Sunday 31 July 2016

Repost : Permohonan ke Universiti Umm Al-Qura, Makkah 2008

1. Posting ini adalah repost dari blog lama yang telah saya tamatkan pekhidmatannya.

2. Cara ini mungkin telah tidak boleh digunakan lagi kerana sistem permohonan baru dan terkini adalah secara atas talian / online.

3. Sekadar menyimpan kenangan, proses membuat permohonan ke bumi Makkah pada tahun 2008 dahulu.


-------------------------------------------**********************-------------------------------------------



Bismillah.
Semoga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan redha Allah.

Entri kali ini adalah berkisar tentang tatacara mahupun prosedur permohonan untuk melanjutkan pengajian ke University Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah. Rata-rata ada yang tidak mengetahui tentang kewujudan university yang terletak di negara paksi bumi tersebut. Sama lah seperti saya, walaupun setelah menjejakkan kaki ke bumi tersebut pada 1999 bersama keluarga. Pertama kali mendengar tentang University Umm Al-Qura adalah ketika saya berada di Pusat Matrikulasi UIAM pada tahun 2004. Di mana ada salah seorang muslimin yang membuat pengumuman maaf dan sebagainya, untuk melanjutkan pengajian ke university ini. Mula lah dari situ, saya memasang angan-angan untuk sampai ke university ini :D

Memandangkan ramai yang selalu bertanya, bagaimana proses untuk melakukan permohonan ke sana, jadi terbit rasa rajin untuk saya menulis entri ini, setelah berjaya nya Alhamdulillah, suami saya untuk menjejakkan kaki ke bumi kelahiran rasulullah ini dan bergelar pelajar di UQ ini. Semoga ada manfaat buat anda dan keluarga-keluarga anda di luar sana. :D

Baik lah, untuk tidak memanjang lebar kan cerita. Kita terus kepada agenda sebenar. Sebelum itu, di bawah ini ada saya sertakan contoh borang permohonan untuk ke university ini. Kalian boleh lah memuat turun borang tersebut di laman web ini. Dan untuk makluman, sebelum melangkah ke peringkat kuliyyah, anda akan harus untuk ke Maahad Lughah terlebih dahulu untuk tempoh dua tahun. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. Selepas ini, terma University Umm Al-Qura, akan saya gunakan sebagai UQ sahaja. (Merujuk kepada Ummul Qura)

 Contoh borang permohonan ke University Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah.

Berikut adalah keterangan mengikut nombor yang tertera di atas borang tersebut.

1. FOTOSTAT SIJIL ASAL SPM.
Kami buat fotostat berwarna, buat macam sijil tu betul-betul sijil asal. Ini yang dicadangkan pelajar senior di UQ. Bila anda telah diterima untuk belajar, baharu lah bawa sijil SPM yang asal :)

2. TAZKIAH / SURAT REKEMEN.
Tazkiah ni dia nak 2 je. Tapi kami bagi tujuh. Hehe, semangat! Macam kami dulu, ambil dari [DQ, Sheikh Dr. Abdullah Yassin (Pertubuhan An-Nida'), Dr. Fauri@Fauzi - UIAM, Dr. Faisol Ahmad Shah - UM, Jabatan Mufti Perak, MB Perak (waktu tu Ir. Nizar), Us. Sidek Arifin (Bekas pensyarah DQ)] Semua ni khirrij dari Saudi. Ada yang Ummul Qura, ada yang Riyadh, dan ada yang dari Madinah. Cuma Jabatan Mufti Perak dan MB Perak tu di kira sebagai Known Islamic Organization.

3. 4 KEPING GAMBAR, tidak termasuk untuk yang di tampal di borang. SALINAN PASSPORT tu pun fotostat berwarna.

