Monday, 21 March 2016

March : Time For Spring

Bismillah.

1. Imtihan awwal / first exam / peperiksaan pertama telah berakhir dan selesai pada Khamis, 17 March 2016 baru-baru ini. Lima daripada enam mata pelajaran telah mendapat markah, dan Alhamdulillah semuanya menakjubkan. Termasuklah Qawaid Fiqhiah, menakjubkan dengan markah yang agak rendah berbanding empat matapelajaran yang lain. Tak apa, kita usaha untuk seccond dan final exam nanti bi iznillah :)

2. Bulan March sinonim dengan musim bunga. Beberapa minggu lepas kami sekeluarga telah menjalankan aktiviti sight-seeing, by walking di sekitar Syari' Iskan, Hadhanah Zahrah El-Laymoon. Hari lainnya kami beraktiviti di dalam Universiti Yarmouk. Aktiviti menjejak bunga Sakura dan bunga-bungaan yang lain. Sambil anak-anak berlari riang di dalam kawasan universiti yang kosong pada hari cuti.

3. Cuaca masih agak sejuk dengan adakalanya berselang-seli turunnya hujan. Adat kebiasaannya akan kata 'cuaca tengah pening-pening' di mana seminggu panas, seminggu sejuk, seminggu sejuk sangat, eh tiba-tiba panas terik pulak. Ini biasa bagi penduduk di sini, menandakan petanda akan bertukar cuaca. Sebelum ini musim sejuk dengan sekali kehadiran si putih salju aka salji, akan bertukar ke musim bunga, kemudiannya luruh dan seterusnya musim panas pada Ramadhan nanti. Begitulah cycle nya setiap tahun.




4. Hari ini tarikh 21 March 2016 merupakan Hari Ibu / Mother's Day di peringkat Negara Jordan. Selamat Hari Ibu buat diri sendiri, mak dan mak mertua serta semua ibu-ibu hebat di seluruh dunia ;) Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan amalan yang dilakukan diberkati, diredhai dan mendapat ganjaran yang selayaknya oleh Allah Swt berdasarkan apa yang diniatkan.

5. Berbaki 5 bulan untuk menghabiskan sisa pelajaran di bumi Syam Jordan, InshaAllah.




Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
21 March 2016 | 1334 hrs

Wednesday, 17 February 2016

Semester Baru / Fasal Tsani : 9 February - 31 Mei 2016

Bismillah Walhamdulillah.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga semakin hari, semakin bertambah keimanan kita kepada Rabb, Pencipta sekalian alam. Alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanah syam, Irbid Jordan pada 13 Februari yang lalu. Kali ini memilih syarikat lain untuk menaiki bas pulang dari Makkah terus ke Irbid. Syarikat Al-Muttahidah yang bertempat di Syari' Hajj menjadi pilihan. Kami bergerak pulang dari Makkah sekitar jam 3 petang pada Jumaat 12 Februari. Singgah di Jeddah dan Madinah untuk mengambil penumpang. Bas yang agak buruk tidak seperti Bas Saptco mahupun JETT. Tandas yang tidak boleh digunakan. Laluan yang berbeza dan selang waktu yang sekejap untuk berhenti makan. Keluar masuk hudud juga bukan hudud yang biasa seperti sebelum-sebelum ini di Hudud Mudawwarah (Jordan) mahupun Hudud Manfaz Halah 'Ammar (Saudi). Kali ini buat kali pertama dan moga kali terakhir, melalui Hudud Manfaz Al-Haditsah (Saudi) dan Hudud Al-'Umari (Jordan). Namun Alhamdulillah, segalanya tetap berjalan dengan baik. Pengalaman baru Alhamdulillah.

Semester ini mengambil enam mata pelajaran, lima daripadanya bermula seawal 8 pagi hingga ke 1 petang, dan satu subjek pada Isnin dan Rabu pada jam 11-12.30 tengahari. Cuaca yang agak baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk semenjak ketibaan kami ke Irbid sedikit sebanyak membantu kami menguruskan anak-anak. Dan semester ini, suami mengambil peluang untuk mustamik / menjadi pendengar di dua kelas pengajian Master dan lima kelas setakat ini di peringkat pengajian Degree. Dan kami mengambil keputusan untuk kembali menghantar 'Umar dan 'Ulya ke Raudhah / tadika dan memasukkan Asmaa' ke Hadhanah. Bangunan yang sama cuma di bilik yang berbeza. Semoga mereka bertiga mendapat manfaat dari sesi persekolahan kali ini terutamanya dapat mendalami Bahasa Arab dengan lebih baik. InshaAllah.

