah lagi yang dimahukan melebihi perkara ini? Dapat selalu menjenguk Baitullah. Menghuni di negeri kelahiran Rasulullah adalah benar-benar suatu anugerah. Maka apa yang perlu digelisah?

4) Dengan izin Allah, dapat saya kuasai Bahasa Syurga ini dengan lebih baik. Antara faktor utamanya adalah kerana hanya saya yang berbangsa Melayu, dari Negara Malaysia. Hamizah, sudah di Tahun ke-3, sudah pastinya tidak sekelas dengan saya. Suhaila, juga jika menerima tawaran ini, pasti terus melangkau ke kelas yg lebih tinggi, memandangkan beliau sudah beberapa semester menjadi pelaar mustami'ah di UQU Banat.

5) Suasana belajar yang selalu saya inginkan. Semua perempuan. Menjangok dikalangan orang-orang perempuan, Tanpa perlu merisaukan bercantik-cantik di hadapan orang yang bukan sepatutnya.


Dan pastinya banyak keistimewaan lain as a student yang tidak dapat saya sebutkan di sini...

Doakan semoga saya dapat membuat pertimbangan sebaiknya selepas tempoh beristikharah dan beristisyarah.

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Tahun ini, merupakan tahun yang bahagia seperti sebelumnya, walaupun penuh dengan ujian dan dugaan. 'Bonus' akhir tahun, hadiah dari Tuhan ini adalah sangat besar nilainya. Dapat menunaikan haji bersama suami, berwukuf pada hari Jumaat di Arafah. Menyelesaikan urusan iqomah anak-beranak pada pertengahan Julai ke Ogos. Dan kemudiannya dianugerahi dengan berita gembira 'Ulya bakal mendapat adik pada pertengahan tahun hadapan dengan izin Allah. Dan penutup, surat tawaran ke Umm Al-Qura University, Az-Zaher, Makkah al-Mukarramah.

"Dan maka nikmat TuhanMu yang manakah mahu engkau dustakan?"


Salam sayang dari bumi salji.

Rokhaizat binti Rahmat umm3umar
Bayt Irsal | Irbid, Jordan
31 Disember 2014
1405 hrs

Friday 28 November 2014

Nota November

Semalam, 27 November was my hubby's birthday. Nothing much yang saya boleh buat dalam ketegangan fatrah-fatrah imtihan. Rasanya semester ni macam nak pengsan. Berjihad dengan anak yang dua orang, plus the one inside. Berjihad dengan winter. Berjihad dengan perasaan yang dah lama dimanja-manja dek suami sebab lama duduk sama since dia balik Malaysia and then we went to Makkah. Ya Robb. Semester ni boleh dikategorikan semester paling mencabar hati dan perasaan!

Saya orang yang bukan mudah menangis. Apatah lagi nak menangis depan orang dan kawan-kawan. Terbiasa sejak kecil begitu diasuhkan anak tunggal ini. Kena kental, kena kuat semangat, kena hati besi. Oh akhirnya kali ini saya menumpang jua bahu kawan-kawan dek kerana perasaan yang tidak terluahkan. Hanya air mata membuktikan betapa saya terlalu letih. Terlalu letih menjalani dan melayani karenah anak-anak pada hari tersebut. Dan sebenarnya sesuatu yang telah terpendam sekian lama.

Anak-anak...

Kadangkala letih melayan karenah anak yang tidak kita asuh sejak kecil. Sikap nya berbeza dengan cara asuhan kita. Jauh sekali menyalahkan taqdir. Tapi..

Musim peperiksaan kali kedua telah pun bermula. Dua subjek telah selamat dilalui dengan situasi yang sentiasa mencabar. Dan minggu kedua pasti dijangkakan lebih mencabar dengan subjek-subjek killer untuk saya. Dengan Dr yang juga killer. Dengan aish. Macam-macam.

Ahad ini, Fiqh Muamalat II
Isnin ini, Fiqh Ibadat II
Selasa ini, Tafsir Ayat Ahkam
Khamis terakhir, Fiqh Jihad Wal Qital

Kholas. Tengok jadual pun sesak nafas dah rasanya. Bolehlah rehat-rehat minda lepas tu. Dan fikirkan untuk imtihan nihaie, dan pulang bercuti di Mekah jumpa suami dan abi. Ya robb. Kami rindu sosok tubuh yang penuh senyuman itu!



umm3umar
Baytul 'Ulya, Irbid, Jordan
28 November 2014

Another 3 semester to go. Chaiyok!

Saturday 18 October 2014

Hidup Ini Tiada Apa Yang Percuma

Bismillah Walhamdulillah.

Hari ini merupakan Sabtu kedua kami di bumi Irbid. Mengimbas semula perjalanan kami dari bumi hijaz Makkah, Saudi Arabia ke bumi syam Irbid, Jordan -- begitu penuh dengan ujian dan pengalaman. MashaAllah. Kembara hidup, kembara ilmu, perlu diteruskan walau dengan seribu satu dugaan dan cabaran sekalipun.

Semuanya bermula semenjak selepas selesai menunaikan ibadah haji lagi. Hari Isnin kami selesai dengan nafar awwal. Selasa sama-sama collapse, keletihan yang bersangatan. Rabu bersiap-siap untuk pulang. Malam kami ke Masjidil Haram untuk menyelesaikan Tawaf Wida' dan hanya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi. Kemudian bersiap kemas untuk pulang ke Jordan pada pagi Khamis. Barang yang hampir 50-60 kg di angkat ber trip-trip oleh suami menggunakan kereta Suzuki Swift yang di beri pinjam oleh keluarga expatriates yang bekerja di Makkah.

Khamis pagi, 9 Oktober 2014

Barang-barang, dan segala macam beg telah sedia diletakkan di Stesen Bas Saptco yang terletak berdekatan Masjidil Haram. Stesen yang sama untuk mengambil bas pergi ke Masjid Tan'im untuk bermiqat. Kebiasaannya kata suami akan ada bas Saptco dari stesen tersebut yang bergerak ke Jeddah, dan tambang adalah percuma memandangkan kami telah membeli tiket Saptco Antarabangsa. Sayangnya, di hari-hari musim haji, tiada bas yang keluar bandar --- kemungkinan semua bas digunakan untuk mengangkut jemaah-jemaah haji pergi ke destinasi atau hotel masing-masing. Atau ke Mina. Saya sendiri tidak pasti akan hal ini. Yang pastinya, TIADA bas Saptco percuma dari Makkah ke Jeddah.

Bertabahlah suami tersayangku mencarikan kenderaan untuk membawa kami ke Jeddah. Dimaklumi pada musim-musim haji seperti ini tambang bukan calang-calang. Namun Alhamdulillah, suami berjaya menemukan Pakcik yang baik hati, menawarkan tambang yang paling murah di kalangan yang lain-lain. Abu Rayyan, beristerikan Perempuan Melayu dari Kedah, menawarkan SAR400 untuk perjalanan dari Masjidil Haram ke Jeddah, berbanding selainnya SAR500-600.

Duit yang pertama tidak dijangka telah keluar.
Kami diam.

Rupanya ujian tidak berhenti setakat itu. Sesampainya kami di Stesen Bas Saptco Jeddah, suami segera membawa barang-barang dan beg-beg kami ke bahagian dalam, tempat menunggu. Kira-kira satu jam, konduktor mula memanggil, penumpang yang memegang tiket ke Amman-Jordan untuk keluar ke bahagian tempat parking bas.

Ooh, rupanya kami tidak direzekikan untuk menaiki bas Saptco, sebaliknya bakal menumpang bas JETT. Walhamdulillah, tiada masalah asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. Tiba-tiba, dengan sesuatu perkara yang tidak diduga, konduktor tiket tidak membenarkan kami menaiki bas tersebut. Gara-gara kami terdiri dari empat (4) orang tetapi hanya memilik tiga (3) tiket. Situasi mula tegang apabila suami sedaya upaya memberitahu, bahawa di kaunter tiket Makkah, tempat kami membeli tiket menyatakan bahawa tiada masalah untuk hanya mempunyai tiga tiket. Memandangkan 'Ulya baru sahaja berusia tidak sampai tiga tahun. Abang sudah mula buntu. Saya terdiam, istighfar di dalam hati. Anak-anak seperti faham melihat kami berdua mendung. 'Ulya yang mula mencebik sedih, sikit demi sedikit akhirnya menangis teresak-esak. Saya lihat abinya tertunduk mahu mengalir air mata.

Duit...

