Thursday 15 October 2015

Salam Maal Hijrah

Jurnal 1 Muharram 1437H
Maal Hiijrah dari Bumi Syam

Alhamdulillah. Sempena maal hijrah ni, blog ni pun berwajah baru. I just loved this new template, rasa macam masuk rumah baru gitu. Roses always made my day. Alhamdulillah :)

Hari ni kami beriadhah di Jamiah Yarmouk sahaja membawa anak-anak bermain, berlari, dan menjerit sepuas hati. Lama menanti saat seperti ini. Beriadhah petang-petang bersama anak-anak ditemani suami. Selalunya kami sahaja lah, memandangkan abi nya jauh di Makkah. Dan sebenarnya bukan selalu pun, sebab saya tak berani keluar kalau tiada urusan yang benar-benar penting atau mendesak. Jika di Malaysia pun tidak selamat, jenayah yang berlaku tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kepada pihak keluarga dan mangsa, apatah lagi lah di Jordan sini. Berapa kes sangat lah yang menang di mahkamah. Apa sangat lah orang luar @ foreigner ini di mata mereka. Jadi, keselamatan harus menjadi soal utama keberadaan saya di sini bersama anak-anak tanpa muroqib sepanjang hayat kami.

Normal bila masuk tahun baru mesti orang akan tanya apa azam baru. Saya secara jujurnya tak pernah ada azam sempena tahun baru atau sempena apa-apa perayaan atau tarikh-tarikh tertentu sekalipun. Mungkin ada bagusnya bagi mereka yang boleh ikut timeline dan deadline tertentu. Jadi azam baru sebagai pemangkin semangat bagi mereka untuk melakukan dan memulakan titik perubahan dalam diri mereka dan kehidupan mereka. Tetapi saya? Saya bergantung kepada impian, angan-angan dan cita-cita saya yang selalu berubah. *haha*

Impian saya untuk duduk di Makkah, Alhamdulillah. Sebenarnya sudah tercapai bermula setahun yang lalu bila kami berjaya dengan izin dan rahmat Tuhan selepas sahaja dikurniakan iqomah atau residents visa setelah dua tahun sebelumnya memohon. Cuma atas sebab masih perlu meneruskan pengajian di bumi Syam, tanah yang bersalji tika musim sejuk ini menyebabkan kami hanya berulang-alik ke Makkah pada waktu cuti semester. Syarat untuk menghidupkan tempoh iqomah : residents card valid for 6 months kalau stay abroad. Maksudnya dalam tempoh 179 hari re-entry visa kami dikeluarkan, kami perlu masuk semula ke Saudi. Begitulah ceritanya. Faham ke terang pepanjang ni? Hehe...

Impian saya untuk belajar di University Umm Al-Qura, Makkah. Sebenarnya kalau ikutkan hampir tercapai juga dah. Sebab last year dapat dah offer letter dari UQU. Mahal tu harga dia. Anak dah nak masuk tiga baru nak dapat ;p Apply dari lepas nikah kot. Bertahun-tahun tunggu. Begitupun, sekali lagi nak jadi asbab nya, tawaran itu datang setelah saya hanya berbaki 2 semester sahaja lagi pengajian di University Yarmouk, Jordan. Peluang keemasan yang datang --- tapi saya pilih nak habiskan di Yarmouk? Sesungguhnya kehidupan kita ini banyak persimpangannya. Kita selalu terpaksa membuat dan memilih keputusan di antara dua perkara yang penting dalam hidup kita. Semoga apa yang saya pilih ini selari dengan apa yang direncanakan oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Impian saya untuk melihat mak dan ayah dapat mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan. Juga telah tertunai pada Ramadhan baru-baru ini. Impian ini saya tanam dan angan-angankan sudah lama, sebelum bernikah lagi. Saya ingat, saya taip, print dan simpankan ia di dalam plastic file folder - bersama dua, tiga lagi angan-angan dan impian yang ingin saya capai pada waktu tertentu. Oh, time ni rasa rindu bilik saya di Malaysia sana. Rindu katil dan bantal saya. Rindu bilik purple pink yang ayah cat kan dengan kasih sayang nya waktu majlis perkahwinan saya bakal berlangsung beberapa tahun dulu. Rindu langsir bilik itu yang saya jahitkan sendiri dengan tangan yang tidak menurun seni mak ini. Ah. Rindu Malaysia!

Dan impian terbesar saya memperolehi seorang suami soleh, yang menyayangi saya dan keluarga saya apa adanya kami juga sebenarnya telah lama tercapai dan dianugerahkan oleh Allah kepada saya tanpa saya kadangkala sedar. Subhanallah!


... to be continued



Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
2337 hrs
15 Oktober 2015

No comments:

Post a Comment