Semester ini pastinya menjanjikan semester yang agak mencabar kerana ia merupakan semester kedua terakhir InshaAllah sebelum saya menghabiskan baki lima matapelajaran untuk semester musim panas pada Jun-Ogos nanti. Kali ini mengambil empat matapelajaran core-course dan dua mata pelajaran lain iaitu :

1. Qawaid Fiqhiyah : Dr. Ibrahim Al-Jawarneh
2. Riadhah Fi Hayatina
3. Usul Fiqh 3 : Prof. Dr. Abdul Jalil Dhamrah
4. Tarbiah Wataniah
5. Asalib Bahas : Dr. Zakaria
6. Fiqh Al-Qadha' : Dr. Musa Al-'Umari

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Tuhan, dengan izin dan rahmat dariNya. Suami dapat menangguhkan pengajiannya sekali lagi untuk semester ini, ta'shirah khuruj audah (re-entry visa) Saudi dapat dipanjangkan tempoh hingga setahun / sanah kamilah berbanding hanya enam bulan sahaja sebelum ini dan iqamah Jordan selesai dengan tempoh expired sehingga December 2016. Mudah-mudahan tiada apa masalah ketika selesai menamatkan pengajian dan bakal pulang 'back for good' pada September nanti :)

Sekian untuk kali ini.
Doakan kecemerlangan kami di bumi anbiya' ini.


Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
17 February 2016 | 1815 hrs

Monday, 25 January 2016

Welcome 2016!

Bismillah Alhamdulillah.

Apa khabar semua? :) Semoga masih tidak terlambat untuk meninggalkan memori di ruangan blog ini. 25 hari telah berlalu untuk bulan pertama bagi tahun 2016. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan semester pertama dengan 'hiruk-pikuk' dan riang-ria bersama naak-anak ceria saya yang tiga orang tersebut.

With no repeat paper.

Alhamdulillah! Segalanya dimudahkan oleh Allah, dengan bantuan suami, doa mak ayah, pengorbanan anak-anak dan pastinya doa-doa senyap dari kalian yang menyokong secara diam-diam. Terima kasih untuk kita semua. Perjalanan masih berbaki satu semester setengah lagi di Bumi Syam Jordan ini. Dengan izin Allah. Enam subjek telah didaftarkan untuk semester kedua nanti yang akan bermula pada 7 Februari dan berakhir sekitar hujung Mei. Dan berbaki 5 subjek untuk semester terakhir pada Soifi / Summer Sem bermula 19 Jun sehingga Mid-August. InshaAllah.

Kali ini, masih dengan core-course yang perlu dihabiskan bersama dua subjek pilihan dan teras Universiti.

1. Qawaid Fiqhiyah - Dr. Ibrahim Al-Jawarneh
2. Riyadhah Fi Hayatina
3. Usul Fiqh 3 - Prof. Dr. Abd. Jalil Al-Dhamrah
4. Tarbiah Wataniah
5. Asalib Bahas - Dr. Asma' Bani Khalid
6. Fiqh Qadha' - Dr. Muhammad Ali Muhammad Ali Al-'Umari

Dan saya bercadang, untuk memohon menambahkan satu lagi subjek teras Fakulti Syariah iaitu Tilawah 2. Jadi, mudah lah sikit di semester terakhir hanya berbaki empat subjek yang perlu dihabiskan dengan jangka masa yang pendek. (Short sem)

Mudah-mudahan dipermudahkan.

Diam tak diam, hampir lima tahun menghuni di Bumi Syam Urdun (Jordan) . Sekarang ini, masih lagi berada di dalam waktu musim sejuk atau orang arab sebut sebagai Syita'. Dua tiga malam ini hujan turun mencurah-curah dengan angin yang agak kuat. Subhanallah. Tanda-tanda bumi ini bakal dihujani dengan salji seputih salju. Menurut ramalan, salji akan turun di bumi Irbid ini menjelang esok hari. InshaAllah. Harapnya, kali terakhir lah merasai pengalaman bermain salji untuk Bachelor Degree ni :)

'Ala kulli hal, 2015 meninggalkan pelbagai kenangan dan perlu dimuhasabah bagi setiap sesuatu kemusykilan yang berlaku. Ahlan 2016! Umurku bakal menginjak ke 30 tahun pada April ini nanti, bi iznillah jika dipanjangkan umur.