Akhirnya kami bayarkan juga tiket untuk anakanda kecil kami, 'Ulya bernilai SR275 untuk perjalanan pergi dan balik (return ticket). Selesailah adegan tarik menarik. Saya lihat abang benar-benar keletihan. Dia termenung, mendung di wajahnya hanya Tuhan yang tahu apa difikirannya. Terbang lagi duit dengan perkara yang tidak dijangka.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan, Umar dan Ulya tidak meragam banyak. Segalanya dimudahkan oleh Allah dengan segala urusan-urusan kendiri, makan minum, dan pengurusan Umar yang sudah tidak menggunakan pampers. Saya tidak ingat berapa kali kami singgah berhenti. Untuk makan, dan solat. Yang pastinya, setelah tiba di border Saudi, baru lah kami sama-sama bangun dari lena yang panjang dan benar-benar meletihkan.

Tiba di border Jordan. Sekali lagi sesuatu yang tidak terjangkakan oleh suami berlaku. Visa kemasukan ke Jordan yang disangkakan bernilai JD20 seperti selalunya telah naik menjadi JD40. Menjumlahkan JD80 untuk suami dan Umar yang tidak mempunya iqomah seperti saya dan Ulya. Suami sudah tidak terkatakan apa-apa lagi. Bayar dan berlalu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Saya tahu, fikiran dan badannya sudah begitu keletihan.

Kami tiba di Stesen Bas Saptco/Jett, 'Abdali Amman Jordan lebih kurang 9-10 pagi. Terus pulang ke rumah kami yang telah amat kami rindui, Baytul 'Ulya -- Irbid -- Jordan. Rumah yang penuh kasih sayang abang, tanpa lelah mencarikan duit untuk di bayar sewa pada setiap bulan tanpa pernah kurang dan lambat. Rumah yang, sentiasa penuh dengan segala keperluan tikamana dia datang ke Jordan. Beras, gula, minyak masak tidak pernah saya beli kerana awal-awal lagi telah disediakan dan di beli runcit-runcit oleh abang. Menapak dia mengangkut segala keperluan asas tersebut. Kedekut untuk menaiki teksi? Tidak. Kami bukan orang kaya yang punya scholarship beribu sebulan dan boleh sesuka hati membuang duit tanpa melihat berapa not yang ada di dalam kocek. Selagi kaki kuat melangkah, menapak lah dengan riang, dan syukuri apa yang ada di sekeliling mu.

Segalanya perlukan duit.. Tiada apa yang percuma di dunia ini. Malah dagangan dunia juga dibeli untuk mendapatkan akhirat yang sempurna. Dagangan dunia? Jihad, menegakkan Kalimatullahi hiyal 'ulya adalah untuk mendapatkan pengakhiran yang terbaik di akhirat nanti...

Sekian catatan. Semoga ada kebaikan di kemudian hari nanti. Hidup ini, tidak pernah lekang dengan segala ujian. Dan Alhamdulillah dengan kekuatan dari Allah jua lah yang membuatkan kami terus kuat melangkah walau dengan suara-suara sinis sekalipun.

InshaAllah jika tiada apa aral yang melintang, berhajat untuk menceritakan pengalaman kembara haji pada kali ini suatu masa nanti. Doakan :')


Salam hormat, penuh kasih sayang.

umm3umar
Baytul 'Ulya | Irbid Jordan
18 Oct 2014 | 1745 hrs

Saturday 27 September 2014

Ringkas di pagi Ahad

Bismillah Walhamdulillah

Jemaah haji semakin ramai membanjiri Masjidil Haram. Wukuf hanya tinggal beberapa hari lagi dari sekarang. Pelbagai perasaan datang menerpa. Gembira, bimbang, blessed dan macam-macam lagi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa begitu bertuah di pilih olehNya untuk menjadi ahlul Makkah, walaupun dengan pelbagai ujian yang datang menerpa. Kata abang, di kalangan sekalian ramainya makhluk, selepas Allah tapis dan tapis lagi, kita terpilih untuk duduk di sini (Makkah) kena bersyukur walaupun dengan macam-macam ujian yang datang.

Alhamdulillah Nasykurullah.

Sesungguhnya segala impian yang telah tersimpan sejak 10 tahun yg lalu Allah maqbulkan. Impian untuk menetap di Makkah. Impian untuk melihat anak-anak bermain berkejaran dengan burung merpati di perkarangan al-Haram, berlari-larian di dataran Masjidil Haram, semuanya telah dimaqbulkan dengan izin Allah.

Dan pastinya momen yang paling saya rindui dan sukai ialah apabila 'Umar belajar mengaji directly dengan abi di Masjidil Haram. Semoga impian melihat dia bergelar al-Hafiz mengikut jejak langkah abi nya, mahir di dalam Bahasa Arab menjadi kenyataan.

'Ulya kami juga semakin banyak vocabulary nya. Berlumba-lumba dengan abang 'Umar untuk menghafaz surah-surah itu dan ini, doa itu dan ini dan pelbagai lagi. Alhamdulillah, walaupun sedikit letih menguruskan rumah tangga, namun ini semua adalah anugerah dan kebahagiaan yang Allah izinkan untuk dikecapi pada hari ini.

Semoga hingga ke akhir hayat nanti bi iznillah.


Catatan ringkas dari tanah haram.

Az-Zaher, Makkah al-Mukarramah
28 Sept 2014 | 3 Zulhijjah 1435H
0810 hrs

Tuesday 19 August 2014

Khabar dari Makkah

Bismillah dan segala pujian hanya bagi Allah.

15 hari telah kami lalui, menapak di bumi Hijjaz, tanah kelahiran Nabi yang dikasihi. Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur, syukur dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Kerana memaqbulkan doa kami, agar terpilih menjadi ahlul Makkah, dengan redha dan rahmatNya.

Sungguh impian yang terbina seawal sebelum bernikah ini lagi, hanya termaqbul setelah hampir enam tahun menjadi suri. MashaAllah Tabarokallah. Setiap hari penuh dengan senyuman, gaya orang kampung yang baru pertama kali menjejaki kotaraya besar, itulah saya pada hari ini. Walaupun setiap hari melalui jalan-jalan yang kiri kanan penuh construction di sana sini. Mengharungi hon-hon kereta Pak Arab seperti di Jordan. Tetapi sesungguh nya jauh di sudut hati tidak dapat saya gambarkan ketenangan yang hadir. Ia persis sakinah yang hadir saat sejurus bergelar suri kepada suami yang dikasihi. Mungkin kesan daripada segala kesusahan dan kesedihan yang telah terlebih dahulu bermukim di hati. Yang sukar didapati itu akhirnya yang dikenang-kenang ke saat ini.

Hari ini adalah impian masa lalu kami. Sungguh kami tidak berdaya melainkan segalanya dengan kuasa Allah semata. Nasykurullah. Sedikit masa sahaja lagi dengan izin Allah bakal memulakan kehidupan sepenuhnya bersama suami dan anak-anak di tanah suci ini. Di tempat yang dinukilkan di dalam al-Quran {ummal qura wa man haulaha} bumi yang merakam sirah kembara dakwah Rasulullah dan para sahabat. Justeru tempat yang padanya setiap insan berimpikan untuk menjejakkan kaki walau sekali seumur hidup sebelum mati.

Inilah dia negara paksi bumi,
tempat tumpuan dunia menyaksikan penyatuan ummah dalam menjalankan ibadah kepada Ilahi Robbi.

Menjadi suatu assignment buat kami suami isteri memberikan pelajaran baru terhadap kedua-dua putera dan puteri. Jauh dari keluarga. Hidup seadanya. Makan apa yang ada. Dan pentingnya, dengan cuaca yang pastinya lebih panas dari Malaysia, suatu pengalaman baru buat kami semua walaupun telah hampir tiga tahun saya dan Ulya bermukim di negara empat musim, Jordan.

'Ala kulli hal Alhamdulillah untuk nikmat hari ini. Nikmat yang bukan semua orang perolehi. Ia cukup bermakna buat diri yang penuh dengan noda ini.

Teman, lakarkan impian mu di atas kertas dan berdoalah sesungguhnya. Kerana impian akan kekal impian tanpa sebarang usaha dan berlakunya penambahbaikan. Samada dalam diri sendiri untuk diri sendiri mahupun terhadap insan lain di sekeliling. Persetankan mereka yang berniat jahat untuk menjatuhkan mu. Pedulikan mereka yang sentiasa menyimpan hasad meluruhkan semangat kental mu. Jadilah diri sendiri yang dikau yakini, dan bertawakkal lah kepada Ilahi. Kerana kejayaanmu pada hari ini, sesungguhnya menenggelamkan dengki lawanmu pada waktu dahulu.