4. FOTOSTAT SURAT BERANAK (Fotostat berwarna, macam yang asal)
Untuk health certificate tu, dia ada borang dia sendiri. Kena ambil di Saudi Embassy. Lepas tu kena fill-in semua yang dia nak, tapi tak perlu hantar x-ray film. Cuma hantar report x-ray sahaja. Urusan check-up yang sepenuh nya akan anda jalani setelah anda SAH mendapat tawaran belajar di UQ :D

5. Umur ini, subjektif lah. Hehe. Katakan anda sudah berumur 25 tahun tetapi masih bersemangat waja untuk menimba ilmu di tanah suci Makkah ini. Tetapi, apakan daya umur untuk memohon tidak boleh lebih dari 23 tahun. Jadi, teruskan sahaja usaha anda untuk memohon. Sungguh, yang meluluskan itu benar-benar KERJA TUHAN :')

6. Untuk pemohon perempuan yang telah bernikah, sila sertakan SIJIL NIKAH yang TELAH DITERJEMAH ke dalam Bahasa Arab. Kalau ada abang atau adik lelaki, untung lah boleh apply sama-sama :) [Urusan terjemahan boleh dilakukan di ITBM (dahulu nya dikenali sebagai ITNMB) di Wangsa Maju. Untuk terjemahan sijil nikah, zaman kami buat tahun 2008 dahulu RM120. Sekarang tak pasti berapa]

7. Untuk permission ni, kena ke Wisma Putra di Putrajaya dan minta NOC Letter. (Non-Objection Letter/Surat tiada halangan belajar ke luar negara) Waktu kami dulu, surat siap dalam tempoh dua hari bekerja.

8. Dokumen No. 1 dan 4, anda pelu menterjemahkan dokumen tersebut di dalam Bahasa Arab (di ITBM). Tetapi, kami sertakan sekali yang di dalam Bahasa Melayu sebagai bukti dokumen asal. Setelah diterjemah, anda perlu mendapatkan satu cop pengesahan di Wisma Putra, Putrajaya (Bahagian ITBM) dan membayar RM10 untuk setiap satu sijil.

Contoh Sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.

8.1. Untuk Sijil SPM & Surat Beranak yang telah di terjemah, perlu mendapat kan cop endorsement di Saudi Embassy, Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. Setiap satu sijil berharga RM30, dan anda perlu membuat pembayaran menggunakan bank draft. (di atas nama siapa, saya tak ingat. Akan re-check semula Ensha2llah)


** Setelah selesai segala urusan yang di atas ini, boleh lah anda menghantar borang tersebut melalui kenalan yang belajar di university ini, atau mengirimkan kepada sesiapa yang pergi menunaikan umrah/haji, atau pos kan sahaja borang tersebut. Tetapi, saya recommend supaya kirimkan kepada pelajar, jadi mereka tahu ke mana untuk berurusan :)

** Lepas dah hantar borang, tawakkal. Terus-terusan lah berdoa semoga ada rezeki anda untuk menjadi ahlul makkah dan seterusnya belajar di university ini.

** Untuk makluman, pemohon yang berjaya dengan jaya nya untuk mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i di university ini akan menerima (1) biasiswa tajaan Kingdom of Saudi Arabia, berjumlah SR850/sebulan. Dan (2) tiket pergi balik untuk ke negara masing-masing sekali setiap tahun pada musim cuti soifi (musim panas). (3) Yuran university, percuma. (Telah ditanggung oleh Kerajaan Saudi)


Segala salah silap harap di maafi. Ini adalah sekadar pengalaman penulis membuat proses permohonan untuk belajar ke university ini. Sekiranya ada kesilapan fakta, sila maklumkan kepada penulis.


Sekian. Moga bermanfaat.


Umm 'Umar
1.05 am
13 November 2012
Meru Klang Selangor


***Tambahan maklumat baru dari senior di UQ :

2 perkara yang perlu diberitahu 1- tidak perlu kepada fotokopi yg berwarna..hitam putih memadai.2-bagi yang berkahwin @ adik beradik perlu mengepilkan bersama surat mahram dari pejabat agama/qadhi kawasan...dan mahram adalah pelajar yang sedang belajar di universiti Umm al-Qura (bagi pelajar muslimat yg ingin memohon )..saudara mara yang tinggal di makkah spt bapa saudara yang berkerja disini tidak akan diterima.. melainkan kedua ibubapa sahaja.


Umm 'Umar
12.20 pm
14 Nov 2012



-------------------------------------------- *************************** ----------------------------------

Telah dikongsi semula pada 31 Julai 2016 @ 2348 hrs
Bayt 'Ulya, Irbid Jordan

Friday 24 June 2016

Saya dan kuih raya, berpisahnya tiada.