Looking for the wonderful 2016.
Rokhaizat Rahmat
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.
1422 hrs | 25 January 2016

Tuesday, 22 December 2015

Summarization For The Year of 2015

Bismillah.

Tahun 2015 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Menyaksikan hanya beberapa post dapat didokumentasikan di dalam blog ini. Target satu bulan satu post tidak mencapai sasaran. Terlalu sibuk? Mungkin. Catatan lebih banyak tertulis di dinding Facebook di mana ia lebih cepat dan lebih mudah untuk di akses. Apa yang terfikir, itu yang tertulis. Ayat slumber, ayat jenaka, ayat marah, perenggan panjang, cerita pendek. Mudah!

Namun saya percaya, blog lebih melatih seseorang untuk menulis dengan baik :p

2015 yang berlalu.
Ingin saya dokumenkan kisah ringkas yang berlaku, sekadar di dalam ingatan yang lemah ini.

JANUARI
#1 Pemergian sahabat kami di dalam suatu kemalangan di Tabuk, Utara Saudi. Dimakamkan di Perkuburan Baqi' Al-Gharqad, Madinah Al-Munawwarah. Sesungguhnya dia mencintai Madinah, dan Madinah juga mencintainya.

Allahyarhamhu Khairun Nasirin bin Mohamed Nor Al-Hafiz
13 Februari 1987 - 14 Januari 2015

#2 Fenomena drama mendapatkan muwafaqah di Wizarah Dakhiliyah Amman. Hati manusia milik Tuhan. Walau sekeras dan semalas mana pun general mukhabarat yang bernama Khalid itu, akhirnya lembut dengan kuasa Tuhan. Well, sebenarnya dengan campur tangan wazir juga.

FEBRUARI
Pulang ke Makkah seperti yang dijadualkan pada 1hb. Dan kembali semula ke Irbid pada 23hb. Me -with 23 weeks of pregancy- bersama dua orang kanak-kanak riang. Bertabah dan sungguh gigih membawa diri bersama dua orang my super-duper hero dan heroin. La ni rasa macam tak percaya I went through the 24 hours journey by bus tanpa abang!

Jordan dan Saudi dah macam KL dengan Klang.

MAC
Start dengan imtihan awwal. Enam subjek seperti sebelumnya. Nak kejar target grad on Summer 2016. Bi iznillah. Those six subjects were:

1. Bahasa Arab (1) - Dr. Ahlam
2. Ahkam Tarikat - Dr. Yusuf Asy-Syarifain
3. Muamalat Iqtisod Maliyah Al-Mu'asiroh - Dr. Zakariya Shathnawi
4. Fiqh al-Ibadat (1) - Dr. Randah Al-'Umari
5. Takhrij Hadits - Dr. Abd. Rahman At-Towalbeh
6. Sihhah Ammah (General Health) - Dr. Wisam Khatib

APRIL
Early April kita dapat demam-demam, diarrhea yang teruk plus vomitting. Seminggu skip kelas. Finally ke Mustasyfa Ibn Nafis lah saya menghantar diri. Selepas 1 pain iv drip, rasa lega. So the next week datang kelas rasa berdosa dan bersalah habis sebab tak pernah sepanjang hayat di Yarmouk ponteng kelas berturut-turut! This third pregnancy agak mencabar walaupun dah semakin ke penghujung trimester. Kuat! Kena kuat. Baby is coming all the way.

MEI
#1 Pemergian sahabat tercinta, terkasih dunia akhirat di dalam suatu kemalangan di Langkawi. Kisah Qurratu Ain Ketua Bidadari Syurga mula viral di media sosial. Dia istiqomah mengenakan pemakaian berniqab sehingga ke hujung nyawa nya. Dan cerita bagaimana Allah 'memelihara' wajahnya dari dilihat ajnabi dengan kejadian-kejadian yang mungkin secara kebetulan tetapi sebenarnya taqdir Tuhan ketika beliau dikebumikan menambah keyakinan itu adalah 'bahagian' terbaik dari sisi ganjaran sepanjang kehidupannya. Beliau dikebumikan di waktu hening tahajjud, pun begitu ramai jemaah surau yang menyempurnakan solat jenazah buat nya.