Maka berakhirlah persoalan-persoalan seperti; bila nak fly Mekah, diirigi senyum-senyum sindir. Nak harapkan kamu entah bila pergi, entah dapat tidak. Jadi ke nak pergi Mekah. Dsb nya. Nasykurullah. Kenikmatan dunia sudah di rasa. Apakan lagi kenikmatan di syurga. Bersabarlah wahai manusia. Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang bersabar. Kadang diam itu selain bernilai ibadah, ia adalah senjata dan strategi dalam membina benteng diri agar tidak memberi ruang diri diaibkan oleh diri sendiri kepada orang lain pada suatu-suatu masa nanti.

Kejarkan dunia, dunia akan pergi. Kejarkan akhirat, dunia pasti mengiringi. Hati dan lidah, itu yang paling penting untuk di pelihara sebaiknya.

Sand-storm
Along the way from al-Muzailif to al-Laith, Saudi Arabia.



Salam kasih, dari bumi Bakkah. 15 hari yang berlalu sungguh indah. Alhamdulillah.

umm3umar
al-'Aziziyah, Makkah al-Mukarramah
19 Ogos 2014 | 2340 hrs

Wednesday 18 June 2014

Mei yg lalu, meraikan kebahagiaan dan kejayaan.

Bismillah Walhamdulillah.

Ternyata menaip tanpa pc atau laptop adalah sesuatu yang begitu janggal dan tidak mudah, walau tanpa kehadiran si anugerah berdua yg sedang membesar aktif, Umar dan Ulya.

Hari ini setelah beberapa purnama baru merasakan tiada berlaku sebarang rekod pada Mei yang lalu. Kali terakhir merekodkan perkembangan dan catatan adalah pada April, bulan kelahiranku.

Dan pafanya kali ini, jua di bulan kelahiranku, Syaaban. Bulan mendekati Ramadhan dan Syawal. Subhanallah. Lihatlah betapa pantasnya masa berlalu.

Mei yang lalu menyaksikan diriku bertungkus-lumus mencuba sehabis daya melakukan yg paling terbaik di dalam peperiksaan akhir untuk semester lepas, melupakan tarikh-tarikh penting, tarikh bakal pulang terbang ke Malaysia. Alhamdulillah daku bersyukur dengan anugerah keputusan yg MashaAllah. Ia benar seperti yg diingatkan oleh suami tercinta, keputusan yg di luar jangka fikiran. Pokoknya, usaha lebih, doa lebih, sedekah lebih, dan paling penting, husnuzhon dan tawakkal yg lebih kepada Pencipta.

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

Sepertinya boleh dikatakan Mei adalah bulan kemenangan buatku dalam konteks kehidupan bergelar mahasiswi disamping tugas utama selaku seorang isteri yg berjauhan dengan suami dan anak sulong. Serta berdua-an bersama si kecil Ulya yg adakala di musim-musim peperiksaan ragamnya serti tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan; sungguh dikurniakan suami yg jujur dan penyayang. Prihatin lagi penyabar. Penguat semangat dan yg selalu percaya dengan positif pada apa yg ada pada lebih kurangnya isteri nya ini. Terima kasih duhai suami. Serta anak-anak yg sentiasa terus tabah dan sabar mempunyai ummi yg berjiwa besar, berhati besi untuk terus utuh mendalami ilmu mengenal Tuhan walau sudah separuh ke usia senja. Juga mak ayah dan mak ayah mertua yg selalu redha dan menitipkan doa serta semangat pada tiada selang waktu.

Justeru pada teman-teman, adik-adik yg selalu tidak pernah lokek meminjamkan telinga untuk mendengar bebel-bebel si ummi dan si kakak ini. Meminjam waktu dan tenaga menemani saban waktu. Sudi prihatin pada memberi penjagaan dan pengawasan kepada si solehah Ulya. Subhanallah. Kalian semua adalah anugerah terindah kurniaan Ilahi.

Tiadalah yg dapat ku balasi pengorbanan setiap dari kalian melainkan dengan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kalian dan kehidupan kalian seluruhnya. Semoga kekal dalam iman dan Islam pada setiap ketika hingga hujung nyawa.

Dan syukurnya pada 27 Mei 2014, setelah sembilan purnama akhirnya diizin Dia untuk memeluk cium anakanda tercinta 'Umar 'Abdul 'Aziz dengan linangan air mata rindu dan penuh gembira. Syukran Ya Robb.

Juga mak dan ayah yg hadir dengan senyuman, ku peluk rangkul tubuh yg semakin kurus di mamah usia itu. Mak ayah, akan kujanjikan kejayaan ini buat kalian nanti akhirnya. Bi iznillah.

Salam ukhuwwah. Semoga bertemu pada Ramadhan beberapa hari sahaja lagi :)


Ingatan pada dinihari.
0306 hrs
19 June 2014
Room Sweet Room, Baiti Jannati | Meru, Klang
Selangor. MALAYSIA.

Send from MyLittleHumaira_SamsT3


Wednesday 9 April 2014

Selamat Datang 28's!

Sebahagian catatan di hari kelahiranku. Selangkah mendekat ke alam kematian.

Bismillah.
Alhamdulillah. Wa Syukru Lillah.

Hari ini, pada tanggal 9 April 2014 sekali lagi berulang hari yang penuh sejarah. Tepat pada hari kelahiranku pada hari Rabu, 9 April 1986 pada jam 12.45 tengahari. Simbolik pada umur yang semakin banyak dan usia yang makin meningkat, adalah sebenarnya peringatan terpenting semakin kurang nya umur, semakin dekat nya saya dengan kematian. Justeru kematian itu adalah penyudah kepada kehidupan bagi setiap makhluk yang hidup dan bernyawa.

Alhamdulillah, pagi ini saya masih bangun, masih bernafas, dan masih sihat serta punya akal yang waras. Masih punya suami yang penuh sabar melayani rungutan demi rungutan sang isteri, masih punya anak yang sabar menanti kepulangan ummi, punya anak yang setia menemani dan melayani hari-hari stress sang ummi, serta punya mak dan ayah yang sentiasa merindui. Allahu robbi terima kasih di atas segala kekayaan ini!

Mungkin pada sesetengah daripada kita beranggapan kan bahawa tiada apa-apa signifikan nya pada tarikh hari kelahiran. Tiada apa yang perlu dibangga, tiada apa yang perlu dirasa. Terpulang lah di atas pengamatan masing-masing untuk mewarnai kehidupan. Kadangkala hidup yang penuh dengan ketegasan dan 'kesyadidan' serupa kelam tanpa gelak tawa. Namun, hidup yang terlebih pula dengan bahagia dan cerita suka-suka seolah retorik tanpa duka. Kerana sunnah nya, ada hidup lawannya mati. Ada suka lawannya duka. Ada lelaki kawanan nya perempuan.

Terserah semua kepada tafsiran masing-masing.

28 tahun yang lalu,

pada tarikh ini dan pada hari inilah emak yang dicintai dan dirahmati Allah bertarung nyawa melahirkan saya, satu-satunya zuriat dia dan suami nya. Emak memilih melahirkan saya di rumah (arwah opah) kerana kata beliau, harapan untuk kedua-duanya hidup adalah 50-50. Samada emak yang pergi, atau anak yang pergi. Justeru dia memilih, biarlah kalau pergi, sama-sama di rumah. Dan antara yang terpenting -- emak menceritakan, "Orang dulu-dulu malu nak bersalin di hospital, takut kena dengan doktor lelaki, malu kena belek"

Jadi sebenarnya isu ini sejak dari zaman dahulu lagi. Malukan doktor lelaki. Meskipun mereka orang kampung, belajar nya tidak sampai ke University, hukum itu hukum ini jauh sekali dalam pengetahuan seperti kebanyakan kita hari ini, tetapi ada sesuatu bahagian di dalam Islam yang tersemat di hati. MALU. Saya kadangkala hairan kenapa ada dikalangan yang belum pun bergelar doktor, apatah lagi pakar, mencanang dan 'terasa' dengan 'keterasaan' yang bersangatan. Sedang mereka yang pakar, menjawab dengan caranya seorang ayahanda dan seorang ibunda memujuk anakanda. Kami orang kebanyakan, kami tidak mendalami ilmu perubatan, malah kami juga bukan golongan bangsawan -- yang punya harta tidak habis 7 keturunan di buat makan dan berjalan-jalan sakan. Hanya kami menyatakan apa yang kami rasa, jika tidak di dalam keadaan keterpaksaan kami mahukan kaum kami yang duduk di depan kami di saat kami bertarung dengan maut, demi sebuah kelahiran.

Kadang mahu juga saya katakan kepada (bakal) doktor-doktor muda yang sungguh lancang mulut laju jari-jemari nya menulis di papan kekunci, serahkan isteri-isteri kamu yang bakal melahirkan anak-anak kamu kepada kawan-kawan lelaki mu yang juga doktor. Tidak perlu orang lain. Kawan-kawan mu, yang juga sejawatan dan bakal sejawatan dengan mu, yang memang kamu kenali, untuk menyambut kelahiran anakmu. Dan kamu duduk tepi telinga isterimu untuk beri semangat kepada beliau.