Hari ini, dah masuk hari ke 19 berpuasa. Lain betul rasa suasana kali ni. Dengan kecoh-kecoh dan riang ria anakanda yang bertiga. Ohh, begini rupanya rasa menjadi ibu yang sebenar. Ahah sebelum ni tak jadi ibu ke? ;p Isya' yang bermula pada jam 9.20 malam, habis terawih sekitar 11.30 malam dan subuh pula seawal jam 3.52 pagi, selalu menjadikan saya lipas kudung yang tidak bertauliah. Seharian sudahlah energy drain. Mana yang melayankan karenah dua orang anak yang sudah mula berpuasa lagi, si kecil Asmaa' yang sekali sekala dan selalunya tiap masa berkepit dan bertempik tak tahu apa yang tidak kena. Oh Subhanallah! Pasti mengundang senyuman di kemudian hari nanti.

Hari ini entah mana datangnya angan-angan ingin membuat kuih raya sendiri. Lintasan tersebut lantas mengingatkan ku kepada siri-siri kenangan ku dan kuih raya. To-be-noted, orang Perak memang panggil kuih raya instead of bahasa standard nya biskut raya hehe. Jangan tak faham pula ye.

Ada suatu masa dahulu pernah sekali entah mana datang kerajinannya, saya berjaya membuat sebanyak 10 jenis kuih raya berseorangan diri. Resipi pastilah dari mak. Membakarnya di waktu tengah malam, sambil menonton televisyen. Almond london, ladam kuda, semperit dan entah kuih apa lagi yang saya buat.

Tahun-tahun selepas itu, pernah juga ada ketikanya saya memandai-mandai sendiri pergi ke rumah kawan mak yang menjual kuih raya. Ternyata saya memang menggemari kuih raya beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya. Pergi bersembang ke rumah Cik Lah di Jalan Nenas, balik meminta duit RM 50 untuk beberapa jenis kuih. Ketika itu hanya berumur 12 tahun hihi.

Dan kali ini, selepas berfikir berkali-kali dan kebetulan adik junior ada yang pulang ke Malaysia - akhirnya saya tewas. 'Terpaksa' meng-order juga Sekut Emjays yang semakin fenomena di seluruh Malaysia sekarang ini. Alhasil dari peringatan tahun lepas tentang kesedapan kuih raya tersebut. Lama sebelum ini pernah berkirim dengan Sal yang kebetulan abangnya datang menunaikan haji. Dan ketika itu kami berada di Makkah. Maka saya dapatkan stok dari agent di Kelantan, bukan orang lain pun senior di UIA sendiri iaitu Kak Ac.

Sekut Mashmell
Sekut Brownee
Sekut Mutiara
Sekut Blondee *New!!*

Kali ini, kebetulan adik junior tersebut tinggal di Kuantan, kami mencari agent di Kuantan dan kami membeli dari Solehah, junior di UIA dan DQ. Alhamdulillah 4 balang sekut Emjays selamat tiba dan mendarat di bumi Jordan dengan jayanya. Tapi terpaksa tidak dibuka lagi bimbang tidak berkesempatan hingga ke Syawal hehe.

"Biar Lidah Berbicara..."


Sekian.



Catatan kenanganku dan kuih raya ;)


24 Jun 2016 | 1034 hrs
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan. 

Thursday 9 June 2016

Sakura Irbid, 2013 : Export dari anr-rahmat.com

Alhamdulillah, atas nikmat Iman dan Islam. Nikmat kesihatan, dan umur yang panjang. Semoga semua nya dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengabdian terhadap Nya. Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun ke dua dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan, bunga sakura. Kecil dulu, cuma admire di dalam gambar je. Tak sangka dah ada anak, baru boleh lihat depan mata. Tsumma Alhamdulillah, pokok bunga sakura ni betul-betul di hadapan rumah kami yang baru. Setiap hari nak ke kelas, buka pintu dan nikmati keindahan sakura. Subhanallah!

Mari, menikmati keindahan ciptaan Ilahi :')

 Bunga sakura yang masih malu meow-meow nak tunjuk diri :)
This is on 10th February 2013.


