Friday 24 June 2016

Saya dan kuih raya, berpisahnya tiada.

Hari ini, dah masuk hari ke 19 berpuasa. Lain betul rasa suasana kali ni. Dengan kecoh-kecoh dan riang ria anakanda yang bertiga. Ohh, begini rupanya rasa menjadi ibu yang sebenar. Ahah sebelum ni tak jadi ibu ke? ;p Isya' yang bermula pada jam 9.20 malam, habis terawih sekitar 11.30 malam dan subuh pula seawal jam 3.52 pagi, selalu menjadikan saya lipas kudung yang tidak bertauliah. Seharian sudahlah energy drain. Mana yang melayankan karenah dua orang anak yang sudah mula berpuasa lagi, si kecil Asmaa' yang sekali sekala dan selalunya tiap masa berkepit dan bertempik tak tahu apa yang tidak kena. Oh Subhanallah! Pasti mengundang senyuman di kemudian hari nanti.

Hari ini entah mana datangnya angan-angan ingin membuat kuih raya sendiri. Lintasan tersebut lantas mengingatkan ku kepada siri-siri kenangan ku dan kuih raya. To-be-noted, orang Perak memang panggil kuih raya instead of bahasa standard nya biskut raya hehe. Jangan tak faham pula ye.

Ada suatu masa dahulu pernah sekali entah mana datang kerajinannya, saya berjaya membuat sebanyak 10 jenis kuih raya berseorangan diri. Resipi pastilah dari mak. Membakarnya di waktu tengah malam, sambil menonton televisyen. Almond london, ladam kuda, semperit dan entah kuih apa lagi yang saya buat.

Tahun-tahun selepas itu, pernah juga ada ketikanya saya memandai-mandai sendiri pergi ke rumah kawan mak yang menjual kuih raya. Ternyata saya memang menggemari kuih raya beliau setiap kali berkunjung ke rumahnya. Pergi bersembang ke rumah Cik Lah di Jalan Nenas, balik meminta duit RM 50 untuk beberapa jenis kuih. Ketika itu hanya berumur 12 tahun hihi.

Dan kali ini, selepas berfikir berkali-kali dan kebetulan adik junior ada yang pulang ke Malaysia - akhirnya saya tewas. 'Terpaksa' meng-order juga Sekut Emjays yang semakin fenomena di seluruh Malaysia sekarang ini. Alhasil dari peringatan tahun lepas tentang kesedapan kuih raya tersebut. Lama sebelum ini pernah berkirim dengan Sal yang kebetulan abangnya datang menunaikan haji. Dan ketika itu kami berada di Makkah. Maka saya dapatkan stok dari agent di Kelantan, bukan orang lain pun senior di UIA sendiri iaitu Kak Ac.

Sekut Mashmell
Sekut Brownee
Sekut Mutiara
Sekut Blondee *New!!*

Kali ini, kebetulan adik junior tersebut tinggal di Kuantan, kami mencari agent di Kuantan dan kami membeli dari Solehah, junior di UIA dan DQ. Alhamdulillah 4 balang sekut Emjays selamat tiba dan mendarat di bumi Jordan dengan jayanya. Tapi terpaksa tidak dibuka lagi bimbang tidak berkesempatan hingga ke Syawal hehe.

"Biar Lidah Berbicara..."


Sekian.



Catatan kenanganku dan kuih raya ;)


24 Jun 2016 | 1034 hrs
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan. 

No comments:

Post a Comment