Tentu ia bukan pilihan yang bijak, bukan. Tentu kamu akan menjawab, lebih baik aku yang menyambut, kerana aku berkelayakan. Ketepikan soal etika kedoktoran. Jangan kamu hantarkan isterimu ke hospital swasta yang sememangnya boleh dipilih doktor perempuan. Tetapi letakkan dia di bawah hospital kerajaan, sama-sama dengan orang kebanyakan. Dan tanyakan kepada isterimu itu, jika dia tidak kisah kelahirannya di sambut oleh doktor lelaki. Pasti naluri wanita yg sihat akan mengatakan TIDAK. Kecuali dia sendiri sama tidak kisah nya seperti kamu.

Kita tidak perlu mendabik dada dalam berpendirian. Bersederhanalah dalam tindakan.
Rupanya, setiap perkara ada 'darah muda' nya. Tidak terkecuali kamu pandai atau tidak. Kamu tua atau muda.

Tidak, saya tidak pernah ingin banned doktor-doktor lelaki. Kalian ada hak untuk belajar. Tetapi adakala kami merasakan kalian bongkak dengan jawapan-jawapan yang kalian berikan. Malas sahaja mahu bertegang leher, kerana kalian kan orang nya bijak pandai -- justeru itu terpilih mendalami bidang kedoktoran. Cuma sedikit ingatan, Islam ini didatangkan juga dengan pakej akhlak. Di mana peringkat-peringkat turunnya al-Quran juga menyentuh bab akhlak. Dan seperti yang semua sedia maklum juga, Rasul itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Again, akhlak.

Jadi, jagalah akhlak.

Berbalik kepada perihal hari kelahiran. Dua tahun saya berseorangan tanpa teman. Pasti 10 tahun yang lalu saya tidak pernah menjangkakan akan duduk berdikari jauh di bumi asing ini bersendirian. Masa berpersatuan, berkejaran dihambat masa membahagikan tugasan pelajaran dan kemasyarakatan, semua nya telah saya lalui sebelum-sebelum ini. Tinggal hari ini, tugasan sebagai pelajar ini masih belum terhenti, dan ditambah pula dengan tugasan sebagai seorang ummi tanpa sang abi di sisi.

Ia meletihkan. Ia menyakitkan. Ia menyedihkan.
Barangkali untuk hari ini dan beberapa semester lagi.

Dengan kuasa berfikir secara positif, saya yakin suatu hari nanti segala yang pada hari ini negatif sekali pada pandangan saya dan kebanyakan orang akan bertukar kepada sesuatu yang jauh lebih baik seperti,

ia memaniskan, ia mendewasakan, ia mematangkan, ia menggembirakan, ia mencerdikkan....
Bi iznillah.

Selamat hari melahirkan, buat bonda yang dicintai kerana Allah. Terima kasih dengan segala jerih payahmu membesarkan anak yang nakal ini. Segala tenaga mu dikerahkan demi mencukupkan segala keperluan anak yang tidak segan silu melawan kata-kata mu di awal usia keremajaan. Seluruh kemahiranmu digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya demi anak dan suamimu. Masakan mu, masakan yang sering kurindu. Jahitan mu, jahitan yang sering ku cemburu. Dan ke-kreatifan mu, membuatkan ku merasakan, dikau ini ternyata banyak lebihnya berbanding daku. Walau tahap belajarmu tidak setinggi diriku.

Mak, selalu tetap lebih dari seorang anak. Lebih segalanya.

Dan terima kasih ayah, kerana hingga ke hari ini tegar mengotakan janji. Janji "akan berada di belakangku tika susah dan senangku..." Ayah yang selalu waras dan futuristik dalam setiap pesanan. Ayah yang dengan senang melepaskan ku kepada suami, yang kemudiannya berlinang air mata selepas aku diakadkan. Ayah yang, tidak pernah jemu, tidak pernah jemu dan tidak pernah jemu melayan kan karenah ku sejak kecil sehingga ber-anak dua ini.

Seorang ayah, yang sentiasa meletakkan sepenuh keyakinan nya terhadap ku.

Dan terpenting buat suami tercintaku.
Terima kasih seadanya menerima isteri mu yang kasar ini. Yang comot ini. Yang tua ini. Yang tidak cerdik ini. Yang tidak ada padanya ciri-ciri perempuan yang tergambar di novel dengan pipi pauh, leher jinjang, muka putih, jemari yang mulus, bersimpuh sopan dengan suara yang merdu sesuai dengan kecantikan. Terima kasih, menerimaku dan keluargaku sebaiknya.

Hanya yang dapat kujanjikan antara sekalian janji-janji yang lain adalah bahawasanya, anak-anak kita tidak akan mendengar walau satu apa pun keburukan tentangmu dari bibirku.

Juga buat anak-anak yang ummi kasihi kerana Allah,
'Umar 'Abdul 'Aziz, si handsome yang tabah, anak yang pintar dan bijak. Terima kasih selalu merindui dan mengasihi ummi dengan caramu yang tersendiri. Dan 'Ulya yang cantik serta cerdik. Terima kasih menemani hari-hari ummi dan bersabar dengan adakalanya kemarahan dan stress ummi menyebabkan kamu seolah dilayan seperti kebanyakan anak tiri. Demi Allah. Ummi (dan abi) menyintai kalian dengan sebenar-benar kecintaan seorang ummi dan abi kepada anak-anak nya. Semoga Allah mentarbiyah kalian dengan sebaik-baik tarbiyah.

Dan sepanjang perjalanan kehidupan kembara mencari redha Tuhan ini, saya mula sedar, saya masih belum sempat menggenggam segulung ijazah untuk dipersembahkan kepada mak dan ayah. Mendapat pendidikan formal seawal tahun 1993 sehingga 2003, kemudian dua (2) tahun keremajaan saya dihabiskan dengan menimba pengalaman berada di Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya, A short semester di UIAM Gombak sebelum akhirnya memilih untuk withdraw dari kursus sedia ada untuk mula berhidup di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Langit yang tidak selalu cerah, kadangkala ribut taufan, petir sabung menyabung, akhirnya dengan segala kekuatan dan izin dari Tuhan muncul juga pelangi yang cukup indah -- dikurniakan olehNya rijal soleh yang tidak pernah muncul dalam akal fikiran. Bernikah ketika di semester terakhir tahun terakhir adalah suatu keajaiban. Tiga (3) tahun pula menabur bakti, belajar dari kehidupan di alam pekerjaan. SMK Taman Klang Utama, menjadi saksi murid-murid pertama yang menerima seorang guru tanpa pengalaman mengajar, hanya berbekalkan sedikit sekali apa ilmu yang ada di dada. Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang, tempat saya mula iadah al-Quran secara konsisten. Dan baki dua (2) tahun seterusnya 'menyusup masuk' ke bawah sistem GSTT di bawah Kem. Pendidikan Malaysia. Pentadbiran yang diluar jangka saya sepanjang proses belajar. SJK (C) Chung Hwa Kota Kemuning, SK Bukit Kemuning, SK St. Anne's Pel. Klang, dan SK Seksyen 20 Shah Alam, benar-benar menjadikan saya seorang hamba. Hamba yang mengenal potensi diri, bahawa saya harus belajar lagi, walau dengan daya yang bagaimana sekali pun.


Sesungguhnya 27 tahun yang lalu adalah tahun-tahun yang penuh dengan pengalaman.
Pahit dan manis.

 Happy people are beautiful. They become like a mirror and they reflect that happiness...



Selamat hari lahir yang ke 28,
buat diriku yang sentiasa di dalam pemerhatian Allah.
Hajah Rokhaizat binti Haji Rahmat al-Hafizah.
9 April 1986 - 9 April 2014

Baytul 'Ulya | Irbid Jordan
1353 hrs.

Sunday 23 March 2014

Motivasi Subuh March

Bismillah.

Alhamdulillah dengan nikmat dan anugerah dari Nya saya dan kita-kita masih dapat bernafas sehingga ke detik ini. Apa khabar iman? Semoga terus cemerlang dari sehari ke sehari.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, saya telah selesai menduduki 5/6 subject untuk peperiksaan pertama bagi Fasal Kedua 2014. Berbaki mata pelajaran Bahasa Arab Istidroki ujian secara berkomputer pada Sabtu 29/3 jika di izin Tuhan. I have already got marks for the two subject and Alhamdulillah, Alhamdulillah segala puji hanya bagi Nya di atas nikmat dan rezeki markah yang baik.