 Subhanallah, cantik kan :')

 Ada sekuntum dua di kalangan yang malu-malu kucing nak blooming, dia dah bloom dulu.
Ini mungkin spesis kakak sulong :D

 Subhanallah!

 Subhanallah. Gambar ini saya rakam pada waktu petang selepas habis kelas.
Mencicit lari masuk ke rumah bila ada syabab arab yang lalu. Seram, suami jauh -_-"
Gambar di rakam pada 20 Februari 2013. Sepuluh hari selepas gambar di atas di rakam.

Nikon D5100 | Focal Length 55.0 | 1/200s | f/11 | ISO 200

 Nampak beza kan, sekarang sampai waktu Sakura blooming, dah tak malu meow-meow.

  Sakura; seindah nama, setenang jiwa.
Subhanallah ciptaan Mu maha Agong!



 Buat keluarga di Malaysia, ini Sakura untuk tahun ini. Tahun hadapan ada umur kita snap lagi ;)




umm3umar
1.59 am
22 February 2013
Baytul 'Ulya. Irbid. Jordan

Monday 6 June 2016

1 Ramadhan 1437H - Tinta dari Irbid

Alhamdulillah.

Our second Ramadhan di bumi Jordan. Last year, sempat lah 10 hari berpuasa di Irbid, sebelum bergerak pulang ke Makkah menyambut mak ayah yang menunaikan umrah Ramadhan dan sempat Syawal beberapa hari. Alhamdulillah.

Tahun ini terasa kelainan. Malam tadi kami sekeluarga jalan-jalan tinjau kawasan. Lip lap lip lap lampu di hampir setiap rumah. Meriah sungguh suasana. Kalau di Malaysia, macam ni dah nak raya. Sengaja berjalan waktu malam melihat kemeriahan mereka. Ada yang berkumpul di halaman rumah dengan meja bulat - dari yang muda sampai yang nenek tua. Apalah agaknya yang disembangkan ye? :)

Tahun lepas tak dapat nak lawat kawasan memandangkan baru sahaja melahirkan Asmaa' dan masih berpantang. Jadi cuma abang je lah yang buat tinjauan. Macam biasa, makanan yang banyak dijual dan famous pastilah qutoyyif dan tamar hind. Gambar? Tak dak. Nanti petang kita buat tinjauan ramai-ramai ye :)

Umar, Alhamdulillah mudah nak kejut eventhough dia tidur lewat. Kakak, dengan kepanasan dan hangatnya cuaca sekarang ni kakak tidur lambat. Dan as expected dia tak mampu nak bangun bersahur. Tapi, tapi. Setakat pukul 1 tengahari ni belum lah lagi dia menjerit nak kan nasi ;p Pagi tadi kita bersahur express. Makan nasi - ikan tilapia goreng - dan tumis sayur. Berselera semua orang makan, termasuk lah yang off-day mem nya pun uhhu. Tak dapatlah nak ikut resipi diet yang macam-macam tu. Tekak melayu ni tetap nak kan nasi juge. Bonda di Malaysia awai-awai dah pesan, yang tak puasa tu jangan makan depan anak-anak pulak. Nanti terganggu pula emosi mereka nak fokus pada puasa.

'Ala kulli hal. Semoga Ramadhan dapat dilalui dan dimanfaatkan sebaiknya.


Ihsan google





Ramadhan kareem everyone.

Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
6 Jun 2016 | 1335 hrs

Sunday 29 May 2016

Asmaa' is one year old!

Bismillah. Assalamualaikum.

1. Alhamdulillah hari ini anakanda kami yang ketiga, yang dipilihkan namanya oleh mbah (ayah kepada ummi) genap berusia setahun mengikut kalendar Masihi.

2. Untuk rekod, tiada sambutan party, kek mahupun apa-apa yang istimewa buatmu anakanda. Cuma ingatan doa yang tidak akan pernah luput dari ummi dan abi.

3. Hari ini, berakhir kertas peperiksaan terakhir ummi untuk semester ini, (Asalib Bahas) Fasl Tsani 8 Feb - 29 Mei 2016. Semoga mendapat natijah yang cemerlang dan lulus semua matapelajaran. Baki lima (5) matapelajaran untuk semester depan / Fasl Soifi --- kemudian grad. InshaAllah, bi iznillah!

