1. Posting ini adalah repost dari blog lama yang telah saya tamatkan pekhidmatannya.
2. Cara ini mungkin telah tidak boleh digunakan lagi kerana sistem permohonan baru dan terkini adalah secara atas talian / online.
3. Sekadar menyimpan kenangan, proses membuat permohonan ke bumi Makkah pada tahun 2008 dahulu.
-------------------------------------------**********************-------------------------------------------
Bismillah.
Semoga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan redha Allah.
Entri kali ini adalah berkisar tentang tatacara mahupun prosedur permohonan untuk melanjutkan pengajian ke University Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah. Rata-rata ada yang tidak mengetahui tentang kewujudan university yang terletak di negara paksi bumi tersebut. Sama lah seperti saya, walaupun setelah menjejakkan kaki ke bumi tersebut pada 1999 bersama keluarga. Pertama kali mendengar tentang University Umm Al-Qura adalah ketika saya berada di Pusat Matrikulasi UIAM pada tahun 2004. Di mana ada salah seorang muslimin yang membuat pengumuman maaf dan sebagainya, untuk melanjutkan pengajian ke university ini. Mula lah dari situ, saya memasang angan-angan untuk sampai ke university ini :D
Memandangkan ramai yang selalu bertanya, bagaimana proses untuk melakukan permohonan ke sana, jadi terbit rasa rajin untuk saya menulis entri ini, setelah berjaya nya Alhamdulillah, suami saya untuk menjejakkan kaki ke bumi kelahiran rasulullah ini dan bergelar pelajar di UQ ini. Semoga ada manfaat buat anda dan keluarga-keluarga anda di luar sana. :D
Baik lah, untuk tidak memanjang lebar kan cerita. Kita terus kepada agenda sebenar. Sebelum itu, di bawah ini ada saya sertakan contoh borang permohonan untuk ke university ini. Kalian boleh lah memuat turun borang tersebut di laman web ini. Dan untuk makluman, sebelum melangkah ke peringkat kuliyyah, anda akan harus untuk ke Maahad Lughah terlebih dahulu untuk tempoh dua tahun. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. Selepas ini, terma University Umm Al-Qura, akan saya gunakan sebagai UQ sahaja. (Merujuk kepada Ummul Qura)
Berikut adalah keterangan mengikut nombor yang tertera di atas borang tersebut.
1. FOTOSTAT SIJIL ASAL SPM.
Kami buat fotostat berwarna, buat macam sijil tu betul-betul sijil asal. Ini yang dicadangkan pelajar senior di UQ. Bila anda telah diterima untuk belajar, baharu lah bawa sijil SPM yang asal :)
2. TAZKIAH / SURAT REKEMEN.
Tazkiah ni dia nak 2 je. Tapi kami bagi tujuh. Hehe, semangat! Macam kami dulu, ambil dari [DQ, Sheikh Dr. Abdullah Yassin (Pertubuhan An-Nida'), Dr. Fauri@Fauzi - UIAM, Dr. Faisol Ahmad Shah - UM, Jabatan Mufti Perak, MB Perak (waktu tu Ir. Nizar), Us. Sidek Arifin (Bekas pensyarah DQ)] Semua ni khirrij dari Saudi. Ada yang Ummul Qura, ada yang Riyadh, dan ada yang dari Madinah. Cuma Jabatan Mufti Perak dan MB Perak tu di kira sebagai Known Islamic Organization.
3. 4 KEPING GAMBAR, tidak termasuk untuk yang di tampal di borang. SALINAN PASSPORT tu pun fotostat berwarna.