Allahyarhamha Nur Hamizah Mohd Shariff Al-Hafizah
29 Disember 1986 - 2 Mei 2015

#2 Kelahiran anakanda ketigaku seorang lagi puteri. Dilahirkan pada hari Jumaat, Subhanallah sebaik-baik kelahiran, memudahkan dan menenangkan. 67 ayat dari Surah Al-Kahfi berjaya di baca dalam diri melawan kesakitan mahu melahirkan. Bersendirian selain Nurse dan Doktor kerana suami memilih untuk pergi menunaikan solat Jumaat berbanding berada di sisiku melahirkan. Alhamdulillah. Tidak pernah kesal dia memilih mendahulukan Robb nya berbanding aku suri pinjaman Nya.

Selamat datang ke dunia, wahai anakandaku ASMAA' BINT MUHAMMAD NUR AMIR.
Semoga barakah, redha dan rahmatNya sentiasa mengiringi seluruh kehidupanmu dan kehidupan kita!

JUN
#1 Berangkat pulang ke Makkah pada 25 Jun, di dalam fatrah berpantang lagi. Demi menyambut keluarga tersayang yang bakal menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.

#2 Mak ayah tercinta tiba pada 29 Jun. Rindu terlerai setelah hampir setahun tidak berjumpa dan bersua muka. Manakan sama skype dan yang ada di depan mata. Umrah Ramadhan kali pertama secara berjemaah. Mak, ayah. Impianku waktu muda telah terlaksana :)

JULAI
Sanah hilwah ya bunayya :
'UMAR 'ABDUL 'AZIZ IBN MUHAMMAD NUR AMIR.
Sweet 5 years :)

Ingat pesanan ummi :

Solat itu tiang agama. Sesungguhnya ia mencegah mu dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Ummi dan abi pasti doakan seluruh kehidupanmu diberkati dan diredhai Ilahi.

Tahun ini rezeki Umar untuk sambut bersama opah dan mbah di Kota Suci Makkah. Walaupun dalam bulan puasa, mbah gagah buatkan Umar nasi biryani berlauk kan kurma ayam. Opah pun buatkan Umar kek. Alhamdulillah.

OGOS
Tempoh bertenang. Meneruskan rutin ke Masjidil Haram setiap Jumaat atau bermalam di sana pada malam Jumaat. Sebelum menyambut kedatangan tetamu Allah untuk musim haji 1437H.


SEPTEMBER
#1 Santuni dhuyuf ar-rahman :
*Pak de Laili dan Mbok de Imah - sepupu ayah
*(Prof. Madya. Dr.) Kak Noraziah Mat Zain - kenalan di FB
*Kak Sumarti Samsuddin dan Ust Nizam - Senior DQ dan UIAM
*Kak Wan Norliza dan Ust Azli - Senior DQ

#2 Musim haji kali ni, smooth dan dipermudahkan Alhamdulillah. Walaupun bawa Asmaa' yang baru berusia 3 bulan lebih, urusan dimudahkan sejak berwuquf di Arafah lagi. Suhu dikatakan mencecah 50 darjah celcius pada waktu puncak. Asmaa' cuma meragam tak mahu diletakkan di bawah dan berdukung sepanjang masa. Bergilir-gilir ummi dan abi dukung Asmaa' sambil menyampaikan hajat-hajat dan doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat dan kaum keluarga,

Allah yataqabbal dua'ana Amiin Ya Rabb!

#3 Kembali semula ke bumi syam Irbid, Jordan. Memacu langkah seterusnya. 2 semester 1/2 berbaki di tahun akhir. 'Booster' di bawa bersama. Satu semester berkorban dia demi isteri dan anak-anak permata hati kami. Terima kasih suami, sanggup menangguh pengajianmu demi kami <3

#4 Subjek untuk semester ini, moga dipermudahkan untuk lulus semua subjek dengan cemerlang.

1. Fiqh Uqubat - Dr. Adam Nouh Al-Qudhoh
2. Syarah Hadits Ahkam - Dr. Khalid Asy-Syurman
3. Usul Fiqh (2) - Prof. Dr. Abdul Jalil Dhomroh
4. Ulum Askari
5. Qodhoya Fatawa Mu'asoroh - Dr. Muhammad Ali Muhammad Ali Al-'Umari
6. Fiqh Muqaran - Dr. Ibrahim Jawarneh

OKTOBER
#1 Ke Embassy of Malaysia Jordan di Amman pada 18 Okt untuk urusan pembaharuan pasport dua orang anakanda, 'Umar dan 'Ulya.

#2 Bermula imtihan awwal, dan... Kali pertama sebagai "the mother of three"

#3 Happy 7th Anniversary, Abang!
You're my sunshine, my rainbow. my heart, my soul!