4. Untuk itu, sepanjang setahun ini suka untuk ummi rekodkan perkembangan kamu anakandaku :

# berkelakuan baik, paling manja berbanding abang Umar dan kakak Ulya. Manja dengan abi. Bila nampak abi berjubah bersiap nak ke masjid, dah pandai menangis nak ikut :)

# Belum pandai berjalan lagi. Gigi atas 3 batang, bawah 2 batang. Pakej 3 batang gigi atas tumbuh sekaligus selepas beberapa hari pandai merangkak. Pandai merangkak sekitar 10 bulan. Lambat! Mungkin faktor baju yang berat waktu musim sejuk / winter. Tanggal sahaja baju sejuk, terus pandai menjulur dan 2, 3 hari selepas itu terus pandai merangkak. Meniti dan memanjat -- InshaAllah akan berjalan sikit masa lagi ;)

# Sudah faham 'am' menunjukkan kepada makna 'makan'. Di mana ada orang yang sedang makan, pasti anakanda akan laju merangkak untuk mendapatkan makanan tersebut.

# Pandai menyebut manja 'mey' atau 'miiii...' atau 'ummmeeyy....' dan kadangkala 'beeyy...' merujuk kepada ummi dan abi. Kepandaian ini sebelum anakanda belum berumur setahun lagi. Lebih awal berbanding abang Umar (berumur 2 tahun ketika pandai menyebut ummi) dan kakak Ulya (setahun)

# Paling kuat menangis. Sejak baby lagi. Itu antara sebab abi tangguhkan study di Mekah untuk teman kita dan tolong ummi jaga kamu. Alhamdulillah setahun dan tahun akhir yang bermakna buat ummi dan kita. Terima kasih kepada Allah yang menggerakkan hati abi. Terima kasih Asmaa' yang menjadi asbab ;)

# Paling suka main dengan abang Umar sebab abang pandai melayan dan tak kasar. Kakak sedikit kasar dan ke'arab'an sedikit ketika bermain dengan adik. Walaubagaimanapun ummi perhatikan kedua-dua abang dan kakak mempunyai sifat ke-kakak-kan dan ke-abang-an, boleh di harap untuk jaga adik.

# Paling suka makan bila kakak yang suapkan. Hatta kalau berkongsi makanan pun, adik akan suap kakak dan orang lain boleh ternganga sahaja melihat gelagat comel beliau :)

Happy first birthday our bundle of joy;
Little Princess Asmaa' Muhammad Nur Amir


5. Ummi dan abi sentiasa mendoakan kebaikan buat semua anak-anak ummi abi. Semoga cemerlang di dunia dan akhirat. Dijauhkan dari fitnah akhir zaman dan dipelihara Allah dari melakukan dan terjerumus dari apa jua bentuk maksiat. Ameen Ya Rabbal Alamin.


Nota kasih ummi buatmu.

Anakanda ummi abi yang dirahmati Allah,
ASMAA' BINT MUHAMMAD NUR AMIR.

Kelahiranmu adalah kelahiran yang kami nantikan. Usai mengerjakan haji (badal kali pertama) ummi disahkan mengandungkan Asmaa'. Dan ketika Asmaa' berusia 4-5 bulan, telah kami bawa Asmaa' bersama-sama menunaikan haji (badal kali kedua). Asmaa' sabar dan tidak banyak karenah lebih-lebih lagi dengan terik panas Arafah 50'c ketika itu. Segala urusan mudah dan sangat mudah dari awal sehingga selesai tawaf dan melontar. Alhamdulillah.

Ummi abi doakan semoga perjalanan kehidupanmu sentiasa peroleh keberkatan dan keredhaan dari Allah.



Salam kasih sayang dari Ummi.
29 Mei 2016 | Irbid Jordan
1907 hrs

*Takziah dan Al-Fatihah buat ayahanda sahabat baik ummi : Farah Aisyah Ahmad di atas pemergian ayahanda tercinta maghrib waktu Malaysia tadi. Semoga kandungan baik-baik sahaja dan semoga dia terus tabah dan cekal menghadapi berita ini di hari terakhir peperiksaan dan semester terakhir di bumi Yarmouk.

