Saturday 10 October 2015

Cerita yang tertangguh

Bismillah.

Tertangguh entri sejak sekian lama. Entri terakhir adalah sebulan sebelum melahirkan anakanda ketiga kami, ASMAA' BINTI MUHAMMAD NUR AMIR. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Tiada kata yang dapat diucapkan. Segalanya berlaku ada hikmah yang tersendiri. Asmaa' lahir pada hari Jumaat, ketika abi sedang bersolat Jumaat, selepas sehari tiba dari Makkah. Tsumma Alhamdulillah. Akan ummi ceritakan perjalanan pada hari tersebut di entri yang lain satu masa nanti bi iznillah.

Bulan yang sama dikejutkan dengan pemergian sahabat tercinta dunia akhirat, Allahyarhamha Nurhamizah Mohd Shariff. Sehingga ke hari ini masih merindui senyuman nya, celoteh nya dan saat mengimbau kenangan ketika di Darul Quran. Orang yang baik, lekas sahaja dijemput Tuhan. Entah bila masaku akan tiba. Tidak sabar rasanya bertemu Tuhan!

2 Mei mencatatkan berita pemergian Hamizah ke pangkuan Ilahi dan 29 Mei Asmaa' lahir menjengah dunia. 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan kelahiran (EDD) yang sepatutnya iaitu pada 21/6/2015. Apapun, syukur di atas segala ketentuan Nya.

25 Jun 2015, kami berangkat pulang ke bumi Makkah. Seperti biasa perjalanan melalui jalan darat, seharian menaiki bas. Setakat ini itulah yang termampu buat kami sekeluarga. Digagahkan juga diri walau dalam berpantang. Untuk menyambut kedatangan mak dan ayah untuk ber-Ramadhan dan ber-Syawal di Makkah.

Mak ayah tiba pada 29 Jun 2015 dan pulang ke Malaysia pada Syawal yang keempat. Masih terasa pelukan hangat mereka ketika kami menghantar mereka ke Airport Jeddah sebelum pulang ke Malaysia.

Meneruskan perjalanan dan kehidupan di bumi Makkah, memaknakan hari-hari yang berlalu dengan mengisi masa-masa kosong di Masjidil Haram. Alhamdulillah.

Abang mula mendaftar untuk semester seterusnya, sebelum bercuti semula sempena Aidil Adha. Alhamdulillah tahun ini kami masih bersama-sama mengerjakan haji seperti tahun sebelumnya. Beza kali ini membawa bersama anakanda Asmaa' yg berusia 3 bulan lebih. Alhamdulillah perjalanan haji yang mudah, InshaAllah akan dituliskan di entri yang khusus jika di izin Tuhan.

Selesai nafar awwal, kami bergegas pulang ke Jordan untuk saya meneruskan baki semester tahun terakhir berada di sini. Maha Suci Allah, diberi kekuatan dan ketabahan, dimudahkan segala urusan. Kali ini kami balik berlima. Abang turut sama berada di sini menemani, membantu untuk sama menjaga anak-anak yang bertiga. Alhamdulillah.

Mendaftar untuk 6 mata pelajaran seperti sebelum nya, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah untuk lulus kesemua subjek dan menghabiskan baki 1 semester panjang (Feb-Mei) dan 1 semester pendek (Jun-Ogos) sebelum bergelar Graduan jurusan Syariah (Fiqh Usul) Universiti Yarmouk, Jordan. InshaAllah.

Doakan saya dan keluarga!
Sehingga bertemu kembali.



Rokhaizat binti Rahmat
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
1612 hrs | 10 October 2015

No comments:

Post a Comment