Tuesday, 24 May 2016

Simpan cerita hari ini, untuk kenangan di masa hadapan.

Alhamdulillah selepas panas-sejuk, panas-sejuk di musim bunga ini Allah turunkan hujan. Selesai menghantar anakanda berdua ke sekolah pagi tadi, abi kembali ke rumah. Si kecil masih lena tika ummi mengulangkaji untuk peperiksaan pada hari ini. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan izin Allah. Hujan masih bersisa ketika ummi dalam perjalanan pulang ke rumah. Rintik-rintik hujan halus jatuh ke bumi menurut perintah Ilahi.

"Umar bercakap Bahasa Arab dengan baik sekali.." sapa Ummu Humam di muka pintu tika melihat kelibat saya untuk mengambil anak-anak pulang.

"Betul, bahasanya mumtaz!" disambut oleh seorang lelaki, yang menjadi mumtahin Umar bagi peperiksaan lisan 'Ulum (Sains) pada minggu lepas.

"Alhamdulillah.."

*****

"Ummi, kat sekolah kan Ummu Humam kan, dia panggil Asmaa' dudeh, ya dudeh.. Shu dudeh? (soal Ulya)"

"Hai dudat, dudat..." sambil jari telunjuknya membuat aksi seperti ulat yang sedang merenyut-renyut comel. (comel?)

Saya tergelak besar melihat telatahnya.

Berbeza sekali anak yang berdua ini. Seorang menerima dengan meniru aksi dan gaya. Pandai mengajuk dengan bunyi, nada dan aksi yang serupa hampir 100%. Seorang lagi beramal dengan kefahaman dan yakin diri yang begitu tinggi.

Tahun ke enam menjadi ummi, banyak yang saya pelajari. "Apa-apa pun doa mak juga yang paling kuat.." kata suami menunjukkan petikan bahasa arab yang dijumpainya di dalam FB.

Menjadi orang tua harus kreatif, otak geliga dan penuh idea di kepala. Ia pasti tidak mudah. Saya melakukan pembacaan yang agak banyak tentang teori keibu bapaan. Tentang second child syndrom. Tentang anak yang spontan aktif apabila di rangsang, dan sebagainya. Saya percaya walaupun dengan sinis mata-mata yang memandang, saya percaya anak-anak ini suci dari dosa.

Kata suami lagi, "Anak-anak kecil ni bila dia buat perangai, bukan sebab dia degil. Tapi sebab kita yang tak sabar.."



Umar dan Ulya, pulang dari sekolah.

Umar dan Ulya ada fe'el yang tersendiri. Setiap mereka istimewa dan ada kelebihan masing-masing. Umar pernah berkorban tinggal jauh dari ummi. Ulya juga pernah berkorban melalui dan bersama-sama ummi mengalirkan air mata melalui detik sukar dan mencabar di bumi asing ini.Umar sangat rajin belajar. Ulya pula tekun apabila sekali-sekali belajar. Terbit di hati kecil saya, apakah anak-anak ini apabila suatu masa nanti jika berbuat silap, maka aku harus memenangkan mereka yang kononnya kerana aku ini adalah ibu mereka dan paling mengenali mereka? Semoga Allah pelihara.

*****
Alam kehidupan ini jauh. Penuh onak dan duri. Terisi dengan manusia baik dan manusia jahat di dalamnya. Namun kehidupan di akhirat nanti jauh lebih panjang. Beristiqamahlah beramal dengan ikhlas walau tidak disanjung dan di luar pengetahuan manusia. Kerana Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa untuk mengira.


Anak-anak,
hiasilah dan urusilah kehidupanmu dengan ilmu, iman dan taqwa. Semoga tidak menyesal di sana nanti.



Ummi yang menyayangi.

Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
24 Mei 2016 | 1715 hrs

Tuesday, 19 April 2016

"...لعلك تراه"

Semalam, selepas menjalani peperiksaan Fiqh Qadha', saya bergegas ke King Abdullah University Hospital (KAUH) selepas dihubungi suami, Umar perlu di refer ke sana. Cuaca yang agak terik diredah jua. Teksi meluncur laju membawa kami dari Bab Raisi University Yarmouk Ke Bhg Emergency di KAUH. Selepas menjalani beberapa prosedur, Umar diperiksa oleh Doktor kanak-kanak yang bertugas.

