Tuesday 24 March 2015

Sebulan bertungkus lumus!

Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

Sebulan sudah tempoh keberadaan kami di Irbid - semenjak pulang dari Mekah. Sebulan ummi bertungkus-lumus ke kelas berjalan kaki setiap pagi meredah kesejukan, bersama dua orang anak yang tercinta. Ada masa-masanya ummi memohon pertolongan adik se batch untuk bantu ummi. Usia kandungan yang mencecah ke 28 minggu. Berjalan seharian pergi dan balik kuliyyah 4 km adakala melumpuhkan kudrat ummi. Namun Alhamdulillah, walaupun kelas pada semester ini bermula jam lapan pagi pada setiap hari, perlu berperang mengejutkan anak-anak seawal tujuh pagi, tidak pernah lagi saya ponteng ke kuliyyah. Alhamdulillah. Semoga berkat setiap langkah perjalanan kami, dan semoga berkat setiap duit-duit yang disumbangkan kepada kami. Saya bertanggung jawab di atas stiap pemberian yang disalurkan agar digunakan sebaiknya.

Minggu ini telah bermula imtihan awwal / first exam. Saya sendiri telah melepasi dua subjek iaitu Fiqh Ibadat 1 pada Isnin lepas dan Ahkam Tarikat wal Mawarits pada hari ini. Alhamdulillah. Berbaki tiga lagi peperiksaan iaitu Takhrij Hadits pada Khamis ini, Muamalat Maliyah wal Mu'asoroh Sabtu ini dan Sihhah Ammah pada Isnin minggu hadapan.

Kemudian pada bulan April akan bermula imtihan tsani / second exam seawal 11 haribulan untuk subjek Bahasa Arab 101 - berkomputer. Diteruskan dengan lima subjek lain sekitar 20-27 haribulan.

Dan akan menghadapi final exam pada hujung Mei bermula 28/5 sehingga 6/6. Kemudian akan pulang kembali ke Makkah bi iznillah. Hajat semoga dapat menunaikan solat tarawikh dan berpuasa Ramadhan di Makkah. Doakan kekuatan dan kesihatan yang sempurna. Semoga kita sama-sama diberikan rezeki yang luas untuk sentiasa berkunjung ke Baitullah al-Haram :)


1821 hrs | 24 March 2015
Post-Maghrib.
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.

No comments:

Post a Comment