Tuesday 24 May 2016

Simpan cerita hari ini, untuk kenangan di masa hadapan.

Alhamdulillah selepas panas-sejuk, panas-sejuk di musim bunga ini Allah turunkan hujan. Selesai menghantar anakanda berdua ke sekolah pagi tadi, abi kembali ke rumah. Si kecil masih lena tika ummi mengulangkaji untuk peperiksaan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan izin Allah. Hujan masih bersisa ketika ummi dalam perjalanan pulang ke rumah. Rintik-rintik hujan halus jatuh ke bumi menurut perintah Ilahi.

"Umar bercakap Bahasa Arab dengan baik sekali.." sapa Ummu Humam di muka pintu tika melihat kelibat saya untuk mengambil anak-anak pulang.

"Betul, bahasanya mumtaz!" disambut oleh seorang lelaki, yang menjadi mumtahin Umar bagi peperiksaan lisan 'Ulum (Sains) pada minggu lepas.

"Alhamdulillah.."

*****

"Ummi, kat sekolah kan Ummu Humam kan, dia panggil Asmaa' dudeh, ya dudeh.. Shu dudeh? (soal Ulya)"

"Hai dudat, dudat..." sambil jari telunjuknya membuat aksi seperti ulat yang sedang merenyut-renyut comel. (comel?)

Saya tergelak besar melihat telatahnya.

Berbeza sekali anak yang berdua ini. Seorang menerima dengan meniru aksi dan gaya. Pandai mengajuk dengan bunyi, nada dan aksi yang serupa hampir 100%. Seorang lagi beramal dengan kefahaman dan yakin diri yang begitu tinggi.

Tahun ke enam menjadi ummi, banyak yang saya pelajari. "Apa-apa pun doa mak juga yang paling kuat.." kata suami menunjukkan petikan bahasa arab yang dijumpainya di dalam FB.

Menjadi orang tua harus kreatif, otak geliga dan penuh idea di kepala. Ia pasti tidak mudah. Saya melakukan pembacaan yang agak banyak tentang teori keibu bapaan. Tentang second child syndrom. Tentang anak yang spontan aktif apabila di rangsang, dan sebagainya. Saya percaya walaupun dengan sinis mata-mata yang memandang, saya percaya anak-anak ini suci dari dosa.

Kata suami lagi, "Anak-anak kecil ni bila dia buat perangai, bukan sebab dia degil. Tapi sebab kita yang tak sabar.."



Umar dan Ulya, pulang dari sekolah.

Umar dan Ulya ada fe'el yang tersendiri. Setiap mereka istimewa dan ada kelebihan masing-masing. Umar pernah berkorban tinggal jauh dari ummi. Ulya juga pernah berkorban melalui dan bersama-sama ummi mengalirkan air mata melalui detik sukar dan mencabar di bumi asing ini.Umar sangat rajin belajar. Ulya pula tekun apabila sekali-sekali belajar. Terbit di hati kecil saya, apakah anak-anak ini apabila suatu masa nanti jika berbuat silap, maka aku harus memenangkan mereka yang kononnya kerana aku ini adalah ibu mereka dan paling mengenali mereka? Semoga Allah pelihara.

*****
Alam kehidupan ini jauh. Penuh onak dan duri. Terisi dengan manusia baik dan manusia jahat di dalamnya. Namun kehidupan di akhirat nanti jauh lebih panjang. Beristiqamahlah beramal dengan ikhlas walau tidak disanjung dan di luar pengetahuan manusia. Kerana Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa untuk mengira.


Anak-anak,
hiasilah dan urusilah kehidupanmu dengan ilmu, iman dan taqwa. Semoga tidak menyesal di sana nanti.



Ummi yang menyayangi.

Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
24 Mei 2016 | 1715 hrs

Tuesday 19 April 2016

"...لعلك تراه"

Semalam, selepas menjalani peperiksaan Fiqh Qadha', saya bergegas ke King Abdullah University Hospital (KAUH) selepas dihubungi suami, Umar perlu di refer ke sana. Cuaca yang agak terik diredah jua. Teksi meluncur laju membawa kami dari Bab Raisi University Yarmouk Ke Bhg Emergency di KAUH. Selepas menjalani beberapa prosedur, Umar diperiksa oleh Doktor kanak-kanak yang bertugas.