Tengahari itu, abang kelihatan letih. Beg laptop berisi buku-buku nya yang berat itu digalas ke sana ke mari. Perancangan asalnya akan ke kelas Fiqh Ibadat Dr. Ibrahim Jawarneh, dan kemudian kelas Dilalat Prof. Dr. Abdul Jalil di sebelah petang. Siapa sangka sepetang itu dihabiskan di hospital.

Sedang pemeriksaan dilakukan ke atas Umar, tiba-tiba kepala saya terasa berpusing. Dua orang Doktor yang memeriksa terus bertanya perihal Umar, untuk mengambil history. Saya segera berpaut di tiang katil. "Hello!" "Hello!" saya dengar Doktor memanggil. Abang tiba dan saya mengadu sakit kepala.

Saya berjalan ke bahagian luar dan duduk di kerusi menunggu yang disediakan. Kebas serta merta. Air tin yang dipegang di tangan kanan jatuh. "Bibir awak pucat..." Kedengaran suara abang sayup-sayup. "Biddi 'arobai. 'Arobai.." pinta abang kepada petugas hospital. Kata abang, petugas lelaki yang mahu memapah saya. Lama sebelum itu beliau juga mengeluh pening, seperti hendak pitam. Tetapi digagahkan juga untuk menyelesaikan urusan anakanda Umar.


Black-out.

Tika ini hanya otak yang berfungsi. Saya masih sedar, masih conscious. Masih boleh mendengar orang di sekeliling yang kelam kabut.

Tetapi tidak berdaya membalas.

"Nak mati ke aku ni?"
Selawat. Aku kena selawat banyak-banyak. Ingat Allah.
Naluri berbisik.

Sedetik seperti terasa bakal hilang kesedaran secara nyata dan menyeluruh. Out-of-consciousness.

"Allahumma solli 'ala Muhammad... Allahumma solli 'ala Muhammad... Allahumma solli 'ala Muhammad... Allah... Allah... Allah..."

Ya Allah kalau sampai masa aku, beri aku peluang untuk aku tatap wajah Rasulullah sebelum Kau ambil nyawa aku.

Pinta hati lagi.


"...لعلك تراه"

Jelas terngiang-ngiang kata-kata itu. Kata-kata Doktor yang dinukilkan oleh abang kepada saya. Berharap seandainya dapat bertemu dan melihat wajah Rasulullah...

"Hello. How are you? Feeling better?" Tanya Doktor. Saya membuka mata. Tersedar dari pitam. Mengangguk perlahan.

"Awak kenapa? Risau abang. Abang nak pergi tengok Umar sekejap ye?"

"Ingatkan saya dah nak mati dah..." Jawab saya. Dalam hati. Pertama kali mengalami rasanya seperti ini. Pulang ke rumah, kami bercerita. Abang terbaring lesu. Panas suhu badannya. "Macamana agaknya ya abang, sakitnya mati tu? (Arwah) Mizah dah rasa.. Saya ingat saya dah nak mati sungguh. Saya tak fikir orang lain dah, tak fikir anak-anak. Saya fikir diri sendiri sahaja waktu tu..."

Abang diam.


"...انت ستموت عليك ما أنت عليه"


Teringat lagi, kata-kata Doktor di dalam kelas. Kamu akan dimatikan, dengan apa/cara apa yang kamu 'berhidup'...


Mujurlah, di saat genting dan getir, Allah hantarkan hati-hati yang ikhlas berbakti. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Kalian sentiasa di dalam doa. Ujian di tahun akhir, dan pastinya ada hikmah disebaliknya. InshaAllah.


"لا إله إلا الله اين انت الأن ابني الحبيب؟"


Saya tahu dengan membacanya menguatkan semangat dia. Begitu pun juga semangat saya. Alhamdulillah, nikmat di dalam kesakitan. Sungguh, syarat mati adalah hidup. Dan berhiduplah kita dengan amalan kebaikan, untuk bekal di sana nanti.



Catatan selepas 10 hari tarikh kelahiran.
19 April 2016 | 1616 hrs
Bayt 'Ulya, Irbid Jordan.

