Thursday 9 April 2015

Throwback 28 tahun yang lalu : Selamat Hari Lahir - ke 29 Ummi Rokhaizat Rahmat !!

Bismillah.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Masih hidup bernafas dengan tenang di muka bumi Jordan ini bersama dua teman kecil; 'Umar 'Abdul 'Aziz dan 'Ulya serta the one inside yang InshaAllah-jika di izin Allah- akan keluar melihat dunia menjelang Ramadhan ini nanti.

Hari ini genap 29 tahun usiaku mengikut kalendar Masihi. Tiada apa yang berbeza dari hari yang selainnya. Cuaca mendung sejak keluar ke kelas awal 7.30 pagi tadi. Pulang pada sekitar jam 12.30 tengahari dengan hujan yang renyai-tenyai. Terbatal hasrat untuk ke sekitar Zam-Zam membeli ayam dan telur. Hajat di hati ingin membuat nasi ayam sempena hari kelahiran hari ini. Menu biasa pada orang biasa. Tapi saya dah lama tak rasa, nasi ayam air tangan sendiri. Rasa istimewa bila kita cuba untuk hargai apa yang ada.

Kek?

Dah lama lupa. Kali terakhir menyambut dengan adanya kek adalah pada tahun satu, kira-kira tiga tahun yang lalu. Ketika itu 'Ulya baru berusia lima (5) bulan. Dan abang also was here, belum transfer ke Umm Al-Qura lagi. First time kami ke kedai 'mahal' di Irbid ni. Makan kek berbentuk hati di Mango. Dan hadiah perfume berkotakkan bunga ros dari abang, masih saya simpan hingga ke hari ini.

Dan tahun-tahun seterusnya saya membawa diri menguatkan semangat, menghadapi segala onak ranjau kehidupan. Dengan kata-kata nista orang-orang yang dengki. Dengan motivasi dan inspirasi dari mereka yang memahami. Pelbagai rasa bercampur baur, mengharungi realiti kehidupan ini.

29 tahun pada hari ini, terlalu banyak memori lalu,
28 tahun yang cukup indah untuk di kenang!

Saya berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran bersama (Allahyarhamhu) Ustaz Haji Bistaman bin Md. Yatim seawal usia tujuh (7) tahun. Dan menjadikan saya murid tercilik yang khatam bersamanya sehingga dia meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 2 June 1995.

Berpindah kemudiannya dari Kotaraya sesak Kuala Lumpur ke kampung di Meru, Klang pada umur 11 tahun pada 1997. Mak dan ayah berusaha mencarikan duit, mengumpul dan mendaftarkan haji untuk kami sekeluarga. Tanggal 28 Februari 1999 kami sekeluarga bersama arwah opah, arwah mbah lanang dan mbah wedok berangkat menunaikan haji. Direzekikan wuquf pada waktu itu jatuhnya pada hari Jumaat, dan kembali ke tanah air pada 11 April 1999. Pertama kali menunaikan haji, pertama kali ke luar negara, dan pertama kali menyambut hari lahir di Kota Suci Makkah. Pada usia 13 tahun :)

Alhamdulillah meneruskan persekolahan di SAMT Batu 38 Sabak Bernam sehingga ke Tingkatan Empat sebelum kemudiannya berpindah ke SAMT Hisamuddin Kg. Jawa Klang. Dengan result SPM yang biasa-biasa sahaja, saya ditawarkan melanjutkan pengajian ke Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Dua tahun di sana sudah cukup untuk membuatkan saya jatuh cinta dengan rakan-rakan kenalan yang datangnya dari bumi barakah Darul Quran. Saya juga menyimpan cita-cita melanjutkan pelajaran ke University Umm Al-Qura Makkah, sebaik sahaja ada rakan sekelas yang di terima masuk ke sana.

Short-Sem di MainCamp Gombak berbaki beberapa waktu ketika saya menerima tawaran menyambung pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran JAKIM yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Bergegas ayah menghantar saya masuk ke sana. dengan harapan anak yang tunggal inilah yang akan bisa menyelamatkan nya 'di sana' nanti.

Tiga tahun berlalu dan saya direzekikan Tuhan bertemu dengan calon suami pilihan Allah, yang sudi membantu untuk menjadi mahram, sekaligus merealisasikan impian memohon menyambung pengajian ke Umm Al-Qura University, Makkah. Kami bernikah pada hujung Oktober, 29 2008 ketika saya di semester terakhir, tahun terakhir di Darul Quran. Siangnya bernikah, malam nya sudah berada di Darul Quran menjalani hari-hari seperti biasa :)

Fitnah melata bila ada mulut-mulut celupar yang membawa cerita. Saya dikatakan sering 'bergayut' dengan jantan. Saya dikatakan itu. Saya dikatakan ini. Dan kemuncak nya saya dimalukan di dalam kelas tasmik selama dua jam kelas tasmik oleh guru tasmik saya sendiri. Akibat dari mulut-mulut yang tidak punya insuran. Alhamdulillah semuanya telah berlalu dan hari ini, semuanya terbukti saya di pihak yang benar.

Setahun, dua tahun, tiga tahun menantikan surat tawaran Umm Al-Qura yang tidak kunjung tiba. Bermacam-macam tohmahan di telan. Ada yang mengatakan hati saya busuk, sebab itu tidak di terima belajar di MESIR. (Perhatian : Tak pernah seumur hidup isi borang belajar di Mesir ye!) Ada yang mengatakan title Hafizah dan Hajjah ini begitu begini. Al-Quran yang dihafaz, dijadikan mainan hinaan oleh mulut-mulut yang tidak beradab. Allahu. Hanya Dia tempat mengadu.

Di usia 28 tahun akhirnya dengan izin, dengan redha dan dengan rahmatNya jua saya AKHIRNYA ditawarkan melanjutkan pengajian di university idaman, university impian sejak sekian lama. University Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah, Cuma, tawaran datang ketika saya hanya berbaki beberapa semester untuk dihabiskan di University Yarmouk, Jordan.

Bernikah dan selesai mengkhatamkan hafazan Al-Quran di usia 22 tahun.

Majlis walimah pada usia 23 tahun, dan mengandung anak pertama.

Melahirkan anak pertama pada usia 24 tahun.

Menyambung pengajian ke peringkat degree pada usia 25 tahun, dan melahirkan anak kedua.

Menerima tawaran pengajian ke Umm Al-Qura Makkah pada usia 28 tahun, dan tahun yang sama mengerjakan (badal) haji bersama suami buat kali pertama, juga berwuquf di Arafah pada hari Jumaat. Serta menerima khabar gembira mengandungkan anak ketiga sejurus selepas pada musim haji.

InshaAllah -jika diizin Allah- akan melahirkan anak ketiga di usia 29 tahun ini, tempoh dua bulan dari sekarang. InshaAllah. Semoga terus dipermudahkan di dalam segenap perkara dan urusan yang dilalui.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guruku;

Suami, mak ayah, anak-anak. sahabat sahabiah yang sentiasa di sisi menemani.


Selamat hari lahir yang ke-29 ummi Rokhaizat!
Semoga Allah rahmatimu selalu.


9 April 2015 | 1337 hrs
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan

* I love everyone who stand by my side *
* 29 weeks 5 days *
* 2 sem 1/2 left before graduate *
* Allah yusahhil umri! *

No comments:

Post a Comment