4. FOTOSTAT SURAT BERANAK (Fotostat berwarna, macam yang asal)
Untuk health certificate tu, dia ada borang dia sendiri. Kena ambil di Saudi Embassy. Lepas tu kena fill-in semua yang dia nak, tapi tak perlu hantar x-ray film. Cuma hantar report x-ray sahaja. Urusan check-up yang sepenuh nya akan anda jalani setelah anda SAH mendapat tawaran belajar di UQ :D
5. Umur ini, subjektif lah. Hehe. Katakan anda sudah berumur 25 tahun tetapi masih bersemangat waja untuk menimba ilmu di tanah suci Makkah ini. Tetapi, apakan daya umur untuk memohon tidak boleh lebih dari 23 tahun. Jadi, teruskan sahaja usaha anda untuk memohon. Sungguh, yang meluluskan itu benar-benar KERJA TUHAN :')
6. Untuk pemohon perempuan yang telah bernikah, sila sertakan SIJIL NIKAH yang TELAH DITERJEMAH ke dalam Bahasa Arab. Kalau ada abang atau adik lelaki, untung lah boleh apply sama-sama :) [Urusan terjemahan boleh dilakukan di ITBM (dahulu nya dikenali sebagai ITNMB) di Wangsa Maju. Untuk terjemahan sijil nikah, zaman kami buat tahun 2008 dahulu RM120. Sekarang tak pasti berapa]
7. Untuk permission ni, kena ke Wisma Putra di Putrajaya dan minta NOC Letter. (Non-Objection Letter/Surat tiada halangan belajar ke luar negara) Waktu kami dulu, surat siap dalam tempoh dua hari bekerja.
8. Dokumen No. 1 dan 4, anda pelu menterjemahkan dokumen tersebut di dalam Bahasa Arab (di ITBM). Tetapi, kami sertakan sekali yang di dalam Bahasa Melayu sebagai bukti dokumen asal. Setelah diterjemah, anda perlu mendapatkan satu cop pengesahan di Wisma Putra, Putrajaya (Bahagian ITBM) dan membayar RM10 untuk setiap satu sijil.
8.1. Untuk Sijil SPM & Surat Beranak yang telah di terjemah, perlu mendapat kan cop endorsement di Saudi Embassy, Wisma Chinese Chamber, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia. Setiap satu sijil berharga RM30, dan anda perlu membuat pembayaran menggunakan bank draft. (di atas nama siapa, saya tak ingat. Akan re-check semula Ensha2llah)
** Setelah selesai segala urusan yang di atas ini, boleh lah anda menghantar borang tersebut melalui kenalan yang belajar di university ini, atau mengirimkan kepada sesiapa yang pergi menunaikan umrah/haji, atau pos kan sahaja borang tersebut. Tetapi, saya recommend supaya kirimkan kepada pelajar, jadi mereka tahu ke mana untuk berurusan :)
** Lepas dah hantar borang, tawakkal. Terus-terusan lah berdoa semoga ada rezeki anda untuk menjadi ahlul makkah dan seterusnya belajar di university ini.
** Untuk makluman, pemohon yang berjaya dengan jaya nya untuk mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i di university ini akan menerima (1) biasiswa tajaan Kingdom of Saudi Arabia, berjumlah SR850/sebulan. Dan (2) tiket pergi balik untuk ke negara masing-masing sekali setiap tahun pada musim cuti soifi (musim panas). (3) Yuran university, percuma. (Telah ditanggung oleh Kerajaan Saudi)
Segala salah silap harap di maafi. Ini adalah sekadar pengalaman penulis membuat proses permohonan untuk belajar ke university ini. Sekiranya ada kesilapan fakta, sila maklumkan kepada penulis.
Sekian. Moga bermanfaat.
Umm 'Umar
1.05 am
13 November 2012
Meru Klang Selangor
***Tambahan maklumat baru dari senior di UQ :
2 perkara yang perlu diberitahu 1- tidak perlu kepada fotokopi yg berwarna..hitam putih memadai.2-bagi yang berkahwin @ adik beradik perlu mengepilkan bersama surat mahram dari pejabat agama/qadhi kawasan...dan mahram adalah pelajar yang sedang belajar di universiti Umm al-Qura (bagi pelajar muslimat yg ingin memohon )..saudara mara yang tinggal di makkah spt bapa saudara yang berkerja disini tidak akan diterima.. melainkan kedua ibubapa sahaja.
Umm 'Umar
12.20 pm
14 Nov 2012
-------------------------------------------- *************************** ----------------------------------
Telah dikongsi semula pada 31 Julai 2016 @ 2348 hrs
Bayt 'Ulya, Irbid Jordan

Contoh borang permohonan ke University Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah.

Contoh Sijil SPM yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.