Saturday, 16 April 2016

Rambling


Welcome April!
Hehehs, seperti biasa super-ummi busy kononnya dengan kelas pengajian dan pengurusan rumahtangga; suami dan anak-anak. Makanya kita lewat lagilah mendokumentasikan 'apa-apa' di sini. Komputer pun baru baik, angin apa ribut apa, TP-Link USB ni tak boleh nak detect so tak boleh lah nak connect Internet. Nak buat catatan sempena hari kelahiran pun tak sempatlah, esok tu pulun nak imtihan Qawaid Fiqhiah. Dr. Ibrahem Jawarneh ok! Senyum ramai-ramai sampai telinga jom :D

So this month of April ni, dah bermula pun imtihan tsani on 2nd April hari tu. Tarbiah Wataniah. Alhamdulillah so far so good. Kemudian Qawaid Fiqhiah dan Usul Fiqh 3 Khamis 15hb semalam. Boleh tahan tricky juga lah soalan. Siapa tak kenal Pakar Usul Fiqh, Prof. Dr. Abdul Jalil Zuhair Ad-Dhamrah a.k.a Dr. Jalil Dhamrah. Boleh pula time Dr nak bagi soalan tu Dr senyum dan suruh selawat banyak-banyak. Rupanya ekoran dari mimpiku yang dita'birkan olehnya. Semoga peroleh husnul khatimah dan bawa manfaat pada diri sendiri dan insan sekeliling nanti InshaAllah :)

Cuaca sekarang ni masih seminggu sejuk, seminggu panas. Terik matahari tu ada, tapi angin yang bertiup pun boleh tahan kuat juga dengan purata suhu 10-12 celcius. 'Ala kulli hal anak-anak dan kami semua sihat cuma adalah beberapa hari siri muntah berangkai oleh Triple U; Ulya, Umar, Ummi. Kemudian Ulya batuk-batuk, diikuti Asmaa'. Overall semua ok je Alhamdulillah. Tsumma Alhamdulillah.

April ni, nak cerita perkembangan Umar di Raudhah Zahrah Laymun nampaknya semakin banyak improvement. Kami suami isteri layankan je setiap hari apa yang dia suka ceritakan perihal di sekolah. Kawan-kawan dia yang nama Mehdi, Shahid, Abdul Basith, Abdul Majid, Ahmad, Lana, Raghad, Leen, Re'bal... Cikgu dia yang ajar surah-surah dan azan. Pelajaran dia di sekolah, 'Olum (العلوم) ke, Riadhiat (الرياضيات) ke et cetera, et cetera...

Hampir setiap petang pula kami akan benarkan Double U; Umar Ulya bermain di halaman rumah bersama-sama dengan anak jiran atas rumah kami Abu 'Izzuddin. Fi kulli masa' memang Ghina dan 'Izz akan ketuk pintu rumah punyalah kuat macam nak robooh pintu rumah sambil panggil-panggil 'Umar wa 'Alya!!! Ok, orang Arab memang kebanyakan daripada mereka panggil our Ulya as Alya. Kata abang, tsaqil untuk sebut 'Ulya. Belasah je lah. Alya pun Alya lah janji budak tu faham dan tahu nama dia. So kalau orang Melayu tanya nama dia, dia jawab Ulya. Kalau orang Arab yang tanya, dia akan jawab Alya. Sebab dia pun malas nak jawab banyak kali kalau dah bagitahu nama dia Ulya, orang Arab akan again tanya, "eish? olya? ooo.. ol.." something like that lah.

So Ulya, perkembangan dia dua minggu kebelakangan ni naik tantrum pulak lah tak tahu datang dari mana dan kenapa. Kadang-kadang jadi ummi-tarzan jugak hoho bila dia dok melepuk meletup kepala adik dia. Pukul-pukul belakang badan abang dia. Second child syndrom? Kelahiran November yang sukar ditafsirkan? No, no. I am not and forever would not judging her. InshaAllah, anak-anak ummi, semuanya anak-anak soleh dan solehah. Ameen Ya Rabb :)

Cerita pasal our Asmaa'. Tak perasan bila the exatcly tarikh yang dia boleh terus menjulur, tiba-tiba a few days lepas tu terus merangkak dan duduk mentimun, dan dalam fatrah yang tak jauh dan tak sampai seminggu tu pun we all perasan gigi dia dah tumbuh 3 batang kat belah atas. Ya Rabb, memang Pakej Golden terus Mek Asmaa' rembat! Punyalah ummi dok merisau bagai, umur 10 bulan dok terlentang tak nak bergerak-gerak. Duduk je tangan menggamit-gamit panggil orang datang. Meniarap tak bergerak mana. Tup tup masuk je musim bunga, baju tebal pun dah terangkat tinggal sehelai baju nipis sahaja, laju dia bergerak! Excited nya macam baru tengok anak pertama pulak haha. Again, Alhamdulillah bini'matihi tatimmussolihat...