Rindu untuk menulis. Adakalanya ilham itu datang mencurah-curah, tetapi tidak berkesempatan untuk berkongsi. Semoga Allah mengaturkan hidup saya dan kalian sebaiknya dan memberi keberkatan masa buat kita. Tiada lah yang lebih nikmat melainkan punya masa yang berkat, di mana dapat kita manfaatkan ianya sebaik dan se optimum yang mungkin untuk kerja-kerja Islam.

Didik anak, asuh anak, tugas hakiki seorang pelajar iaitu belajar, juga salah satu kerja-kerja Islam bukan? Kerana ia meliputi sudut pembinaan sakhsiah diri seseorang. Semoga kita sentiasa dikurniakan ilham dan akal untuk membezakan yang hak dan bathil. Bersahabatlah dengan mereka yang soleh dan solehah. Elakkan banyak bercerita tentang orang lain. Banyakkan melihat aib sendiri, dan ingat mati. Sesungguhnya ia motivasi terindah bagi mereka yang cintakan kebaikan. Dan bencikan kemungkaran.

Berusaha merubah diri pulang ke pangkal jalan, lebih bermakna dari diam leka tanpa sebarang usaha. Serahkan segalanya pada Yang Maha Esa, dan minta lah kekuatan dari Nya. InshaAllah, kita setapak melangkah ke arah mu'min dan mu'minah yang berjaya :)


Sehingga berjumpa lagi. Salam kasih sayang dari kami. Semoga Allah merahmati dan meredhai perjalanan hidup kita semua.


umm3umar
Baytul 'Ulya | Irbid | Jordan
24 March 2014
0359 hrs.

(Sedang berkumandang azan Subuh yang pertama)

Wednesday 26 February 2014

Cabaran cinta antara benua


Anak jatuh.

Tidur malam tiba-tiba muntah habis kena ke baju ummi.

Jam pukul 1 pagi.

2 pagi - 3 pagi - 4 pagi tak lena lagi.

Sudah nya ummi tak tidur.

Siapkan bekal 'Ulya.

Hantar 'Ulya ke rumah kawan.

Berkejar ke kuliyah. Di tingkat empat.

***
 
Kuliyah yang penuh.

Balik beli kitab, hampir sejam spend masa di Tasjilat an-Nur. Rindu berlama-lamaan di kedai buku!

Beli barang dapur. Sayur, buah-buahan untuk anak kecil ku 'Ulya.

Balik rumah, solat. Keluar semula untuk ambil 'Ulya di hadhonah. Jalan kaki.

Balik rumah masak untuk keperluan diri sendiri dan anak.

Buang sampah yang tiga-empat plastik sekaligus.

Basuh baju - sidai baju - lipat baju.

Washing-machine pulak rosak.

Peti ais dah tak sejuk, nak kena topup gas. Dah beberapa hari tak beli barang basah sebab tak ada tempat nak letak.

Water dispenser dah habis nak kena beli 20L. Dari Aswaq Zam-Zam takkan lah nak jalan kaki ke rumah bawa air 20L, memang tak mampu.

Decoder TV dah rosak, nak kena ganti baru. Rumah sunyi tanpa alunan Quran setiap masa macam selalu.

Terkini gas dapur untuk masak pun dah habis.

Esok kelas penuh 9 pagi - 3 petang, 5 kelas berderet. Sejam untuk bernafas dengan baik.

Karpet rumah asyik tertangguh-tangguh untuk di vakum.

Pampers 'Ulya dah habis, belum berbeli lagi.

Siapa kata layan anak tak penat? Siapa kata belajar tak penat?

2 minggu lagi nak start exam. Dan akan berderet-deret exam sehingga Mei.
 

(And the routine goes on and on and on)
(Kalau ada abang mesti boleh bahagi tugasan)
 
Inilah Cabaran Cinta Antara Benua.

Nota tambahan :

Bukan setiap masa boleh nak chating, whatsapp, skype, tango dsb. Kita di Jordan pukul 6 petang, dia dah 7 malam. Yang si sulong kat Malaysia tu lagi lah, dah 12 malam.

Kita tak habis kelas lagi, dia dah habis kelas. Dia dah dapat rehat, kita belum dapat rehat. Dia nak skype, kita balik rumah dengan jalan kaki 2 km agaknya mendukung si kecil ni lagi, kita dah letih.

Kita nak chatting malam, dia kadang sibuk urus jemaah umrah, dia ada usrah. Dia balik malam dia pula dah letih, nak tidur untuk prepare kelas keesokan harinya.


Ya Allah letih nya!
T___T

Teringin nak merasa cabaran hidup berjauhan? Silakan. Kalau beri pilihan, saya akan katakan jangan. Ia meletihkan. Diri sendiri, pasangan, dan orang di sekeliling. Itu belum cerita lagi jika pasangan anda tiba-tiba dituduh dayus!

* Not in a good mood

* Still curious macamana orang bujang pun boleh skip kelas dan lewat ke kelas tanpa alasan yang munasabah. Syukur zaman DQ dan UIAM dulu Facebook tak wujud lagi :D


CINTA ANTARA BENUA.

Atip. Malam ni tiba-tiba rindu Atip. Allah sayang Atip lebih. Allah sayang keluarga Atip, suami dan anak-anak Atip. Seletih-letih akak, sesusah-susah akak bersabar dengan emosi, pastilah suami dan anak-anak Atip merasakan yang lebih lagi. Pemergian Atip betul-betul buat jiwa akak tersentak. Akak nak jadi baik dan tak ada musuh macam Atip. Akak nak, anak-anak dengar yang baik-baik sahaja tentang ummi mereka. Terima kasih Atip. Senyumanmu kekal selamanya di ingatan. Al-Fatihah.

 Allahyarhamha 'Awatif Mohd Haduri al-Hafizah (28 Sept 1987-20 Januari 2014)
Maktab Mahmud-Darul Quran JAKIM-University Al-Azhar Mesir


Hari Majlis Khatam al-Quran, DQ JAKIM
Batch HAFS 05/08

Kredit gambar kepada Hanifah Hanapiyah
Perjalanan Terakhir Seorang Hamalatul Quran


Cinta Antara Benua.
Benua Kehidupan dan Benua Kematian.

Setiap orang ujian nya berbeza.
Bersabarlah wahai hati.
Janji Allah itu pasti.
Cukuplah kematian itu sebagai peringatan.


Baytul 'Ulya Irbid Jordan
26 Feb 2014
2319hrs

Saturday 22 February 2014

Dan kenangan bersama TGNA itu, pada awal pernikahan kami. Alhamdulillah!

Bismillah Walhamdulillah.

Semua gambar-gambar ini di ambil tiga hari selepas hari pernikahan kami. (Kami bernikah pada hari Rabu, 29 Oktober 2008) Kebetulan pada hari Jumaat tersebut TGNA ada berprogram di sekitar Jalan Kebun, dan transit sebentar untuk berehat di rumah datuk saudara (adik bongsu nenek di sebelah ayah saya) maka rezeki kami untuk berjumpa dan bertemu dua mata bersama Tuan Guru dan memohon doa dari nya.


 Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Bekas Menteri Besar Kelantan, Malaysia
31 Oktober 2008

 Datuk saudara (Tuan Hj. Maskor bin Haji Idris) sedang memberitahu kepada TGNA,
"TG, ini cucu saya. Baru tiga hari bernikah. Hajatnya nak sambung belajar ke Mekah. Minta tolong TG doakan..."

 TGNA tidak menjawab, justeru mengangguk dan terus mendoakan. Suami berada sangat hampir dengan TGNA untuk mendengar butir doa dari Ulama' ini. MashaAllah Tabarokallah!

 Sejurus selepas mendoakan, TGNA bersembang sebentar dengan suami. Tidak pasti apa yang ditanyakan mahupun dibualkan sehingga suami tersenyum sebegitu. Mungkin tentang pertanyaan hajat menyambung belajar ke Mekah :)

The very good motivator, inspiring me, and the very loving and caring father.

(Ayah terlalu banyak berkorban. Tidak pernah membantah keinginanku; (1) Withdraw dari Kursus Ijazah Sarjana Muda di UIAM untuk ke Diploma Tahfiz di Darul Quran JAKIM. (2) Keputusan ku untuk memohon belajar di Univ Umm al-Qura, Makkah (3) Permohonan ku untuk bernikah - memberiku pada suami tanpa syarat - tanpa meletakkan harga belanja - semua kerana suamiku seorang Huffaz! MashaAllah Tabarokallah. Terima kasih ayah. Semoga Allah pelihara ayah dan redha dengan segala kebaikan-kebaikan ayah (dan mak) )

I Love You Ayah!

