Friday 24 June 2016

Saya dan kuih raya, berpisahnya tiada.

Hari ini, dah masuk hari ke 19 berpuasa. Lain betul rasa suasana kali ni. Dengan kecoh-kecoh dan riang ria anakanda yang bertiga. Ohh, begini rupanya rasa menjadi ibu yang sebenar. Ahah sebelum ni tak jadi ibu ke? ;p Isya' yang bermula pada jam 9.20 malam, habis terawih sekitar 11.30 malam dan subuh pula seawal jam 3.52 pagi, selalu menjadikan saya lipas kudung yang tidak bertauliah. Seharian sudahlah energy drain. Mana yang melayankan karenah dua orang anak yang sudah mula berpuasa lagi, si kecil Asmaa' yang sekali sekala dan selalunya tiap masa berkepit dan bertempik tak tahu apa yang tidak kena. Oh Subhanallah! Pasti mengundang senyuman di kemudian hari nanti.

Hari ini entah mana datangnya angan-angan ingin membuat kuih raya sendiri. Lintasan tersebut lantas mengingatkan ku kepada siri-siri kenangan ku dan kuih raya. To-be-noted, orang Perak memang panggil kuih raya instead of bahasa standard nya biskut raya hehe. Jangan tak faham pula ye.

Ada suatu masa dahulu pernah sekali entah mana datang kerajinannya, saya berjaya membuat sebanyak 10 jenis kuih raya berseorangan diri. Resipi pastilah dari mak. Membakarnya di waktu tengah malam, sambil menonton televisyen. Almond london, ladam kuda, semperit dan entah kuih apa lagi yang saya buat.

Tahun-tahun selepas itu, pernah juga ada ketikanya saya memandai-mandai sendiri pergi ke rumah kawan mak yang menjual kuih raya. Ternyata saya memang menggemari kuih raya beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya. Pergi bersembang ke rumah Cik Lah di Jalan Nenas, balik meminta duit RM 50 untuk beberapa jenis kuih. Ketika itu hanya berumur 12 tahun hihi.

Dan kali ini, selepas berfikir berkali-kali dan kebetulan adik junior ada yang pulang ke Malaysia - akhirnya saya tewas. 'Terpaksa' meng-order juga Sekut Emjays yang semakin fenomena di seluruh Malaysia sekarang ini. Alhasil dari peringatan tahun lepas tentang kesedapan kuih raya tersebut. Lama sebelum ini pernah berkirim dengan Sal yang kebetulan abangnya datang menunaikan haji. Dan ketika itu kami berada di Makkah. Maka saya dapatkan stok dari agent di Kelantan, bukan orang lain pun senior di UIA sendiri iaitu Kak Ac.

Sekut Mashmell
Sekut Brownee
Sekut Mutiara
Sekut Blondee *New!!*

Kali ini, kebetulan adik junior tersebut tinggal di Kuantan, kami mencari agent di Kuantan dan kami membeli dari Solehah, junior di UIA dan DQ. Alhamdulillah 4 balang sekut Emjays selamat tiba dan mendarat di bumi Jordan dengan jayanya. Tapi terpaksa tidak dibuka lagi bimbang tidak berkesempatan hingga ke Syawal hehe.

"Biar Lidah Berbicara..."


Sekian.



Catatan kenanganku dan kuih raya ;)


24 Jun 2016 | 1034 hrs
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan. 

Thursday 9 June 2016

Sakura Irbid, 2013 : Export dari anr-rahmat.com

Alhamdulillah, atas nikmat Iman dan Islam. Nikmat kesihatan, dan umur yang panjang. Semoga semua nya dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengabdian terhadap Nya. Alhamdulillah, tahun ni adalah tahun ke dua dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan, bunga sakura. Kecil dulu, cuma admire di dalam gambar je. Tak sangka dah ada anak, baru boleh lihat depan mata. Tsumma Alhamdulillah, pokok bunga sakura ni betul-betul di hadapan rumah kami yang baru. Setiap hari nak ke kelas, buka pintu dan nikmati keindahan sakura. Subhanallah!

Mari, menikmati keindahan ciptaan Ilahi :')

 Bunga sakura yang masih malu meow-meow nak tunjuk diri :)
This is on 10th February 2013.


 Subhanallah, cantik kan :')

 Ada sekuntum dua di kalangan yang malu-malu kucing nak blooming, dia dah bloom dulu.
Ini mungkin spesis kakak sulong :D

 Subhanallah!

 Subhanallah. Gambar ini saya rakam pada waktu petang selepas habis kelas.
Mencicit lari masuk ke rumah bila ada syabab arab yang lalu. Seram, suami jauh -_-"
Gambar di rakam pada 20 Februari 2013. Sepuluh hari selepas gambar di atas di rakam.

Nikon D5100 | Focal Length 55.0 | 1/200s | f/11 | ISO 200

 Nampak beza kan, sekarang sampai waktu Sakura blooming, dah tak malu meow-meow.

  Sakura; seindah nama, setenang jiwa.
Subhanallah ciptaan Mu maha Agong!



 Buat keluarga di Malaysia, ini Sakura untuk tahun ini. Tahun hadapan ada umur kita snap lagi ;)




umm3umar
1.59 am
22 February 2013
Baytul 'Ulya. Irbid. Jordan

Monday 6 June 2016

1 Ramadhan 1437H - Tinta dari Irbid

Alhamdulillah.

Our second Ramadhan di bumi Jordan. Last year, sempat lah 10 hari berpuasa di Irbid, sebelum bergerak pulang ke Makkah menyambut mak ayah yang menunaikan umrah Ramadhan dan sempat Syawal beberapa hari. Alhamdulillah.

Tahun ini terasa kelainan. Malam tadi kami sekeluarga jalan-jalan tinjau kawasan. Lip lap lip lap lampu di hampir setiap rumah. Meriah sungguh suasana. Kalau di Malaysia, macam ni dah nak raya. Sengaja berjalan waktu malam melihat kemeriahan mereka. Ada yang berkumpul di halaman rumah dengan meja bulat - dari yang muda sampai yang nenek tua. Apalah agaknya yang disembangkan ye? :)

Tahun lepas tak dapat nak lawat kawasan memandangkan baru sahaja melahirkan Asmaa' dan masih berpantang. Jadi cuma abang je lah yang buat tinjauan. Macam biasa, makanan yang banyak dijual dan famous pastilah qutoyyif dan tamar hind. Gambar? Tak dak. Nanti petang kita buat tinjauan ramai-ramai ye :)

Umar, Alhamdulillah mudah nak kejut eventhough dia tidur lewat. Kakak, dengan kepanasan dan hangatnya cuaca sekarang ni kakak tidur lambat. Dan as expected dia tak mampu nak bangun bersahur. Tapi, tapi. Setakat pukul 1 tengahari ni belum lah lagi dia menjerit nak kan nasi ;p Pagi tadi kita bersahur express. Makan nasi - ikan tilapia goreng - dan tumis sayur. Berselera semua orang makan, termasuk lah yang off-day mem nya pun uhhu. Tak dapatlah nak ikut resipi diet yang macam-macam tu. Tekak melayu ni tetap nak kan nasi juge. Bonda di Malaysia awai-awai dah pesan, yang tak puasa tu jangan makan depan anak-anak pulak. Nanti terganggu pula emosi mereka nak fokus pada puasa.

'Ala kulli hal. Semoga Ramadhan dapat dilalui dan dimanfaatkan sebaiknya.


Ihsan google





Ramadhan kareem everyone.

Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
6 Jun 2016 | 1335 hrs