Kredit gambar google


Dan ummi. Alhamdulillah, 9 April 2016 hadir dengan abang di sisi menemani. Ditunaikan janji, tahun pertama dan tahun terakhirku di sini dia akan ada di sisi dengan izin Allah. Alhamdulillah.

Pagi-pagi lagi ayah whatsapp "Zat selamat hari jadi semuga Allah permudahkan rezki permudahkan urusan bertambah amalan dimudahkan dlm menghadapi exam akhir memperolehi keputusan cemerlang menjadi anak yg solehah ...aamiiin."

Dan mak yang tak berapa sihat pun ucap, "Selamat hari lahir sayang, semuga mendapat barokah dari allah swt,mak tak ada nak bagi apa, hanya doa mak hulurkan"

Gigih taip semula messages ni huhu. Manalah tahu one day whatsapp hang ke tak wujud dah ke, kan. Adalah jugak kenangan ni ha lol. Dua ni pun cukup azimat dan cukup tangkal dah bagiku yang tengah struggle untuk tahun akhir ni. No dinner, no celebration cuma adalah jugak balik dari daurah manhaj bahats Usul Fiqh abang belikan chocolate cake nutella di Sugar Rivers. Sebab isteri kabo dah siap-siap, kalau tak beli isteri merajuk ahaha. 30 years dah kot!

Well, meminjam kata Waleen; AGED BEAUTIFULLY AND WONDERFULLY

Ku rasakan macam best pula tagline dia tu. Dah masuk geng 3 series rupanya iollss.. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Banyak sangat dah nikmat Allah yang tak terkira. Nantilah, ada masa kita rasa macam nak compensate juga tulis untuk catatan sempena kelahiran. Aci tak? Hehe.. Sekarang ni macam tak boleh nak berkompromi dengan imtihan. This sem was my second last sem. Struggle sikit lah to the end. Doakan moga-moga lulus cemerlang semua paper, semua subject. Then continue with another 5 subjects untuk last semester bi iznillah soifi/summer depan on June 19th - Aug 18th.


Aidilfitri pertama di bumi Jordan.
Salam perantauan lah nampaknya kita sob sob.
Semoga nya akan jadi kenangan paling manis InshaAllah. InshaAllah.




Till finger meet keyboard again.

Bayt 'Ulya, Irbid Jordan.
16 April 2016 | 1236 hrs

Monday, 21 March 2016

March : Time For Spring

Bismillah.

1. Imtihan awwal / first exam / peperiksaan pertama telah berakhir dan selesai pada Khamis, 17 March 2016 baru-baru ini. Lima daripada enam mata pelajaran telah mendapat markah, dan Alhamdulillah semuanya menakjubkan. Termasuklah Qawaid Fiqhiah, menakjubkan dengan markah yang agak rendah berbanding empat matapelajaran yang lain. Tak apa, kita usaha untuk seccond dan final exam nanti bi iznillah :)

2. Bulan March sinonim dengan musim bunga. Beberapa minggu lepas kami sekeluarga telah menjalankan aktiviti sight-seeing, by walking di sekitar Syari' Iskan, Hadhanah Zahrah El-Laymoon. Hari lainnya kami beraktiviti di dalam Universiti Yarmouk. Aktiviti menjejak bunga Sakura dan bunga-bungaan yang lain. Sambil anak-anak berlari riang di dalam kawasan universiti yang kosong pada hari cuti.

3. Cuaca masih agak sejuk dengan adakalanya berselang-seli turunnya hujan. Adat kebiasaannya akan kata 'cuaca tengah pening-pening' di mana seminggu panas, seminggu sejuk, seminggu sejuk sangat, eh tiba-tiba panas terik pulak. Ini biasa bagi penduduk di sini, menandakan petanda akan bertukar cuaca. Sebelum ini musim sejuk dengan sekali kehadiran si putih salju aka salji, akan bertukar ke musim bunga, kemudiannya luruh dan seterusnya musim panas pada Ramadhan nanti. Begitulah cycle nya setiap tahun.