NOVEMBER
#1 Berakhir imtihan awwal dan bersambung imtihan tsani.

#2 Happy 26th Birthday My Dear Husband. You'll Never Walk Alone.

#3 Happy 4th Birthday Darling 'Ulya. Be strong, dan jangan kuat sangat tantrum. Oh ye, kencing malam juga ;)

DISEMBER
#1 Berakhir imtihan tsani. Tempoh bertenang, sebelum memulakan pecutan terakhir untuk imtihan akhir bermula 31 Disember ini.

Thursday, 29 October 2015

Thursday, 15 October 2015

Salam Maal Hijrah

Jurnal 1 Muharram 1437H
Maal Hiijrah dari Bumi Syam

Alhamdulillah. Sempena maal hijrah ni, blog ni pun berwajah baru. I just loved this new template, rasa macam masuk rumah baru gitu. Roses always made my day. Alhamdulillah :)

Hari ni kami beriadhah di Jamiah Yarmouk sahaja membawa anak-anak bermain, berlari, dan menjerit sepuas hati. Lama menanti saat seperti ini. Beriadhah petang-petang bersama anak-anak ditemani suami. Selalunya kami sahaja lah, memandangkan abi nya jauh di Makkah. Dan sebenarnya bukan selalu pun, sebab saya tak berani keluar kalau tiada urusan yang benar-benar penting atau mendesak. Jika di Malaysia pun tidak selamat, jenayah yang berlaku tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kepada pihak keluarga dan mangsa, apatah lagi lah di Jordan sini. Berapa kes sangat lah yang menang di mahkamah. Apa sangat lah orang luar @ foreigner ini di mata mereka. Jadi, keselamatan harus menjadi soal utama keberadaan saya di sini bersama anak-anak tanpa muroqib sepanjang hayat kami.

Normal bila masuk tahun baru mesti orang akan tanya apa azam baru. Saya secara jujurnya tak pernah ada azam sempena tahun baru atau sempena apa-apa perayaan atau tarikh-tarikh tertentu sekalipun. Mungkin ada bagusnya bagi mereka yang boleh ikut timeline dan deadline tertentu. Jadi azam baru sebagai pemangkin semangat bagi mereka untuk melakukan dan memulakan titik perubahan dalam diri mereka dan kehidupan mereka. Tetapi saya? Saya bergantung kepada impian, angan-angan dan cita-cita saya yang selalu berubah. *haha*

Impian saya untuk duduk di Makkah, Alhamdulillah. Sebenarnya sudah tercapai bermula setahun yang lalu bila kami berjaya dengan izin dan rahmat Tuhan selepas sahaja dikurniakan iqomah atau residents visa setelah dua tahun sebelumnya memohon. Cuma atas sebab masih perlu meneruskan pengajian di bumi Syam, tanah yang bersalji tika musim sejuk ini menyebabkan kami hanya berulang-alik ke Makkah pada waktu cuti semester. Syarat untuk menghidupkan tempoh iqomah : residents card valid for 6 months kalau stay abroad. Maksudnya dalam tempoh 179 hari re-entry visa kami dikeluarkan, kami perlu masuk semula ke Saudi. Begitulah ceritanya. Faham ke terang pepanjang ni? Hehe...

Impian saya untuk belajar di University Umm Al-Qura, Makkah. Sebenarnya kalau ikutkan hampir tercapai juga dah. Sebab last year dapat dah offer letter dari UQU. Mahal tu harga dia. Anak dah nak masuk tiga baru nak dapat ;p Apply dari lepas nikah kot. Bertahun-tahun tunggu. Begitupun, sekali lagi nak jadi asbab nya, tawaran itu datang setelah saya hanya berbaki 2 semester sahaja lagi pengajian di University Yarmouk, Jordan. Peluang keemasan yang datang --- tapi saya pilih nak habiskan di Yarmouk? Sesungguhnya kehidupan kita ini banyak persimpangannya. Kita selalu terpaksa membuat dan memilih keputusan di antara dua perkara yang penting dalam hidup kita. Semoga apa yang saya pilih ini selari dengan apa yang direncanakan oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Impian saya untuk melihat mak dan ayah dapat mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan. Juga telah tertunai pada Ramadhan baru-baru ini. Impian ini saya tanam dan angan-angankan sudah lama, sebelum bernikah lagi. Saya ingat, saya taip, print dan simpankan ia di dalam plastic file folder - bersama dua, tiga lagi angan-angan dan impian yang ingin saya capai pada waktu tertentu. Oh, time ni rasa rindu bilik saya di Malaysia sana. Rindu katil dan bantal saya. Rindu bilik purple pink yang ayah cat kan dengan kasih sayang nya waktu majlis perkahwinan saya bakal berlangsung beberapa tahun dulu. Rindu langsir bilik itu yang saya jahitkan sendiri dengan tangan yang tidak menurun seni mak ini. Ah. Rindu Malaysia!