 Alhamdulillah, setelah empat (4) tahun menanti, dengan izin Allah jua, surat tawaran dari University Umm al-Qura, Makkah sampai di Meru pada 13 September 2012. Genap setahun dari tarikh kami mula menjejakkan kaki untuk menyambung belajar di University Yarmouk, Jordan (13 September 2011)


Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang (mahu) Kau dustakan?

InshaAllah jika ada ruang dan rezeki kami sekeluarga akan Allah himpunkan untuk bersama-sama membina keluarga di bumi hijjaz Makkah. Doakan semua ^__^

Salam sayang dari Bumi Syam, Sakura di bumi Irbid

Baytul 'Ulya|Irbid|Jordan
22 Februari 2014
1418 hrs

Saturday 15 February 2014

Semester baru, Semester 2 sessi 2014/2015

Bismillah Walhamdulillah.

It has been two weeks since we have started our new semester. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, 'ala kulli ni'mah wa rahmah. After all, may this new semester bring joy and happiness to me and to all of you :)
Semester ini Alhamdulillah saya telah berjaya mendaftar enam (6) subjek. Setelah bergedebak-bergedebuk pada minggu-minggu add and drop maka, hasil nya Alhamdulillah memuaskan ehehs.

Seperti yang di jangka, subjek-subjek kali ini harus membanyakkan lokasi nya di Kuliyyah Syariah itself. So tak adalah adegan berkejar-kejaran di sana dan di sini mengejar waktu kelas. Lebih-lebih lagi bila rushing hour, fuh mahu terjatuh di langgar dek arab-arab. Baik di tangga syabab mahupun tangga akhowat. Cuma ada satu kelas kali ini yang saya ambil di Kuliyyah Tarbiyah. Tapi itu pun tidak perlu terlalu bergegas kerana kelas sebelum nya selalu habis awal, dan selesai kelas di Kuliyyah Tarbiyah, saya mempunyai senggang waktu selama sejam untuk berehat.

Seperti yang anda sedia maklum (eh, ke tak maklum lagi?) hari kuliyah di University Yarmouk (bolehlah dikatakan) dibahagikan kepada dua bahagian. Untuk rangkaian kelas pada hari Ahad-Selasa-Khamis, kelas berlangsung selama satu jam. Dan untuk rangkaian kelas pada hari Isnin-Rabu, kelas dijalankan untuk tempoh satu jam setengah untuk setiap kelas. Jadi, seperti nya sistem di UIAM (saya sebutkan UIAM hanya kerana saya punyai pengalaman di U ini, tidak di U lain) mahasiswa/i dibenarkan untuk memilih group/section (di sini ia diterjemah sebagai syu'bah) mana untuk disertai, Doktor mana yang ingin kita ikuti, dan waktu mana dan hari apa yang kita mahukan kelas kita dijadualkan. Ya, sistem nya hampir 100 % sama. Kita lakukan Plan A, Plan B, dan Plan C (dan mungkin hingga ke Plan Z sekalipun!) untuk mendapatkan jadual kelas yang terbaik untuk kita lalui pada semester tersebut, dan compete&shoot for the subject. Saya masih ingat ketika di UIAM saya pernah membuat jadual lebih kurangnya begini (sebenarnya bukan lebih kurang, tapi memang itu pun jadual nya :P) kelas hanya pada hari Selasa-Rabu-Khamis, dan kosong pada Isnin-Jumaat. MashaAllah betapa sibuk nya pada tiga hari tersebut, dan petang Khamis sahaja saya sudah berada di Meru Klang, muncul semula di Mahallah Halimah pada pagi-pagi Selasa. Hehehs.

Saya juga masih teringat, ketika di Matrikulasi UIAM, jam kredit terbanyak yang pernah saya ambil sepanjang 4 semester di sana adalah 27 jam! Bayangkan betapa sibuk nya saya. (Konon nya lah, budak Engin ada je yang mencecah 44 cr. hr for one sem!) Dan pernah paling sedikit untuk satu semester itu ialah 13 / 15 jam kredit saya pun sudah lupa. Namun nak kata betapa sikit nya jam kredit itu sehingga membolehkan saya bekerja sambilan di Aisyah Shop di bawah Mahallah Aisyah! Subhanallah. Pengalaman. Saya dibayar RM2.50 untuk satu jam, dan untuk 4 jam waktu bekerja, saya boleh mendapat RM10. Bayangkan sekiranya saya mengambil jam kerja pada waktu siang dua jam, dan malam dua jam, setiap lima hari itu, pendapatan saya mencecah RM50. Hehehe. Kecil kan nilai nya sekarang? Tetapi pada 2004-2006, nilai RM50 itu masih sangat bernilai lebih-lebih lagi buat saya, walaupun dengan adanya biasiswa untuk pelajar Matrikulasi itu sendiri. After all, semua itu adalah pengalaman yang cukup indah buat saya. Hafal harga barang, susun barang, kira duit, congak duit, dan sebagainya. Mungkin akan saya entri kan pada entri akan datang pada entri yang khusus.

Maka telah melalut lah saya ke cerita-ceriti zaman dahulu kala. Baik kita kembali ke tajuk yang asal. Untuk semester ini, pada rangkaian tiga hari tersebut saya mulakan dengan matapelajaran Sirah Nabawiyyah oleh Dr. Khalid Syurman. Nizom Hukum oleh Dr. Mahmud Kholidi. Madkhol ila ad-Da'wah oleh Dr. Ala' al-'Umari. Lughah Arabiyyah Istidraki oleh Dr. Fakhri. Dan terakhir ialah Qowaid Lughawi (2) oleh Dr. Usamah Adnan al-Ghunmiyyin. Kelas bermula pada jam 9 pagi, dan berakhir pada jam 3 petang. Di antara semua lima kelas ini, waktu rehat saya ialah pada jam 1-2 petang. Alhamdulillah.

Dan untuk rangkaian dua hari kelas (Isnin dan Rabu) kelas saya hanya berbaki satu kelas iaitu Fiqh Muamalat 1 oleh Dr. Samirah al-'Umari pada jam 12.30-2 petang. Alhamdulillah.

Sepanjang dua minggu sessi pembelajaran, hampir separuh buku juga yang telah dipelajari. Pada hari awal kelas lagi, jadual untuk imtihan awwal dan tsani (1st exam & 2nd exam) telah sedia terpampang di lawhah kuliyyah (board di fakulti) InshaAllah untuk ke enam-enam matapelajaran ini, saya akan mula ber-imtihan pada 11 March-23 March untuk first exam & 8 April-20 April untuk second exam. Pohon semua sahabat pembaca mendoakan kecemerlangan kami di sini. Dan semoga ilmu yang dipelajari diberkati dan mampu memberikan manfaat buat semua inshaAllah.

Sekian dahulu laporan untuk kali ini, kita jumpa lagi pada masa akan datang. Untuk buah tangan kali ini. Jom jamu mata. Saya perkenalkan, Fakulti Syariah, University Yarmouk, Jordan. \\((^__^))//


 
Da'iroh Qobul Tasjil.
Pejabat ni selalu nya tempat urusan mahasiswa/i bayar rusum jami'ah (yuran university), ambil kasyfu 'alamah (transkrip exam), isbat tholib (lebih kurang macam pengesahan pelajar macam tu lah), tasjil madah manually (daftar subjek secara manual)

 
 Bendera rasmi negara Jordan. Negara kelahiran anak kedua kami, 'Ulya :)


 Babul Roisi
Pintu utama University Yarmouk.

 Math'am Jami'ah.
Terletaknya di antara Kuliyyah Syariah dan Kuliyyah Tarbiyah. Juga Kuliyyah Adab.

 Kulliyyah Syariah, University Yarmouk, Irbid, Jordan.
Tangga ini sebenarnya ialah tangga untuk mahasiswa. Tetapi saya menggunakan tangga ini semenjak di Tahun Satu lagi, ketika itu pergi kelas bersama suami. Saya suka melalui jalan ini kerana dengan menaiki 'jisir' (jambatan) tersebut, saya sudah save energy untuk satu level.

Untuk tangga mahasiswi, ia di bahagian belakang kepada tangga yang sedang anda nampak ini. Dan untuk sampai ke level lima, ia sudah menghabiskan daya saya yang sebelum itu telah terlebih dahulu berhempas-pulas melayani karenah 'Ulya yang bangun tidur adakalanya menangis, minta di dukung untuk ke hadhonah, kemudian bergerak pula ke kuliyah ini, memang mencabar iman dan mengerah keringat.

Sila jangan salah faham dengan saya :)

 
Kulliyyah Syari'ah


Sekian. Salam sayang dari Bumi Syam :')

Baytul 'Ulya|Irbid|Jordan
15 Februari 2014
1828hrs

Thursday 30 January 2014

Ruz Madghout di Baytul 'Ulya!