4. Hari ini tarikh 21 March 2016 merupakan Hari Ibu / Mother's Day di peringkat Negara Jordan. Selamat Hari Ibu buat diri sendiri, mak dan mak mertua serta semua ibu-ibu hebat di seluruh dunia ;) Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan amalan yang dilakukan diberkati, diredhai dan mendapat ganjaran yang selayaknya oleh Allah Swt berdasarkan apa yang diniatkan.

5. Berbaki 5 bulan untuk menghabiskan sisa pelajaran di bumi Syam Jordan, InshaAllah.




Bayt 'Ulya, Irbid Jordan
21 March 2016 | 1334 hrs

Wednesday, 17 February 2016

Semester Baru / Fasal Tsani : 9 February - 31 Mei 2016

Bismillah Walhamdulillah.

Apa khabar iman kita hari ini? Semoga semakin hari, semakin bertambah keimanan kita kepada Rabb, Pencipta sekalian alam. Alhamdulillah kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanah syam, Irbid Jordan pada 13 Februari yang lalu. Kali ini memilih syarikat lain untuk menaiki bas pulang dari Makkah terus ke Irbid. Syarikat Al-Muttahidah yang bertempat di Syari' Hajj menjadi pilihan. Kami bergerak pulang dari Makkah sekitar jam 3 petang pada Jumaat 12 Februari. Singgah di Jeddah dan Madinah untuk mengambil penumpang. Bas yang agak buruk tidak seperti Bas Saptco mahupun JETT. Tandas yang tidak boleh digunakan. Laluan yang berbeza dan selang waktu yang sekejap untuk berhenti makan. Keluar masuk hudud juga bukan hudud yang biasa seperti sebelum-sebelum ini di Hudud Mudawwarah (Jordan) mahupun Hudud Manfaz Halah 'Ammar (Saudi). Kali ini buat kali pertama dan moga kali terakhir, melalui Hudud Manfaz Al-Haditsah (Saudi) dan Hudud Al-'Umari (Jordan). Namun Alhamdulillah, segalanya tetap berjalan dengan baik. Pengalaman baru Alhamdulillah.

Semester ini mengambil enam mata pelajaran, lima daripadanya bermula seawal 8 pagi hingga ke 1 petang, dan satu subjek pada Isnin dan Rabu pada jam 11-12.30 tengahari. Cuaca yang agak baik, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk semenjak ketibaan kami ke Irbid sedikit sebanyak membantu kami menguruskan anak-anak. Dan semester ini, suami mengambil peluang untuk mustamik / menjadi pendengar di dua kelas pengajian Master dan lima kelas setakat ini di peringkat pengajian Degree. Dan kami mengambil keputusan untuk kembali menghantar 'Umar dan 'Ulya ke Raudhah / tadika dan memasukkan Asmaa' ke Hadhanah. Bangunan yang sama cuma di bilik yang berbeza. Semoga mereka bertiga mendapat manfaat dari sesi persekolahan kali ini terutamanya dapat mendalami Bahasa Arab dengan lebih baik. InshaAllah.

Semester ini pastinya menjanjikan semester yang agak mencabar kerana ia merupakan semester kedua terakhir InshaAllah sebelum saya menghabiskan baki lima matapelajaran untuk semester musim panas pada Jun-Ogos nanti. Kali ini mengambil empat matapelajaran core-course dan dua mata pelajaran lain iaitu :

1. Qawaid Fiqhiyah : Dr. Ibrahim Al-Jawarneh
2. Riadhah Fi Hayatina
3. Usul Fiqh 3 : Prof. Dr. Abdul Jalil Dhamrah
4. Tarbiah Wataniah
5. Asalib Bahas : Dr. Zakaria
6. Fiqh Al-Qadha' : Dr. Musa Al-'Umari

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Tuhan, dengan izin dan rahmat dariNya. Suami dapat menangguhkan pengajiannya sekali lagi untuk semester ini, ta'shirah khuruj audah (re-entry visa) Saudi dapat dipanjangkan tempoh hingga setahun / sanah kamilah berbanding hanya enam bulan sahaja sebelum ini dan iqamah Jordan selesai dengan tempoh expired sehingga December 2016. Mudah-mudahan tiada apa masalah ketika selesai menamatkan pengajian dan bakal pulang 'back for good' pada September nanti :)

Sekian untuk kali ini.
Doakan kecemerlangan kami di bumi anbiya' ini.


Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
17 February 2016 | 1815 hrs

Monday, 25 January 2016

Welcome 2016!

Bismillah Alhamdulillah.

Apa khabar semua? :) Semoga masih tidak terlambat untuk meninggalkan memori di ruangan blog ini. 25 hari telah berlalu untuk bulan pertama bagi tahun 2016. Alhamdulillah, saya telah berjaya menyelesaikan semester pertama dengan 'hiruk-pikuk' dan riang-ria bersama naak-anak ceria saya yang tiga orang tersebut.

With no repeat paper.

Alhamdulillah! Segalanya dimudahkan oleh Allah, dengan bantuan suami, doa mak ayah, pengorbanan anak-anak dan pastinya doa-doa senyap dari kalian yang menyokong secara diam-diam. Terima kasih untuk kita semua. Perjalanan masih berbaki satu semester setengah lagi di Bumi Syam Jordan ini. Dengan izin Allah. Enam subjek telah didaftarkan untuk semester kedua nanti yang akan bermula pada 7 Februari dan berakhir sekitar hujung Mei. Dan berbaki 5 subjek untuk semester terakhir pada Soifi / Summer Sem bermula 19 Jun sehingga Mid-August. InshaAllah.

Kali ini, masih dengan core-course yang perlu dihabiskan bersama dua subjek pilihan dan teras Universiti.

1. Qawaid Fiqhiyah - Dr. Ibrahim Al-Jawarneh
2. Riyadhah Fi Hayatina
3. Usul Fiqh 3 - Prof. Dr. Abd. Jalil Al-Dhamrah
4. Tarbiah Wataniah
5. Asalib Bahas - Dr. Asma' Bani Khalid
6. Fiqh Qadha' - Dr. Muhammad Ali Muhammad Ali Al-'Umari

Dan saya bercadang, untuk memohon menambahkan satu lagi subjek teras Fakulti Syariah iaitu Tilawah 2. Jadi, mudah lah sikit di semester terakhir hanya berbaki empat subjek yang perlu dihabiskan dengan jangka masa yang pendek. (Short sem)

Mudah-mudahan dipermudahkan.

Diam tak diam, hampir lima tahun menghuni di Bumi Syam Urdun (Jordan) . Sekarang ini, masih lagi berada di dalam waktu musim sejuk atau orang arab sebut sebagai Syita'. Dua tiga malam ini hujan turun mencurah-curah dengan angin yang agak kuat. Subhanallah. Tanda-tanda bumi ini bakal dihujani dengan salji seputih salju. Menurut ramalan, salji akan turun di bumi Irbid ini menjelang esok hari. InshaAllah. Harapnya, kali terakhir lah merasai pengalaman bermain salji untuk Bachelor Degree ni :)

'Ala kulli hal, 2015 meninggalkan pelbagai kenangan dan perlu dimuhasabah bagi setiap sesuatu kemusykilan yang berlaku. Ahlan 2016! Umurku bakal menginjak ke 30 tahun pada April ini nanti, bi iznillah jika dipanjangkan umur.




Looking for the wonderful 2016.
Rokhaizat Rahmat
Baytul 'Ulya, Irbid Jordan.
1422 hrs | 25 January 2016

Tuesday, 22 December 2015

Summarization For The Year of 2015

Bismillah.

Tahun 2015 sudah semakin hampir ke penghujungnya. Menyaksikan hanya beberapa post dapat didokumentasikan di dalam blog ini. Target satu bulan satu post tidak mencapai sasaran. Terlalu sibuk? Mungkin. Catatan lebih banyak tertulis di dinding Facebook di mana ia lebih cepat dan lebih mudah untuk di akses. Apa yang terfikir, itu yang tertulis. Ayat slumber, ayat jenaka, ayat marah, perenggan panjang, cerita pendek. Mudah!

Namun saya percaya, blog lebih melatih seseorang untuk menulis dengan baik :p

2015 yang berlalu.
Ingin saya dokumenkan kisah ringkas yang berlaku, sekadar di dalam ingatan yang lemah ini.

