Monday 27 April 2015

Cabaran mengandung anak ketiga

Bismillah Walhamdulillah.

Semoga anda sihat dan ceria ketika membaca entri saya pada kali ini :) On the spot tiba-tiba ada rasa nak dokumenkan tentang the journey of this third pregnancy. Alhamdulillah dengan izin-Nya jua, saya direzekikan untu mengandungkan anak yang ketiga, selepas hampir empat tahun kosong. Sememangnya sebagai seorang yang masih bergelar mahasiswi, dan suami juga masih seorang mahasiswa, duduk pula berjauhan, perlu untuk kami merancang yang terbaik untuk keluarga kecil kami.

Tsumma Alhamdulillah, rezeki selepas menunaikan haji pada tahun yang lalu saya disahkan hamil enam (6) minggu oleh Dr. Ahlam Ghureybeh. Doktor yang juga menyambut kelahiran anakanda kedua saya, 'Ulya. Bermula dari detik itulah saya bersama anak-anak yang berdua sahaja memandangkan suami belajar di Makkah. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang alahan, morning-sickness dan sebagainya sama seperti kedua-dua anak sebelum ini. Hanya saya 'kalah' kerana musim sejuk (winter) sehingga bersalji. Badan jadi berangin dan sangat tidak produktif. Digagahkan juga kudrat seorang ummi demi anak-anak. Kelas tidak pernah tinggal/ponteng walau sekali. Mengalir air mata, dan sendu meredah hujan bersama anak-anak untuk ke kelas kuliyah di university. Pulang ke rumah, memasak untuk anak-anak yang sentiasa kelaparan lebih dari biasa kerana musim sejuk, perut akan segera lapar.

Ujian bermula selesai peperiksaan kali pertama. Habis sahaja kertas yang terakhir, keesokannya saya collapse. Sebelum itu lagi, Ulya telah demam dan selsema. Kemudian Umar. Dan selepas itu saya. Collapse selama seminggu tidak ke kelas. Saya benar-benar teruji. Muntah-muntah, cirit-birit sehingga enam hari, memaksakan saya berkunjung ke Hospital Ibn Nafis yang terletak bersebelahan dgn Carrefour. Ditambah iv fluid dan disahkan tekanan darah rendah (low blood pressure) dan dehydrated. Pada waktu itu juga saya masih menderitai selsema dan hidung sumbat. Seksa sungguh tika berbaring untuk tidur. Kandungan ketika ini berusia tujuh bulan. Saya dan suami hampir membuat keputusan untuk menangguhkan semester pengajian pada kali ini kerana sudah tidak mampu menanggung segala simptom penyakit di atas. Alhamdulillah dengan berkat doa semua orang akhirnya saya kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. Syukur dikurniakan teman dan adik yang sangat prihatin dengan kesihatan diri ini. Seminggu-hampir dua minggu mengelolakan saya dan anak-anak. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala kebaikan nya dengan ganjaran yang paling terbaik yang tidak terjangkakan oleh manusia.

Dan ketika ini, kandungan telah berusia lapan bulan. Saya baru sahaja menghabiskan empat dari enam kertas peperiksaan untuk peperiksaan kali kedua. Berbaki satu lagi pada minggu hadapan (4/5/2015) dan dua minggu selepas itu akan bermula peperiksaan terakhir (final exam) pada 28/5/2015. Dan ujian kali ini berupa batuk yang tidak berhenti. MashaAllah tekanan di perut sakitnya hanya Dia yang tahu. Hanya kepada Dia juga saya serahkan segala nya. Ujian dan cabaran mengandungkan anak ketiga ini benar-benar membuatkan saya sering berasa tidak menentu. Melayani karenah anak-anak, menguruskan rumahtangga bersendirian, mengulangkaji pelajaran, stress dengan peperiksaan, suami yang jauh, semua ini menyatu menjadi satu. Satu keletihan yang saya harap segera ia dapat ditamatkan.

Menghitung hari suami kembali ke sini selepas sahaja selesai peperiksaan terakhirnya dan saya ingin pulang ke rumah kecil kami di Makkah. Berehat dan focus untuk menantikan hari-hari kelahiran bayi comel ini, dengan izin Allah :)



Baytul 'Ulya, Irbid Jordan
2315 hrs | 27 April 2015
Ummi yang keletihan.



No comments:

Post a Comment