Bismillah Walhamdulillah.

Semoga teman pembaca semua sentiasa di beri kesihatan agar dapat digunakan sebaiknya untuk kita bertaqarrub kepada Nya. Kali ini saya ingin berkongsikan resipi Ruz Madhgout. Saya tidak pasti makanan ini berasal dari mana, tetapi saya mengambil resipi nya dari Puan Najwa Abdul Rahman. Beliau dilahirkan di Makkah dan membesar di sana. Boleh ke blog suaminya untuk mengetahui kisah keluarga mereka.

Saya tidak pernah merasai bagaimana rasa Ruz Madghout ini. Jadi berkebetulan ketika suami menangguhkan semester pengajian nya di UQU dan datang ke Jordan, maka saya berkesempatan untuk mencuba resipi ini supaya boleh ada kayu pengukur untuk melihat samada resipi ini kena pada rasa nya atau tidak. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Kata suami lagi, madghout bermaksud tekanan. Jika di kedai makan di Makkah, ruz madghout ini di masak menggunakan pressure cooker. Jadi adakah nasi ini sebenarnya ialah nasi tekanan? Hehehe ini hanya telahan saya sahaja, yang baru bertatih mempelajari Bahasa Arab :)

Kawan-kawan boleh klik link Puan Najwa seperti di atas, dan untuk lebih mudah ada video yang beliau sertakan sekali.

Jom, kita lihat gambar dan resipi yang telah saya tuliskan.

Ruz Madghout. (Nasi tekanan? Nasi tertekan? :DD)


Bahan-bahan :

1 biji tomato (di hiris sederhana besar)
1/2 biji bawang besar (di hiris sederhana besar)
1/2 bahagian ayam (nusf dujjaj)
4 sudu besar minyak masak / minyak sapi
1 helai waraqah ghar / bay leaves (seperti di dalam gambar)
1 helai laymun nasyif / limau kering
5 biji buah pelaga
4 tangkai cengkih
1 batang kulit kayu manis
sedikit serbuk bawang putih (+- 1tsp)
2 sudu besar pati tomato / tomato paste
* 1 tsp lada hitam
* 1 tsp kammun / jintan putih
3 cawan beras (sebaiknya Basmathi tapi saya guna beras biasa sahaja)

Cara-cara :

1. Blend kan bahan yang bertanda *

2. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam ghidir (Bahasa Arab yang bermaksud periuk) kecuali beras kemudian gaulkan rata.

3. Tutup periuk dengan aluminium foil, dan masak di atas api sederhana selama lebih kurang 10 minit mengikut keadaan ayam. Macam kami masak pada musim winter, ayam lambat lembut jadi untuk pertama kali percubaan saya memerlukan 30 minit supaya ayam benar-benar masak.

4. Setelah masak, ambil beras yang telah dibasuh dan ditoskan air nya, masukkan ke dalam ghidir yang berisi ayam dan rempah ratus tadi. Masak seperti biasa lebih kurang 15-20 minit.


Alhamdulillah selesai. Mudah bukan penyediaan ruz madghout ini? InshaAllah saya akan berkongsikan resipi lain sekiranya ada masa lapang dan jika di izin Allah. Semoga bermanfaat buat semua. Hidangan dari air tangan isteri dan ibu membentuk peribadi ahli keluarga, yang seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak mulia untuk keluar dan membentuk masyarakat yang baik.

(Untuk step-by-step inshaAllah jika ada kelapangan di lain masa saya cuba snap gambar kerana kali ini terlupa untuk mengambil gambar dari mula. Kheyr inshaAllah mudah sahaja resipi ini untuk di cuba)

Happy cooking guys! \\(^___^)//

Baytul 'Ulya|Irbid|Jordan
30 January 2014
2145hrs

Wednesday 29 January 2014

Ruz Maqlubah Urdun (Nasi Maqlubah versi Jordan)

Bismillah Walhamdulillah.

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu memasak, dan resipi ini yang biasa saya gunakan untuk memasak Nasi Maqlubah. Alkisah nya resipi ini saya perolehi dari Kak Aizah, bekas pelajar Master Lughah Arabiyah di University Yarmouk. MashaAllah. Hebat nya isteri dan ibu kepada anak lima ini, belajar di peringkat Master, menguruskan anak yang lima orang di mana empat daripadanya masih bersekolah di samping suami yang juga sedang meneruskan pengajian di peringkat Ph.D di university yang sama. MashaAllah Tabarokallah. Alhamdulillah Kak Aizah dan suami (Dr. Ridhwan Khalil) telah berjaya dengan cemerlang menamatkan pengajian mereka dan back for good pada September 2012.

Di waktu keberadaan Kak Aizah, Kelab Isteri Solehah Jordan agak aktif dengan Kelas Memasak, Kelas Fiqh Mar'ah, dan Kelas Tarbiyatul Awlad. Pembentangnya bertukar bersilih ganti. Cheffah juga bertukar mengikut giliran dan jenis masakan. Kebanyakan nya dijayakan oleh golongan isteri dan ibu-ibu yang bercuti tanpa gaji dan menemani suami masing-masing menyambung pelajaran di peringkat Master dan Ph.D di sini. Alhamdulillah jika ada kesempatan dan tiada kelas kuliyah wajib di university, selalu sahaja saya seronok ingin bersama isteri-isteri dan ibu yang penuh pengalaman kehidupan ini.

Jika tidak salah saya, resipi Nasi Maqlubah ini juga Kak Aizah perolehi dari rakan arab nya. Maaf jika saya tersilap hehe. Ok, jom kita tinjau-tinjau bahan-bahan dan cara-cara membuat Nasi Maqlubah Versi Jordan ini :)


 Bahan-bahan untuk gorengan ialah:
Ayam
Bunga Kobis
Kentang
Terung jika ada ia lebih enak.

*Setiap satu nya di goreng mengikut kategori masing-masing.
Bunga kobis-bunga kobis. Kentang-kentang. Ayam-ayam.
p/s : Untuk menggoreng ini memakan lebih masa dalam menyiapkan hidangan Maqlubah anda. Sila bersabar untuk mendapatkan hidangan yang terbaik dan menjimatkan hehe.

 Ayam di perap rempah Maqlubah sekurang-kurang nya satu jam.

 Bunga kobis di potong sederhana. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Kemudian gorengkan sehingga warna coklat dan mengeluarkan bau yang enak.
*Jangan sampai gesseng (Bahasa Jawa yang bermaksud hangit) sebab nanti akan merubah rasa Maqlubah anda menjadi pahit!

 Kentang di potong wedges, saya salutkan dengan rempah Maqlubah. Goreng sehingga keemasan seperti biasa.

 Beras di basuh bersih. Rendam dengan air panas yang bersih, gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit mengikut kesesuaian dan rasa yang dikehendaki.

 Rempah Maqlubah yang saya gunakan. Kebiasaannya untuk 3 cawan beras, lebih kurang 7 ketul ayam, saya gunakan setengah bahagian dari packing powder ini.

 Setelah semua bahan di goreng dan ditoskan minyak nya, mampatkan di bahagian bawah periuk. Boleh juga di tambah dengan terung (yang juga digoreng), ia lebih enak. Namun saya kekurangan bahan dan hanya menggunakan apa yang ada sahaja di rumah :)

 Kemudian, toskan beras dan mampatkan di atas bahan gorengan tadi. Keadaan nya lebih kurang seperti ini. Masukkan air rendaman tadi, dan tambahkan dengan air biasa jika tidak mencukupi. Nisbah beras dan air ialah 1 : 2 (1 cawan beras, 2 cawan air)

Untuk hidangan kali ini, saya memerlukan 30 minit untuk benar-benar masak.

 Alhamdulillah. Inilah hidangan Ruz Maqlubah saya :)

 
Salatah Har / sos arab (adaptasi dari buku Pn. Roza Roslan Bukan Sekadar Resipi)
 2 biji tomato
2 biji cili merah
1/2 biji bwg besar
Bbrpa tangkai daun ketumbar
1 biji lemon di ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa
 
Kisar kering (tanpa air) semua bahan kecuali garam, gula & lemon. 
Apabila sudah hancur, masukkan gula & garam secukupnya bersama jus lemon.

 Salatah / Hadrowat / salad sayuran :
Timun (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Kobis (hiris halus)
Apple Vinegar (sedikit sahaja untuk bagi rasa)

*Gaulkan semua bahan di atas.