JANUARI
#1 Pemergian sahabat kami di dalam suatu kemalangan di Tabuk, Utara Saudi. Dimakamkan di Perkuburan Baqi' Al-Gharqad, Madinah Al-Munawwarah. Sesungguhnya dia mencintai Madinah, dan Madinah juga mencintainya.

Allahyarhamhu Khairun Nasirin bin Mohamed Nor Al-Hafiz
13 Februari 1987 - 14 Januari 2015

#2 Fenomena drama mendapatkan muwafaqah di Wizarah Dakhiliyah Amman. Hati manusia milik Tuhan. Walau sekeras dan semalas mana pun general mukhabarat yang bernama Khalid itu, akhirnya lembut dengan kuasa Tuhan. Well, sebenarnya dengan campur tangan wazir juga.

FEBRUARI
Pulang ke Makkah seperti yang dijadualkan pada 1hb. Dan kembali semula ke Irbid pada 23hb. Me -with 23 weeks of pregancy- bersama dua orang kanak-kanak riang. Bertabah dan sungguh gigih membawa diri bersama dua orang my super-duper hero dan heroin. La ni rasa macam tak percaya I went through the 24 hours journey by bus tanpa abang!

Jordan dan Saudi dah macam KL dengan Klang.

MAC
Start dengan imtihan awwal. Enam subjek seperti sebelumnya. Nak kejar target grad on Summer 2016. Bi iznillah. Those six subjects were:

1. Bahasa Arab (1) - Dr. Ahlam
2. Ahkam Tarikat - Dr. Yusuf Asy-Syarifain
3. Muamalat Iqtisod Maliyah Al-Mu'asiroh - Dr. Zakariya Shathnawi
4. Fiqh al-Ibadat (1) - Dr. Randah Al-'Umari
5. Takhrij Hadits - Dr. Abd. Rahman At-Towalbeh
6. Sihhah Ammah (General Health) - Dr. Wisam Khatib

APRIL
Early April kita dapat demam-demam, diarrhea yang teruk plus vomitting. Seminggu skip kelas. Finally ke Mustasyfa Ibn Nafis lah saya menghantar diri. Selepas 1 pain iv drip, rasa lega. So the next week datang kelas rasa berdosa dan bersalah habis sebab tak pernah sepanjang hayat di Yarmouk ponteng kelas berturut-turut! This third pregnancy agak mencabar walaupun dah semakin ke penghujung trimester. Kuat! Kena kuat. Baby is coming all the way.

MEI
#1 Pemergian sahabat tercinta, terkasih dunia akhirat di dalam suatu kemalangan di Langkawi. Kisah Qurratu Ain Ketua Bidadari Syurga mula viral di media sosial. Dia istiqomah mengenakan pemakaian berniqab sehingga ke hujung nyawa nya. Dan cerita bagaimana Allah 'memelihara' wajahnya dari dilihat ajnabi dengan kejadian-kejadian yang mungkin secara kebetulan tetapi sebenarnya taqdir Tuhan ketika beliau dikebumikan menambah keyakinan itu adalah 'bahagian' terbaik dari sisi ganjaran sepanjang kehidupannya. Beliau dikebumikan di waktu hening tahajjud, pun begitu ramai jemaah surau yang menyempurnakan solat jenazah buat nya.

Allahyarhamha Nur Hamizah Mohd Shariff Al-Hafizah
29 Disember 1986 - 2 Mei 2015

#2 Kelahiran anakanda ketigaku seorang lagi puteri. Dilahirkan pada hari Jumaat, Subhanallah sebaik-baik kelahiran, memudahkan dan menenangkan. 67 ayat dari Surah Al-Kahfi berjaya di baca dalam diri melawan kesakitan mahu melahirkan. Bersendirian selain Nurse dan Doktor kerana suami memilih untuk pergi menunaikan solat Jumaat berbanding berada di sisiku melahirkan. Alhamdulillah. Tidak pernah kesal dia memilih mendahulukan Robb nya berbanding aku suri pinjaman Nya.

Selamat datang ke dunia, wahai anakandaku ASMAA' BINT MUHAMMAD NUR AMIR.
Semoga barakah, redha dan rahmatNya sentiasa mengiringi seluruh kehidupanmu dan kehidupan kita!