Tengahari itu, abang kelihatan letih. Beg laptop berisi buku-buku nya yang berat itu digalas ke sana ke mari. Perancangan asalnya akan ke kelas Fiqh Ibadat Dr. Ibrahim Jawarneh, dan kemudian kelas Dilalat Prof. Dr. Abdul Jalil di sebelah petang. Siapa sangka sepetang itu dihabiskan di hospital.

Sedang pemeriksaan dilakukan ke atas Umar, tiba-tiba kepala saya terasa berpusing. Dua orang Doktor yang memeriksa terus bertanya perihal Umar, untuk mengambil history. Saya segera berpaut di tiang katil. "Hello!" "Hello!" saya dengar Doktor memanggil. Abang tiba dan saya mengadu sakit kepala.

Saya berjalan ke bahagian luar dan duduk di kerusi menunggu yang disediakan. Kebas serta merta. Air tin yang dipegang di tangan kanan jatuh. "Bibir awak pucat..." Kedengaran suara abang sayup-sayup. "Biddi 'arobai. 'Arobai.." pinta abang kepada petugas hospital. Kata abang, petugas lelaki yang mahu memapah saya. Lama sebelum itu beliau juga mengeluh pening, seperti hendak pitam. Tetapi digagahkan juga untuk menyelesaikan urusan anakanda Umar.


Black-out.

Tika ini hanya otak yang berfungsi. Saya masih sedar, masih conscious. Masih boleh mendengar orang di sekeliling yang kelam kabut.

Tetapi tidak berdaya membalas.

"Nak mati ke aku ni?"
Selawat. Aku kena selawat banyak-banyak. Ingat Allah.
Naluri berbisik.

Sedetik seperti terasa bakal hilang kesedaran secara nyata dan menyeluruh. Out-of-consciousness.

"Allahumma solli 'ala Muhammad... Allahumma solli 'ala Muhammad... Allahumma solli 'ala Muhammad... Allah... Allah... Allah..."

Ya Allah kalau sampai masa aku, beri aku peluang untuk aku tatap wajah Rasulullah sebelum Kau ambil nyawa aku.

Pinta hati lagi.


"...لعلك تراه"

Jelas terngiang-ngiang kata-kata itu. Kata-kata Doktor yang dinukilkan oleh abang kepada saya. Berharap seandainya dapat bertemu dan melihat wajah Rasulullah...

"Hello. How are you? Feeling better?" Tanya Doktor. Saya membuka mata. Tersedar dari pitam. Mengangguk perlahan.

"Awak kenapa? Risau abang. Abang nak pergi tengok Umar sekejap ye?"

"Ingatkan saya dah nak mati dah..." Jawab saya. Dalam hati. Pertama kali mengalami rasanya seperti ini. Pulang ke rumah, kami bercerita. Abang terbaring lesu. Panas suhu badannya. "Macamana agaknya ya abang, sakitnya mati tu? (Arwah) Mizah dah rasa.. Saya ingat saya dah nak mati sungguh. Saya tak fikir orang lain dah, tak fikir anak-anak. Saya fikir diri sendiri sahaja waktu tu..."

Abang diam.


"...انت ستموت عليك ما أنت عليه"


Teringat lagi, kata-kata Doktor di dalam kelas. Kamu akan dimatikan, dengan apa/cara apa yang kamu 'berhidup'...


Mujurlah, di saat genting dan getir, Allah hantarkan hati-hati yang ikhlas berbakti. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Kalian sentiasa di dalam doa. Ujian di tahun akhir, dan pastinya ada hikmah disebaliknya. InshaAllah.


"لا إله إلا الله اين انت الأن ابني الحبيب؟"


Saya tahu dengan membacanya menguatkan semangat dia. Begitu pun juga semangat saya. Alhamdulillah, nikmat di dalam kesakitan. Sungguh, syarat mati adalah hidup. Dan berhiduplah kita dengan amalan kebaikan, untuk bekal di sana nanti.



Catatan selepas 10 hari tarikh kelahiran.
19 April 2016 | 1616 hrs
Bayt 'Ulya, Irbid Jordan.