Ini ialah Nasi Maqlubah di Mat'am ad-Dhoi'ah, Irbid, Jordan.
Untuk sepinggan hidangan seperti ini ia bernilai JOD2.75 (JOD 1 = RM4.70)
Rasanya MashaAllah, sepanjang tiga tahun berada di Jordan, kami ke mat'am ini tidak lebih dari lima kali untuk menikmati hidangan ini, kerana walaupun rasanya memukau minda tetapi harga nya boleh membocorkan poket jika kerap kali ke sini :)


Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah. Sekian perkongsian resipi untuk kali ini. InshaAllah jika ada kelapangan masa saya akan berkongsikan resipi lain yang pernah saya cuba dan Alhamdulillah rasanya tidak kalah jika di beli dari kedai. Semoga kita para isteri dan ibu sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga kita InshaAllah. Hidangan makanan dari air tangan ibu yang disulami zikir dan selawat mudah-mudahan dapat membentuk keluarga yang harmoni, yang lembut hati untuk terus mengamalkan ajaran Islam. Bi iznillah.

Semoga bermafaat dan selamat mencuba! :)


Baytul 'Ulya|Irbid|Jordan
29 January 2013
1034 hrs


Monday 27 January 2014

Alhamdulillah berakhirnya semester satu sessi 2013/2014

Bismillahi MashaAllah.

Disconnection from Umniah Service (Internet) affected some of my activity, including updating this blog. Baru perasan, sudah sebulan tempoh saya memasukkan entri pertama. Beginilah lumrah kehidupan. Kita hanya mampu merancang, dan sebagai manusia, kita di beri pilihan untuk meng-aulakan perkara yang lebih penting. First thing first. Di sinilah kehambaan kita benar-benar di uji. Siapa kita waktu bersendiri, itulah diri kita yang sebenarnya.

Untuk rekod, suami saya Alhamdulillah telah selamat kembali ke tempat pengajian nya di bumi kelahiran Rasulullah, Makkah al-Mukarramah. Tempoh perjalanan hampir seharian. Menaiki bas dari Amman, Jordan pada 25 January 2014 jam 11 pagi, dan tiba di Aziziyah, Makkah pada 26 January 2014 lebih kurang jam 12 tengahari. Tambang menaiki bas Saptco berjumlah SAR275 (return). Alhamdulillah. Lebihan duit yang ada boleh lah disimpan kerana jika menaiki kapal terbang, tambang untuk return adalah SAR650 ++. Terima kasih kepada suami yang berkorban untuk extend fasal semata-mata untuk menemani kami melalui hari-hari bersalji di sini.

Fasal awwal penuh dengan warna-warni. Mula ber imtihan pada 30 Disember 2013 dan berakhir pada 14 January 2014. Setahun periksa ^__^ Saya berdoa semoga ilmu yang ada, boleh dimanfaatkan buat semua. Semester lepas mengambil lima subjek iaitu ;

1. Tilawah al-Quran I (Dr. Salam 'Umari)

Mata pelajaran ini merangkumi Juzuk 29 dan 30 di mana di setengah bahagian kita perlu melancarkan bacaan atau membaca (tilawah) di dalam kelas dengan pantauan dari guru. Di dalam kelas ada juga diajarkan tajwid, dan diadakan peperiksaan penilaian tajwid (pada imtihan tsani). Dan the core for this subject ialah hafazan. Setiap surah dibahagikan untuk hafazan pada setiap peperiksaan awal, kedua dan terakhir. Alhamdulillah, Allah beri izin untuk saya najah di dalam mata pelajaran ini dengan baik.

2. Maharot Hayatiyah (Dr. Ali Khawaldeh)

Mata pelajaran ini adalah mata pelajaran ikhtiyari (pilihan). Dinamakan juga Life Skills. Apa yang boleh saya kaitkan, mata pelajaran ini ada lebih kurang nya dengan subjek Communication yang saya ambil sewaktu di Matrik UIA suatu ketika dahulu. Ada juga boleh dikaitkan dengan Psikologi dan Dakwah, antara subjek wajib untuk pelajar Dakwah di Darul Quran. Ia adalah mata pelajaran tentang kehidupan. Bagaimana kita menguruskan emosi, berhadapan dengan orang ramai, dan mengukur sifat yang ada di dalam diri. Jika sewaktu belajar Psikologi (di Matrik Uia) dahulu, subjek ini lebih kurang nya, random survey. Ia bukan lah sepenuhnya tepat, namun boleh dipraktik dan di guna pakai. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya dengan cemerlang di dalam mata pelajaran ini. Mungkin juga bonus bagi saya kerana soalan di dalam Bahasa Inggeris, bagi foreign student.

3. Usul Fiqh I (Masdar al-Asliyyah) (Dr. Sofiyyah Sharo')

Mata pelajaran ini adalah satu dari di antara berpuluh lagi mata pelajaran core course untuk pelajar Jurusan Usul Fiqh. Bagi saya ia sedikit 'killer' namun Alhamdulillah dengan izin Allah jua saya berjaya najah di dalam mata pelajaran ini. Saya belajar, di dalam subjek ini ia mengkhususkan kepada kaedah hukum. Hukum asal kepada wajib-sunat-makruh-haram contoh nya nikah. Hukum solat, dan dalil pelaksanaan nya. Dalil dari Quran Sunnah, zaman sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, ijma' qias dan sebagainya.

4. Aqad Zawaj fil Qanun ahwal al-Islamiy (Dr. Zakaria Khudor)

Seronok belajar mata pelajaran ini. Seingat saya, bab pertama adalah menyentuh tentang khitbah, kemudian wali di bawah tajuk wilayatut tazwij. MashaAllah. Belajar mata pelajaran ini lebih mendekatkan saya dengan apa hak-hak yang ada pada seorang wanita itu sendiri, pada bakal suami, dan pada wali serta tingkatan wali yang lain bila wali mujbir sudah tiada. Allahu Akbar. Ilmu Allah sangat luas. Saya berjaya dan lulus dengan baik, dengan izin Allah. Berharap dapat buka semula kitab tersebut dan hadam dengan sempurna. Cuma, kebanyakan undang-undang yang dipelajari adalah berdasarkan kanun yang di guna pakai oleh Urduni. Namun ia tidak sama sekali menafikan pandangan muktabar jumhur fuqaha' dari semua mazhab. Allahu A'lam.

5. Firaq Zawaj fil Qanun ahwal al-Islamiy (Dr. Zakaria Khudor)

Subjek ini saya ambil dengan Doktor yang sama, pada hari yang sama iaitu Isnin dan Rabu. Pagi 8-9.30 madah aqad zawaj, dan di sambung dengan madah ini pada 9.30-11 pagi. Alhamdulillah, ada kesinambungan nya bila kelas untuk madah ini berkisar tentang hak-hak selepas perceraian, jenis dan bentuk perceraian, beza talaq dan fasakh, pembahagian talak, hukum hakam yang menyebabkan pengharaman seorang lelaki atau suami kepada perempuan lain (haram muabbadah, muaqqotah) dan selebih nya. Ia juga satu pengetahuan baru bila saya mengetahui bahawa seorang perempuan atau bakal isteri boleh mengemukakakan beberapa syarat tertentu (yang dibenarkan / munasabah) untuk diisi keperluan nya oleh sang suami, dan jika ingkar atau melanggari syarat tersebut, si isteri boleh menuntut semula syarat tersebut. Untuk pendetailan boleh lah cuba merujuk mana-mana kitab berkaitan bab perceraian. Allah. Alhamdulillah saya berjaya lulus untuk mata pelajaran ini. Semua nya dengan izin Allah, walau usaha saya tidak seberapa. 'Ala kulli hal Alhamdulillah kerana berjaya di dalam semua mata pelajaran yang di ambil pada semester ini. Mudah-mudahan muaddal kecemerlangan akan terus meningkat.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat suami, mak ayah, 'Umar dan 'Ulya serta semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mewarnai perjalanan kehidupan saya sepanjang di bumi Urdun ini dan di Malaysia negaraku tercinta. Kejayaan ini hadiah untuk kalian, semoga setiap pengorbanan kalian tidak saya sia-siakan. InshaAllah.

Sungguh, saya terasa masih 'lapar' ibarat hanya baru menyudahkan makanan untuk makan sarapan. Semoga Allah beri kekuatan dan terus mengurniakan saya kesabaran dan ketabahan untuk meneruskan perjalanan mendalami ilmu Allah yang sangat luas ini. Saya hanyalah seorang ummi yang duduk berjauhan dengan suami dan anak sulong, seorang yang biasa dan juga punya emosi turun dan naik seperti manusia lain. Doakanlah semoga ilmu yang ada, yang sesungguhnya sangat sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama untuk semua. Dan semoga ilmu ini diberkati. InshaAllah. Semoga berjumpa lagi di entri yang akan datang :)

Salam dari Irbid. Sakura sedang mula berputik.

Baytul 'Ulya|Irbid|Jordan
27 January 2014
1114 hrs