JUN
#1 Berangkat pulang ke Makkah pada 25 Jun, di dalam fatrah berpantang lagi. Demi menyambut keluarga tersayang yang bakal menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.

#2 Mak ayah tercinta tiba pada 29 Jun. Rindu terlerai setelah hampir setahun tidak berjumpa dan bersua muka. Manakan sama skype dan yang ada di depan mata. Umrah Ramadhan kali pertama secara berjemaah. Mak, ayah. Impianku waktu muda telah terlaksana :)

JULAI
Sanah hilwah ya bunayya :
'UMAR 'ABDUL 'AZIZ IBN MUHAMMAD NUR AMIR.
Sweet 5 years :)

Ingat pesanan ummi :

Solat itu tiang agama. Sesungguhnya ia mencegah mu dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Ummi dan abi pasti doakan seluruh kehidupanmu diberkati dan diredhai Ilahi.

Tahun ini rezeki Umar untuk sambut bersama opah dan mbah di Kota Suci Makkah. Walaupun dalam bulan puasa, mbah gagah buatkan Umar nasi biryani berlauk kan kurma ayam. Opah pun buatkan Umar kek. Alhamdulillah.

OGOS
Tempoh bertenang. Meneruskan rutin ke Masjidil Haram setiap Jumaat atau bermalam di sana pada malam Jumaat. Sebelum menyambut kedatangan tetamu Allah untuk musim haji 1437H.


SEPTEMBER
#1 Santuni dhuyuf ar-rahman :
*Pak de Laili dan Mbok de Imah - sepupu ayah
*(Prof. Madya. Dr.) Kak Noraziah Mat Zain - kenalan di FB
*Kak Sumarti Samsuddin dan Ust Nizam - Senior DQ dan UIAM
*Kak Wan Norliza dan Ust Azli - Senior DQ

#2 Musim haji kali ni, smooth dan dipermudahkan Alhamdulillah. Walaupun bawa Asmaa' yang baru berusia 3 bulan lebih, urusan dimudahkan sejak berwuquf di Arafah lagi. Suhu dikatakan mencecah 50 darjah celcius pada waktu puncak. Asmaa' cuma meragam tak mahu diletakkan di bawah dan berdukung sepanjang masa. Bergilir-gilir ummi dan abi dukung Asmaa' sambil menyampaikan hajat-hajat dan doa yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat dan kaum keluarga,

Allah yataqabbal dua'ana Amiin Ya Rabb!

#3 Kembali semula ke bumi syam Irbid, Jordan. Memacu langkah seterusnya. 2 semester 1/2 berbaki di tahun akhir. 'Booster' di bawa bersama. Satu semester berkorban dia demi isteri dan anak-anak permata hati kami. Terima kasih suami, sanggup menangguh pengajianmu demi kami <3

#4 Subjek untuk semester ini, moga dipermudahkan untuk lulus semua subjek dengan cemerlang.

1. Fiqh Uqubat - Dr. Adam Nouh Al-Qudhoh
2. Syarah Hadits Ahkam - Dr. Khalid Asy-Syurman
3. Usul Fiqh (2) - Prof. Dr. Abdul Jalil Dhomroh
4. Ulum Askari
5. Qodhoya Fatawa Mu'asoroh - Dr. Muhammad Ali Muhammad Ali Al-'Umari
6. Fiqh Muqaran - Dr. Ibrahim Jawarneh

OKTOBER
#1 Ke Embassy of Malaysia Jordan di Amman pada 18 Okt untuk urusan pembaharuan pasport dua orang anakanda, 'Umar dan 'Ulya.

#2 Bermula imtihan awwal, dan... Kali pertama sebagai "the mother of three"

#3 Happy 7th Anniversary, Abang!
You're my sunshine, my rainbow. my heart, my soul!

NOVEMBER
#1 Berakhir imtihan awwal dan bersambung imtihan tsani.

#2 Happy 26th Birthday My Dear Husband. You'll Never Walk Alone.

#3 Happy 4th Birthday Darling 'Ulya. Be strong, dan jangan kuat sangat tantrum. Oh ye, kencing malam juga ;)

DISEMBER
#1 Berakhir imtihan tsani. Tempoh bertenang, sebelum memulakan pecutan terakhir untuk imtihan akhir bermula 31 Disember ini.