Dan impian terbesar saya memperolehi seorang suami soleh, yang menyayangi saya dan keluarga saya apa adanya kami juga sebenarnya telah lama tercapai dan dianugerahkan oleh Allah kepada saya tanpa saya kadangkala sedar. Subhanallah!


... to be continued



Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
2337 hrs
15 Oktober 2015

Saturday, 10 October 2015

Cerita yang tertangguh

Bismillah.

Tertangguh entri sejak sekian lama. Entri terakhir adalah sebulan sebelum melahirkan anakanda ketiga kami, ASMAA' BINTI MUHAMMAD NUR AMIR. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Tiada kata yang dapat diucapkan. Segalanya berlaku ada hikmah yang tersendiri. Asmaa' lahir pada hari Jumaat, ketika abi sedang bersolat Jumaat, selepas sehari tiba dari Makkah. Tsumma Alhamdulillah. Akan ummi ceritakan perjalanan pada hari tersebut di entri yang lain satu masa nanti bi iznillah.

Bulan yang sama dikejutkan dengan pemergian sahabat tercinta dunia akhirat, Allahyarhamha Nurhamizah Mohd Shariff. Sehingga ke hari ini masih merindui senyuman nya, celoteh nya dan saat mengimbau kenangan ketika di Darul Quran. Orang yang baik, lekas sahaja dijemput Tuhan. Entah bila masaku akan tiba. Tidak sabar rasanya bertemu Tuhan!

2 Mei mencatatkan berita pemergian Hamizah ke pangkuan Ilahi dan 29 Mei Asmaa' lahir menjengah dunia. 3 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan kelahiran (EDD) yang sepatutnya iaitu pada 21/6/2015. Apapun, syukur di atas segala ketentuan Nya.

25 Jun 2015, kami berangkat pulang ke bumi Makkah. Seperti biasa perjalanan melalui jalan darat, seharian menaiki bas. Setakat ini itulah yang termampu buat kami sekeluarga. Digagahkan juga diri walau dalam berpantang. Untuk menyambut kedatangan mak dan ayah untuk ber-Ramadhan dan ber-Syawal di Makkah.

Mak ayah tiba pada 29 Jun 2015 dan pulang ke Malaysia pada Syawal yang keempat. Masih terasa pelukan hangat mereka ketika kami menghantar mereka ke Airport Jeddah sebelum pulang ke Malaysia.

Meneruskan perjalanan dan kehidupan di bumi Makkah, memaknakan hari-hari yang berlalu dengan mengisi masa-masa kosong di Masjidil Haram. Alhamdulillah.

Abang mula mendaftar untuk semester seterusnya, sebelum bercuti semula sempena Aidil Adha. Alhamdulillah tahun ini kami masih bersama-sama mengerjakan haji seperti tahun sebelumnya. Beza kali ini membawa bersama anakanda Asmaa' yg berusia 3 bulan lebih. Alhamdulillah perjalanan haji yang mudah, InshaAllah akan dituliskan di entri yang khusus jika di izin Tuhan.

Selesai nafar awwal, kami bergegas pulang ke Jordan untuk saya meneruskan baki semester tahun terakhir berada di sini. Maha Suci Allah, diberi kekuatan dan ketabahan, dimudahkan segala urusan. Kali ini kami balik berlima. Abang turut sama berada di sini menemani, membantu untuk sama menjaga anak-anak yang bertiga. Alhamdulillah.

Mendaftar untuk 6 mata pelajaran seperti sebelum nya, mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah untuk lulus kesemua subjek dan menghabiskan baki 1 semester panjang (Feb-Mei) dan 1 semester pendek (Jun-Ogos) sebelum bergelar Graduan jurusan Syariah (Fiqh Usul) Universiti Yarmouk, Jordan. InshaAllah.

Doakan saya dan keluarga!
Sehingga bertemu kembali.



Rokhaizat binti Rahmat
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
1612 hrs | 10 October 2015